Sunday, January 25, 2009

Rehlah Ilmiyyah ke Institut Terjemahan Negara Malaysia

Alhamdulillah, selama-lamanya marilah kita mengucapkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas segala nikmat2 yg diberikanNya kpd kita dan seharusnya bg kita semua untuk mensyukuri segala nikmat2 Nya dgn melakukan sagala apa yg disuruhNya dan meninggalkan seluruh yg di larangNya..InsyaAllah..

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yg lepas bersamaan dgn 23/1/2009, Persatuan Pelajar Jurusan Bahasa Arab, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai telah selamat mengadakan satu Rehlah Ilmiyyah ke Institut Terjemahan Negara Malaysia. Rehlah ini merupakan acara semester yg wajib dilakukan dan di pertanggungjawabkan kpd adik2 tahun pertama jurusan bahasa arab di sini. Antara objektif rehlah ini di adakan adalah untuk membuka mata pelajar bahasa arab semua tentang kepentingan bahasa arab di Malaysia umumnya dan untuk memberitahu tentang peluang pekerjaan bagi pelajar-pelajar jurusan bahasa arab khasnya.

























Belajar Bahasa Arab- Jadi Ustaz/ustazah je lah..


Persepsi masyarakat dan massa biasanya memandang rendah bagi golongan-golongan yg belajar jurusan agama di IPTA ataupun IPTS tidak kiralah jurusan bahasa arab, ilmu wahyu, usuluddin, syariah, quran sunnah dan sebagainya. Bagi mereka semua, jurusan ini bukanlah jurusan yg professional dan bergaya seperti jurusan engineering, medic, architecture, law, accounting dan sebagainya. Bagi mereka (masyarakat), golongan-golongan pelajar yg belajar jurusan agama merupakan golongan kelas kedua berbanding mereka yg belajar jurusan yg professional. Bagi mereka juga, untuk melahirkan teknokrat-teknokrat yg professional dan berdaya saing dan mampu untuk mentadbir negara mestilah mereka yg mempunyai latar belakang professional dan belajar jurusan seperti engineering , medic, architecture, law dan accounting.
Mengapakah tanggapan dan persepsi masyarakat ini berlaku? Bagi penulis, semua ini berlaku di atas pemikiran yg sempit dan tidak meluas seseorang itu. Teringat penulis kpd satu perbualan bersama senior penulis di Universiti Teknologi Petronas 2 tahun lepas. “ erm, nta ambik jurusan apa kat uiam? “, “ an ambik bahasa arab “. “ kalau ambik bahasa arab ni nanti, kerja apa yg kita boleh apply yer? Habis2 jadi ustaz dgn ustazah kat sekolah je lah kan?, x pun ustaz KAFA “ . “ eh, x semestinya..ikutlah..bila nta belajar bahasa arab, pertamanya nta kena ubah mind set nta dulu, kita belajar bukanlah li ajlil amal, tapi li ajlillah, kerana Allah, li ibtigha’ mardhatillah..soal kerja ape, tu soal kedua..tapi bg ana, bila nta belajar bahasa arab, bukan setakat jadi ustaz atau ustazah jer..bidang agama dan bahasa arab ni sangat luas..nta boleh jadi penterjemah, editor bahasa arab, jurubahasa, bisnessman, hatta nak jadi akauntan pun boleh ”:..tu lah persepsi penulis yg pertama..sama seperti masyarakat-masyarakat di luar sana..





Tetapi selepas mengkaji, mendengar pandangan pensyarah-pensyarah, senior-senior, dan menghadiri lawatan ke Institut Terjemahan Negara Malaysia, sangkaan penulis meleset..dan memang benar kata2 senior penulis dan yg lain-lain. Pada zaman sekarang ni, golongan yg belajar bahasa arab bukan hanya setakat menjadi ustaz dan ustazah, malah ada yg menjadi Juruterbang Pesawat Komersial Malaysian Airline System (MAS), ada jugak yg menjadi CEO-CEO syarikat gergasi, motivator terkenal, penterjemah buku, penulis buku dan sebagainya..semua tu akan terjadi jika kita benar-benar ingin menjadi seperti apa yg kita mahukan..janganlah kita berfikir seperti kanak-kanak yg belajar di tadika, tidak semestinya kalau kita belajar agama, kita jadi golongan agama..kita sepatutnya menerapkan bahawa kita yg belajar jurusan agama ini ingin menjadi Agamawan Professional .

Apakah dia agamawan professional? Agamawan professional ialah golongan agama yg professioanal dgn bidang selain bidang agama. Seperti yg penulis katakana sebelum ini, contohnya penterjemah. Kita bukan setakat tahu bidang agama tapi mampu untuk menterjemah buku-buku dari bahasa-bahasa asing seperti bahasa arab, inggeris, perancis, jerman, mandarin ke bahasa melayu dan sebaliknya..begitu juga kalau kita menjadi juruterbang. Kita bukan setakat tahu bidang agama tapi mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk mengendalikan pesawat komersial. Begitu juga kalau kita menjadi bisnessman, bukan setakat tahu bidang-bidang agama, tetapi tahu dalam selok-belok perniagaan. Inilah yg dikatakan nilai tambah dalam diri seseorang ataupun added value.. inilah yg sepatutnya kita golongan yg belajar agama ada. Barulah kita semua tidak dipandang rendah dan dan dipandang serong oleh masyarakat. “ duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi “ dgn mereka yg mengambil jurusan professional seperti medic, engineering, law, architecture, dan accounting. Sekadar perongsian dari ana yg jahil..Wallhu Ta’ala A’lam..

0 comments: