Wednesday, April 29, 2009

The Qonqueror


Alhamdulillah, pertamanya dan selama-lamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah Azza Wa Jalla di atas segala nikmat-nikmatNya yg tidak ternilai jika kita hendak bandingkannya di sisi kita semua..Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad SAW, dan seterusnya kpd sahabat-sahabat Baginda, Khulafa’ Ar-Rasyidin, Para Tabi’in, dan Tabi’ Tabi’in..

Setelah sekian lamanya, alhamdulillah pada petang ni, sy di beri peluang oleh Allah SWT untuk menukilkan sesuatu di dalam blog yg x seberapa ini..jauh di sudut hati sy, sy ingin sangat men ‘update’ kan sesuatu di dalam blog ni, tapi di sebabkan beberapa masalah dan sy juga perlu menghadiri beberapa siri program anjuran Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS), menyebabkan sy menangguhkan hasrat sy..

Alhamdulillah, di kesempatan ni, sy ingin berkongsi dgn sahabat-sahabat semua pejuang@pemuda@belia Islam yg amat sy kagumi dan sy sanjungi iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh.. Sultan Muhammad Al Fateh (محمد الفاتح) atau yang disebut juga Mehmed The Qounqueror II dilahirkan pada tanggal 29 Mac 1432. Di saat kelahirannya pun sudah terdapat isyarat bahawa pada suatu hari nanti akan menjadi ‘somebody’ yang membuat sejarah besar. Ketika berita kelahirannya disampaikan, ayahnya, Sultan Murad II betul-betul sedang membaca ayat Al Quran tepat pada Surat Al Fath ayat 1:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.”

Sultan Muhammad Al-Fateh

Menjelang kelahirannya, Sultan Murad sebenarnya sedang mempersiapkan penyerbuan ke Konstantinopel (Constantinople), ibu kota Romawi Timur atau Byzantium. Setelah anaknya Muhammad lahir, datanglah seorang ulama besar Islam ke Istana Sultan dan beliau mengatakan bahwa bayi itulah yang nantinya akan menakluk Konstantinopel seperti sabda Rasulullah SAW:

“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentera, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

Ulama itu bernama Syeikh Syamsuddin Al Wali dari Khurasan (sekarang Uzbekistan). Beliau adalah seorang syeikh tarekat Naqsyabandiyah. Sultan Murad sangat yakin dengan ‘ilham’ Syeikh Syamsuddin Al Wali sehingga baginda menyerahkan putera mahkota yang masih kecil kepada Syeikh Syamsuddin untuk dididik dan di asuh.

Salah satu spiritual dan amalan sufi Naqsbandiah

Lambang/ ta'wiz sufi Naqsbandiah

Syeikh Syamsuddin mendidik muridnya ini dengan disiplin tarekat yang cukup keras. Penuh dengan latihan mengekang hawa nafsu dan hidup susah sehingga hasilnya Putera Mahkota Muhammad menjadi seseorang yang berjiwa kuat dan sangat tahan dalam menghadapi ujian. Beliau di didik untuk memiliki cita-cita besar iaitu supaya menepati janji Allah melalui Rasulullah SAW : menakluk Konstantinopel. Untuk ilmu perang, ayahnya mendatangkan panglima-panglima yang paling berpengalaman untuk mendidik beliau. Beliau sendiri adalah seorang cendekiawan yang gemar mengumpulkan ilmuwan-ilmuwan di istana untuk berdiskusi dan berbincang.

Pada usia 19 tahun beliau telah menaiki tahta untuk menggantikan ayahnya. Bermula saat itu, bermulalah persiapan untuk menakluk Konstantinople. Beliau mendidik tentera dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang bertaqwa. Seluruh tentera dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam (Qiamullail ) dan merintih bermunajat pada Allah. Sebaliknya di siang hari mereka adalah singa-singa yang berjuang di jalan Allah. Beliau juga mengadakan operasi ‘intelligent’ untuk membebaskan seorang ahli pembuat meriam dari penjara Romawi. Bersama para insinyurnya, beliau membangunkan benteng, kapal-kapal perang, dan meriam-meriam yang canggih sesuai untuk ukuran zaman itu. Bahkan dalam membangunkan benteng Rumeli Hasari di Selat Bosphorus beliau turun padang ikut mengangkat batu-batu, pasir-pasir dan bahan binaan yg lain.

Pengalaman penulis sewaktu menyelusuri Selat Bosphorus, Istanbul

Benteng Rumeli Hasari yg terletak di tepi Selat Bosphorus

Kawasan tumpuan pelancong di Eminonu, Istanbul

Setelah persiapan selesai, bermulalah penyerbuan ke Kota Konstatinopel. Perang yang hebat berjalan lebih satu bulan, tetapi masih belum juga menampakkan tanda-tanda kemenangan. Bahkan pasukan Islam mengalami kesukaran yg amat dahsyat sekali mendekati benteng Romawi di tepi Selat Bosphorus tersebut berikutan strategi musuh yg telah memasang rantai-rantai berukuran besar yang sangat panjang hingga menghalangi kapal yang akan masuk ke Selat Bosphorus. Dalam ketidakpastian itu Sultan Muhammad Al Fateh bertanya pada syeikhnya yang mulia : “Wahai Guruku, bilakah saat yang dijanjikan itu tiba? Syeikh Syamsuddin Al Wali menjawab : “Pada hari ke 53, hari Selasa pukul 11 pagi.” Ini adalah ilham berbentuk berita ghaib yang diterima oleh Syeikh Syamsuddin Al Wali. Sultan Muhammad sangat yakin pada ilham gurunya. Beliau semakin bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan mengajak tenteranya melaksanakan hal yang sama kerana hanya orang yg bertaqwa akan mendapat bantuan dari Allah SWT.

Inilah dia rantai besar dan panjang yg merentasi Selat Bosphorus suatu ketika dahulu

Pada suatu malam di bulan Mei 1453 terjadilah peristiwa yang luar biasa. Para jurutera Sultan telah menemukan idea yg amat luar biasa sekali yang boleh di katakan sebagai sesuatu yg amat di luar jangkaan sekali pada zaman itu. Mereka berusaha membuat agar kapal-kapal perang Islam dapat berjalan di darat. Dengan berpusing mengikut selat, pada tengah malam, tibalah kapal-kapal pasukan Sultan Muhammad At Fateh ke bahagian belakang benteng Konstantinopel. Kota Konstantinopel sebenarnya adalah kota yang sangat strategik kerana di lindungi oleh benteng semulajadi, iaitu bukit-bukit yg memanjang. Kapal-kapal tentera Islam yang berjumlah 70 buah semuanya mendarat di Semenanjung di pinggir bukit itu dan berusaha mendakinya. Ketika itu,terjadilah keajaiban yang merupakan satu kekuasaan Allah pada malam itu. Secara lahiriyah, meskipun kapal-kapal tersebut dapat ‘dipaksa’ berjalan di darat dengan menggunakan blok-blok kayu raksasa tapi cuba sahabat-sahabat bayangkan, untuk mendaki bukit yg membawa 70 buah kapal berukuran besar dalam tempoh beberapa jam adalah merupakan sesuatu yang mustahil. Apa yang sebenarnya terjadi? Kapal-kapal itu bukannya berjalan di darat tetapi seakan melayang-layang mendaki dan menyusuri bukit itu sejauh 16 km sehingga operasi pendaratan bersama 5000 pasukan itu selesai dalam waktu singkat. Dari sanalah mereka menyerbu Konstantinopel. Pada pagi itu, pada hari Selasa 29 Mei 1453 Konstantinopel telah jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh. Sebaik sahaja Sultan Muhammad Al-Fateh masuk ke dalam Kota Konstantinople, beliau terus masuk ke Bangunan Hagia Sofia dan terus melakukan sujud syukur di situ..Kemudian pada zaman pemerintahan beliau, beliau telah menukar nama Kota Konstantinople kepada nama Istanbul.

Bukit yg di tarah untuk membawa kapal-kapal perang Sultan Muhammad Al-Fateh



Tembok Byzantine dan meriam di raja yg digunakan Sultan Muhammad Al-Fateh, hasil ciptaan seorang saintis, Urban

Telah diceritakan bahawa ketika Sultan Muhammad At Fateh memasuki Konstantinopel, para prajuritnya menemukan makam sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub Al Anshari RA. Di makam tersebut mereka melihat sebahagian kaki Abu Ayyub tersembul keluar dari tanah. Kaki tersebut putih bersih, sama sekali tidak rosak walaupun beliau telah wafat selama 600 tahun. Inilah karamah para sahabat Nabi. Sultan Muhammad Al-Fateh dan semua panglimanya bergilir-gilir mencium kaki tersebut. Giliran Sultan Muhammad yang terakhir. Ketika Sultan Muhammad Al Fateh hendak mencium kaki Sahabat Rasulullah itu, tiba-tiba kaki tersebut masuk ke dalam tanah. Telah diceritakan juga bahawa pada pagi hari setelah penaklukan bersejarah itu, Syeikh Syamsuddin Al Wali bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al Anshari. Beliau (Abu Ayyub) menyampaikan ucapan selamat pada Sultan Muhammad Al Fateh kerana berhasil menakluk Konstantinopel dan menyatakan bahawa beliaulah yang sepatutnya mencium kaki Sultan Muhammad Al Fateh sebagai orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

Pada hari Jumaat pertama di Konstantinopel, ketika diadakan solat Jumaat untuk pertama kalinya, wujud masalah dalam menentukan siapa yang menjadi imam. Sultan Muhammad pun dengan lantang meminta seluruh tenteranya berdiri dan mengajukan pertanyaan: “Siapa di antara kalian yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat fardhu silakan duduk!” Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bererti seluruh tentera Sultan Muhammad sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu.

Pengalaman penulis sewaktu mengunjungi Bangunan Hagia Sofia, Istanbul



Suasana di dalam Bangunan Hagia Sofia

Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat sunat rawatib silakan duduk!” Sebahagian tenteranya masih tegak berdiri dan sebahagian lagi duduk. Jadi sebahagian tentera sultan sejak balighnya tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib.


Lambang Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniah yg agung



Makam Mulia Sultan Muhammad Al-Fateh

Kemudian Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga hari ini pernah meninggalkan solat tahajud silakan duduk!” Kali ini seluruh tentera duduk. Yang tinggal berdiri hanya Sultan sendiri. Ternyata sejak usia baligh, Sultan belum pernah meninggalkan solat tahajud sehingga beliaulah yang paling layak untuk menjadi imam solat Jumaat. Memang benarlah kata Rasulullah SAW : “Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.” Sekadar perkongsian bersama..

Sunday, April 12, 2009

Menghitung Syukur Pada Limpahan Nikmat

Assalamualaikum di ucapkan kpd sahabat-sahbat yg di muliakan kerana Allah,

Alhamdulillah, pertama dan selama-lamanya merilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah SWT, kerana sentiasa memberikan nikmat yg paling berharga iaitu nikmat iman dan islam, alhamdulillah. Selawat dan salam kpd junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat..

InsyaAllah, Allah masih memberikan sedikit masa kpd saya utk menukilkan sesuatu pada malam ni..kalau kita semua amati bersama-sama, betapa bersyukurnya kita hidup di bumi yg bernama Malaysia..sentiasa di limpahkan dgn nikmat-nikmat duniawi..sehinggakan ada yg lupa..ada yg lalai..ada yg leka..mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang insan yg bergelar hamba di sisi Allah..sentiasa mengutamakan hiburan semata-mata..anak-anak kecil sejak dari kecil telah di donktrin oleh ibu bapa sendiri dgn rancangan2 TV yg melalaikan..sedih dan pilu hati ini melihatnya..bilangan yg melihat rancangan Macam-Macam Aznil lebih ramai dari rancangan Mari Mengaji..bilangan yg menyaksikan Bintang Kecil lagi ramai daripada rancangan Mari Bertaranum..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dan di kala gelap pekat malam, di sapa fajar sidiq kala subuh menyaksikan laku bani insan setiap hari. Bagi yang sedar diri mereka sebagai hamba di sisi Allah, segera mengirai selimut ke tepi, menyempurnakan wudhu' sambil melawan sejuk yang menggigit hingga ke tulang hitam semata-mata untuk menghadap illahi. Bertakbir, bertahmid, serta memujinya sementara malam masih berbaki.

Yang terleka masih enak di buai mimpi. Tika mata terbuka di kejutkan jam loceng
yang membingit di subuh hari, segera telinga di bisik malas, hati bersuara sejuk, badan mengeluh letih. Lalu, menutup mata kembali tanpa sedar diri tertipu dengan suara syaitan, tewas pada bisikan nafsu. Lemahnya mujahadah, Ya Allah..

Dan bagi yang celaka, pantas menutup telinga tatkala azan subuh bergema. Hati bergetus masih awal lagi. Alpa pada diri yang di selimuti kulit khinzir saat itu. Syaitan bertepuk tangan bersorak keseronokkan. Kerana apa? Kerana pada subuh itu seorang manusia berjaya di lalaikan. HAHAHAHA! Alangkah lemahnya Iman hambaMu..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dan tanpa di sedari, pada waktu subuh dingin itu, ada yang di jemput menghadap ilahi. Tanpa tanda, tanpa bicara. Larian nafas mereka sudah tiada... ngeri bila mengingati andainya "Mati Sementara" itu adalah yang kekal abadi.

Namun amat jarang di antara kita yang melafazkan syukur apabila masih
berpeluang melihat cahaya mentari. Seolah-olah dunia yang dikejar adalah selamanya. Terlupa sudah diri di cipta sebagai hamba. Bakal pulang menghadap pencipta... Ramai yang bersyukur tapi tidak sampai kemana. Bibir sentiasa melafazkan syukur tapi di hati masih riak dan takabbur. Tawadhuk sebagai hamba tiada. Ucapan lisan tak pernah terbukti pada amalan. Tidak pernah di zahirkan..

Syukurkah kita bila sanggup berlibur mewah, sedang teman di jerut keperitan. Syukurkah kita andai hati masih di balut bakhil, sedang wang penuh di saku? Syukurkah kita apabila pemberian orang tidak pernah kita hargai, malah kita sentiasa membazirinya? Syukurkah kita masa yang ada kita, kita isikan dengan dosa? Syukurkah kita kiranya tikar sembahyang itu, hanya kita semua tatap tika sipi-sipi waktu solat
berakhir? Syukurkah kita???


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pada nikmat yang melimpah, hanya sedikit di antara kita yang insaf dan menghargai kurniaan illahi. Benarlah kalam sucinya yang
bermaksud:

"katakanlah wahai Muhammad, Allah yang menciptakan kamu daripada tiada kepada ada, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amat sedikit kamu bersyukur"

Surah Al-Mulk: Ayat 23



Secara konklusinya, marilah kita semua bermuhasabah dan merenung kembali diri kita semua, renungkanlah, tidak cukupkah nikmat Ilahi menyelubungi diri kita selama ini hingga kita semua terasa betul-betul berat hati untuk mensyukuri nikmat kurniaanNya...siapalah diri kita ni kalau nak di bandingkan dgn Pencipta kita yg maha esa..sekadar perkongsian bersama..

Tuesday, April 7, 2009

Kemenangan Pakatan Rakyat, Kesejahteraan Rakyat


Assalamualaikum kpd sahabat2 yg dimuliakan,

Pertamanya dan selama-lamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah SWT kerana telah memberikan kpd kita nikmat yg paling besar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam, alhamdulillah..

Tidak apa yg mampu di ucapkan oleh sy melainkan kalimah Alhamdulillah dan bertakbir kpd Allah Azza Wa Jalla di atas kemenangan bergaya Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang yg di wakili oleh Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan juga Pilihanraya Kecil Dun Bukit Selambau yg di wakili oleh S. Manikumar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)..takziah juga di ucapkan kpd Jawah anak Gerang di atas kekalahan di Dun Batang Ai…

Keputusan rasmi di Parlimen Bukit Gantang, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mengangkat tangan sejurus diumumkan menang di Bukit Gantang


Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin sewaktu keluar dari Dewan Pusat Penjumlahan Undi

Bagi kawasan Dun Bukit Selambau, calon PKR, S. Manikumar meraih undi sebanyak 12,632 undi, manakala calon BN, S. Ganesan mendapat 10,229. Majoriti 2,403 undi. Sejumlah 415 undi rosak.

Calon PKR, S. Manikumar menang di Bukit Selambau

Manakala bagi kawasan Dun Batang Ai, situasi yg berbeza berlaku, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air dengan majoriti besar 1,854 undi. Calon BN, Malcom Mussen Lamoh memperoleh 3,907 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang (2,053 undi).


Calon Barisan Nasioanal, Malcom Mussen Lamoh menang di Dun Batang Ai

Secara jujurnya, apa yg boleh kita perkatakan, kemenangan Pakatan Rakyat di dua kawasan di Semenanjung Malaysia membuktikan bahawa rakyat Malaysia secara totalnya menolak gagasan yg di bawa oleh UMNO ataupun Barisan Nasional iaitu umumnya mereka memperjuangkan bangsa semata-mata dan rakyat menerima apa yg dibawa oleh Pakatan Rakyat iaitu memperjuangkan kesejahteraan rakyat di Malaysia..


Sebenarnya rakyat mahu perubahan pembawaan politik baru yang berimej rakyat, kebajikan, kebersamaan, perpaduan, keadilan sejagat, amanah, kesederhanaan, keterbukaan dan toleran. PAS yang digambarkan selama ini dengan imej ekstrim oleh UMNO dan BN, DAP pula digambarkan anti Islam, begitu juga PKR, akhirnya diterima oleh rakyat Bukit Gantang. Fahaman politik lama BN terkubur, politik perkauman sempit UMNO ditolak oleh rakyat, politik kebendaan dan rasuah juga ditolak oleh rakyat, politik fitnah, perebutan kuasa, salah guna kuasa dan ugutan juga ditolak mentah-mentah oleh rakyat Bk. Gantang.

Kini Rakyat boleh jadi Hakim yang lebih arif lagi bijaksana dari hakim-hakim yang sedia ada bagi menghukum salah laku politik UMNO dan BN. Rakyat Bukit Gantang, Bukit Selambau, Kuala Terengganu dan Permatang Pauh telapun menjadi hakim yang telahpun memutuskan bahawa rakyat dan Pakatan Rakyat adalah dipihak yang benar dan UMNO BN dipihak yang salah dan mesti ditolak dalam PRU akan datang.

Kemenangan Hj Nizar adalah kemenangan untuk rakyat. Pakatan Rakyat wajib menghargai kemenangan ini, jangan hampakan harapan rakyat, rakyat menaruh harapan yang tinggi untuk melihat lebih jauh ke hadapan. Jadikan kemenagan ini sebagai asas bagi mengukuhkan hubungan Pakatan Rakyat dan mendekatkan diri dengan rakyat.



PAS 4 ALL/ PAS UNTUK SEMUA

Kemenangan Pakatan Rakyat merupakan kemenangan untuk semua rakyat..Tahniah di ucapkan! Teruskan dgn memberi sokongan kpd Pakatan Rakyat..TAKBIR!

Kemenangan Pakatan Rakyat, Kesejahteraan Rakyat!

Monday, April 6, 2009

Antara kuasa dan amanah

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg di muliakan,

Pertamanya, marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah di atas segala nikmat yg telah di berikanNya kpd kita semua iaitu nikmat iman dan islam. Tidak di lupakan juga nikmat kemakmuran dan kesejahteraan yg telah negara kita kecapi hingga kini, alhamdulillah..

InsyaAllah, pada entri kali ni, suka untuk saya mengupas sedikit walaupun x banyak tentang senario yg hangat berlaku di negara kita sekarang. Tanggal 7 April 2009 akan menyaksikan pertarungan ataupun pilihanraya kecil bagi 3 kawasan iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai..Pertarungan di antara parti-parti politik seperti Barisan Nasional, Parti Islam SeMalaysia, Parti Keadilan Rakyat dan sebagainya. Pilihanraya yg akan menentukan siapakah wakil rakyat yg akan mewakili mereka di Parlimen Malaysia..Pilihanraya yg juga menentukan parti apakah yg benar-benar hebat dan mendapat tempat di hati rakyat sekarang..

Calon-calon Barisan Nasional yg bertanding


Calon Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Bukit Gantang


Calon Barisan Nasional di Bukit Gantang


Sekitar hari penamaan calon di Bukit Gantang

Tarikh 5 April jugak telah menyaksikan proses peralihan kepimpinan negara di antara mantan perdana menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dgn timbalannya Dato’ Seri Najib Tun Razak yg telah menaiki takhta negara dgn jayanya..Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan tahniah dan takziah kpd beliau di atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yg ke-6..apa yg menariknya ialah, antara arahan yg pertama di keluarkan selepas sahaja di lantik menjadi perdana menteri ialah yg pertama, membebaskan 13 tahanan ISA, yg kedua ialah mengkaji semula Akta ISA, dan yg ketiga ialah menarik balik permit larangan untuk surat khabar Harakah dan Keadilan..sungguh bijak tindakan yg di lakukan beliau yg dalam masa beberapa hari lagi akan berlaku 3 pilihanraya kecil di negara kita. Pada pandangan sy, tindakan yg dilakukan najib amatlah licik sekali. Beliau cuba untuk meraih undi dgn menggunakan isu-isu ni utk memastikan mereka mengundi BN. Perkara ni sepatutnya dulu lagi kena buat..dulu lagi sepatutnya tahanan-tahanan ISA di keluarkan. Mungkin ini yg dikatakan kuasa. Kuasa pemerintah..

Mantan Perdana Menteri Malaysia yg ke-5 -Tun Abdullah Ahmad Badawi


Perdana Menteri Malaysia yg ke-6- Dato' Seri Najib Tun Razak


Memang tidak dapat dinafikan, semua orang atau sesiapa sahaja di dunia ni pasti seronok apabila mendapat kuasa. Siapa yg x gembira? Apa pun persoalan yang timbul, yang pastinya ialah kepimpinan dan perlantikan pemimpin merupakan suatu amanah yang tidak boleh dipandang remeh dan tidak boleh dipandang enteng. Ini kerana kepimpinan merupakan suatu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh mereka yang diberikan amanah tersebut. Pemimpin merupakan orang yang akan melaksanakan tanggungjawab sebagai ‘khalifah’ di kawasan yang ditadbirnya. Tanggungjawab khalifah sebagaimana yang disebut oleh Al-Imam al-Mawardi dalam kitabnya yang tersohor iaitu ‘al-Ahkam al-Sultaniyyah’ meletakkan kewajipan melaksanakan dan menegakkan agama serta mengurus, mentadbir dan memakmurkan dunia ini dengan cara yang tidak bercanggah dengan ad-deen.

karenah penyokong Barisan Nasional di Bukit Gantang


Sekitar penamaan calon di Bukit Selambau

Amanah bukanlah sesuatu ‘keseronokan’ yang hendak direbut dengan rakus dan tamak, tetapi ia merupakan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat kelak. Justeru, setiap mereka yang berpotensi untuk dilantik menjadi pemimpin hendaklah sentiasa bermuhasabah pada diri agar tidak hanyut dibuai gelombang rakus dalam merebut jawatan dan kuasa tetapi menginsafi diri bahawa itu semua merupakan amanah yang wajib dipikul apabila mendapat mandat daripada rakyat. Saidina Umar pernah berkata:

‘Fahamlah terlebih dahulu (tanggungjawab dan amanah tersebut), sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin’.

Nabi saw pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud:

“Sekiranya amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kehancuran”.

Lalu para sahabat baginda bertanya tentang bagaimanakah yang dikatakan bahawa amanah itu disia-siakan? Lalu Nabi saw menjawab: “(Amanah itu disia-siakan) apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak memikulnya, maka tunggulah akan kehancuran!”.

Dalam hadis Nabi saw yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, baginda bersabda yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab kepada setiap perkara yang berada di bawah kepimpinan kamu, seorang imam (pemerintah) merupakan pemimpin, maka dia bertanggungjawab kepada sesiapa pun yang berada di bawah kepimpinannya…”.


Lautan para penyokong dan pendokong Parti Islam SeMalaysia di Bukit Gantang


Sekiranya kepimpinan itu merupakan suatu amanah, maka apa yg boleh saya katakan di sini ialah soal melantik pemimpin juga merupakan suatu tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan menurut landasan syara’ dan syariah yg betul. Ini kerana, sekiranya berlaku kesilapan dalam melantik pemimpin, maka bermakna kita semua telah menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak menerimanya dan perbuatan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadis Nabi saw sebelum ini. Oleh yang demikian, kita tidak boleh melantik ‘wakil’ di kawasan kita hanyalah berasaskan sentimen, hubungan kerabat ataupun kroni, kepentingan diri dan sebagainya, akan tetapi perlantikan pemimpin hendaklah berdasarkan kelayakan seseorang itu untuk memikul amanah yg berlandaskan islam dan tanggungjawab sebagaimana yang digariskan di dalam ajaran Islam. Sekiranya kita memilih serta melantik seseorang yang sememangnya diketahui bahawa dia tidak layak untuk memegang amanah tersebut, maka kita turut sama terlibat dalam mensia-siakan amanah yang akan dipertanggungjawabkan kesalahan tersebut di akhirat kelak.

Oleh yang demikian, menjadi suatu kewajipan kepada kita semua sebagai pengundi untuk melantik mereka yang betul-betul menepati kriteria sebagai pemimpin yang boleh memikul amanah kepimpinan dengan baik sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah di dalam al-Quran. Janganlah memperjudikan masa depan umat Islam dan negara dengan memilih mereka yang mempunyai keperibadian yang songsang serta yang mempunyai akhlak yang buruk. Justeru, pemimpin yang wajar diberikan amanah dan tanggungjawab ialah mereka yang menitik beratkan aspek solat, zakat, amar makruf nahi munkar, pengurusan serta pentadbiran yang bersih dan mantap dan sebagainya yang boleh mendatangkan kebaikan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Syeikh Mustafa Muhammad at-Tohhan di dalam bukunya yg bertajuk Syakhsiah al-Muslim al-Mu’asir’ telah menyenaraikan beberapa amanah yang perlu dipikul oleh para pemimpin. Antaranya ialah menegakkan syariat Allah berpandukan apa yang telah diturunkan oleh Allah. Seterusnya menegakkan keadilan dalam kalangan manusia tanpa mengira warna kulit dan bangsa serta mengambil tahu dan prihatin terhadap permasalahan rakyat. Selain itu, amanah yang perlu dilaksanakan ialah membangunkan negara dengan jaminan pendidikan dan kesihatan, membuka ruang perdagangan, perusahaan dan pertanian, menjamin hak asasi manusia dan hak persamaan rakyat di sisi undang-undang dan seterusnya menjamin kebebasan mengeluarkan pendapat ataupun bersuara dalam kalangan rakyat jelata.

Satu lagi persoalan yang mungkin timbul dalam suasana pemilihan wakil rakyat dalam pilihanraya kecil ini ialah bagaimanakah cara atau kriteria yang terbaik untuk melantik pemimpin dalam kalangan masyarakat bukan Islam iaitu yang melibatkan perebutan jawatan di antara dua orang atau lebih dalam kalangan bukan Islam? Sekiranya berhadapan dengan situasi seumpama ini, maka kita semua boleh menggunakan satu kaedah di dalam islam iaitu kaedah fiqh yang bermaksud ‘mengambil mudharat yang lebih ringan daripada mudharat yg lebih besar’ boleh diambil kira dan diguna pakai. Maksudnya ialah hendaklah dipilih calon yang boleh bekerjasama ataupun bertahalluf siyasi dan bertolak ansur dengan orang Islam dan menjaga kepentingan orang Islam dan mengetepikan calon yang agak susah berkompromi dgn org Islam dalam sesuatu yang melibatkan maslahat dan kebaikan masyarakat Islam.



Kesimpulannya ialah kepimpinan ataupun kuasa bukanlah satu kebanggaan, bukan satu kehebatan dan bukan pula satu perkara yang menyeronokkan, tetapi kepimpinan adalah amanah Allah s.w.t yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab dalam diri setiap pemimpin. Kepimpinan bermakna seseorang itu menerima bebanan ataupun taklifat yg besar dan akan dibicarakan oleh Allah s.w.t di Padang Mahsyar kelak. Oleh yang demikian, pengundi yang bijak serta cerdik sudah tentu akan memilih pemimpin yang berkelayakan memikul amanah dan tanggungjawab demi mencapai keredhaan Allah. Marilah kita bersama-sama berdoa agar negara kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan moga-moga kitak bukanlah tergolong dalam kalangan orang-orang yg tidak mendapat keredhaan Allah SWT. Janganlah membiarkan diri kita semua dibelenggu dengan dosa dan kemurkaan Allah dengan kita semua sengaja memilih pemimpin yang tidak layak untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang besar ini. Sekadar perkongsian bersama..