Monday, April 6, 2009

Antara kuasa dan amanah

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg di muliakan,

Pertamanya, marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah di atas segala nikmat yg telah di berikanNya kpd kita semua iaitu nikmat iman dan islam. Tidak di lupakan juga nikmat kemakmuran dan kesejahteraan yg telah negara kita kecapi hingga kini, alhamdulillah..

InsyaAllah, pada entri kali ni, suka untuk saya mengupas sedikit walaupun x banyak tentang senario yg hangat berlaku di negara kita sekarang. Tanggal 7 April 2009 akan menyaksikan pertarungan ataupun pilihanraya kecil bagi 3 kawasan iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai..Pertarungan di antara parti-parti politik seperti Barisan Nasional, Parti Islam SeMalaysia, Parti Keadilan Rakyat dan sebagainya. Pilihanraya yg akan menentukan siapakah wakil rakyat yg akan mewakili mereka di Parlimen Malaysia..Pilihanraya yg juga menentukan parti apakah yg benar-benar hebat dan mendapat tempat di hati rakyat sekarang..

Calon-calon Barisan Nasional yg bertanding


Calon Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Bukit Gantang


Calon Barisan Nasional di Bukit Gantang


Sekitar hari penamaan calon di Bukit Gantang

Tarikh 5 April jugak telah menyaksikan proses peralihan kepimpinan negara di antara mantan perdana menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dgn timbalannya Dato’ Seri Najib Tun Razak yg telah menaiki takhta negara dgn jayanya..Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan tahniah dan takziah kpd beliau di atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yg ke-6..apa yg menariknya ialah, antara arahan yg pertama di keluarkan selepas sahaja di lantik menjadi perdana menteri ialah yg pertama, membebaskan 13 tahanan ISA, yg kedua ialah mengkaji semula Akta ISA, dan yg ketiga ialah menarik balik permit larangan untuk surat khabar Harakah dan Keadilan..sungguh bijak tindakan yg di lakukan beliau yg dalam masa beberapa hari lagi akan berlaku 3 pilihanraya kecil di negara kita. Pada pandangan sy, tindakan yg dilakukan najib amatlah licik sekali. Beliau cuba untuk meraih undi dgn menggunakan isu-isu ni utk memastikan mereka mengundi BN. Perkara ni sepatutnya dulu lagi kena buat..dulu lagi sepatutnya tahanan-tahanan ISA di keluarkan. Mungkin ini yg dikatakan kuasa. Kuasa pemerintah..

Mantan Perdana Menteri Malaysia yg ke-5 -Tun Abdullah Ahmad Badawi


Perdana Menteri Malaysia yg ke-6- Dato' Seri Najib Tun Razak


Memang tidak dapat dinafikan, semua orang atau sesiapa sahaja di dunia ni pasti seronok apabila mendapat kuasa. Siapa yg x gembira? Apa pun persoalan yang timbul, yang pastinya ialah kepimpinan dan perlantikan pemimpin merupakan suatu amanah yang tidak boleh dipandang remeh dan tidak boleh dipandang enteng. Ini kerana kepimpinan merupakan suatu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh mereka yang diberikan amanah tersebut. Pemimpin merupakan orang yang akan melaksanakan tanggungjawab sebagai ‘khalifah’ di kawasan yang ditadbirnya. Tanggungjawab khalifah sebagaimana yang disebut oleh Al-Imam al-Mawardi dalam kitabnya yang tersohor iaitu ‘al-Ahkam al-Sultaniyyah’ meletakkan kewajipan melaksanakan dan menegakkan agama serta mengurus, mentadbir dan memakmurkan dunia ini dengan cara yang tidak bercanggah dengan ad-deen.

karenah penyokong Barisan Nasional di Bukit Gantang


Sekitar penamaan calon di Bukit Selambau

Amanah bukanlah sesuatu ‘keseronokan’ yang hendak direbut dengan rakus dan tamak, tetapi ia merupakan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat kelak. Justeru, setiap mereka yang berpotensi untuk dilantik menjadi pemimpin hendaklah sentiasa bermuhasabah pada diri agar tidak hanyut dibuai gelombang rakus dalam merebut jawatan dan kuasa tetapi menginsafi diri bahawa itu semua merupakan amanah yang wajib dipikul apabila mendapat mandat daripada rakyat. Saidina Umar pernah berkata:

‘Fahamlah terlebih dahulu (tanggungjawab dan amanah tersebut), sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin’.

Nabi saw pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud:

“Sekiranya amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kehancuran”.

Lalu para sahabat baginda bertanya tentang bagaimanakah yang dikatakan bahawa amanah itu disia-siakan? Lalu Nabi saw menjawab: “(Amanah itu disia-siakan) apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak memikulnya, maka tunggulah akan kehancuran!”.

Dalam hadis Nabi saw yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, baginda bersabda yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab kepada setiap perkara yang berada di bawah kepimpinan kamu, seorang imam (pemerintah) merupakan pemimpin, maka dia bertanggungjawab kepada sesiapa pun yang berada di bawah kepimpinannya…”.


Lautan para penyokong dan pendokong Parti Islam SeMalaysia di Bukit Gantang


Sekiranya kepimpinan itu merupakan suatu amanah, maka apa yg boleh saya katakan di sini ialah soal melantik pemimpin juga merupakan suatu tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan menurut landasan syara’ dan syariah yg betul. Ini kerana, sekiranya berlaku kesilapan dalam melantik pemimpin, maka bermakna kita semua telah menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak menerimanya dan perbuatan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadis Nabi saw sebelum ini. Oleh yang demikian, kita tidak boleh melantik ‘wakil’ di kawasan kita hanyalah berasaskan sentimen, hubungan kerabat ataupun kroni, kepentingan diri dan sebagainya, akan tetapi perlantikan pemimpin hendaklah berdasarkan kelayakan seseorang itu untuk memikul amanah yg berlandaskan islam dan tanggungjawab sebagaimana yang digariskan di dalam ajaran Islam. Sekiranya kita memilih serta melantik seseorang yang sememangnya diketahui bahawa dia tidak layak untuk memegang amanah tersebut, maka kita turut sama terlibat dalam mensia-siakan amanah yang akan dipertanggungjawabkan kesalahan tersebut di akhirat kelak.

Oleh yang demikian, menjadi suatu kewajipan kepada kita semua sebagai pengundi untuk melantik mereka yang betul-betul menepati kriteria sebagai pemimpin yang boleh memikul amanah kepimpinan dengan baik sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah di dalam al-Quran. Janganlah memperjudikan masa depan umat Islam dan negara dengan memilih mereka yang mempunyai keperibadian yang songsang serta yang mempunyai akhlak yang buruk. Justeru, pemimpin yang wajar diberikan amanah dan tanggungjawab ialah mereka yang menitik beratkan aspek solat, zakat, amar makruf nahi munkar, pengurusan serta pentadbiran yang bersih dan mantap dan sebagainya yang boleh mendatangkan kebaikan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Syeikh Mustafa Muhammad at-Tohhan di dalam bukunya yg bertajuk Syakhsiah al-Muslim al-Mu’asir’ telah menyenaraikan beberapa amanah yang perlu dipikul oleh para pemimpin. Antaranya ialah menegakkan syariat Allah berpandukan apa yang telah diturunkan oleh Allah. Seterusnya menegakkan keadilan dalam kalangan manusia tanpa mengira warna kulit dan bangsa serta mengambil tahu dan prihatin terhadap permasalahan rakyat. Selain itu, amanah yang perlu dilaksanakan ialah membangunkan negara dengan jaminan pendidikan dan kesihatan, membuka ruang perdagangan, perusahaan dan pertanian, menjamin hak asasi manusia dan hak persamaan rakyat di sisi undang-undang dan seterusnya menjamin kebebasan mengeluarkan pendapat ataupun bersuara dalam kalangan rakyat jelata.

Satu lagi persoalan yang mungkin timbul dalam suasana pemilihan wakil rakyat dalam pilihanraya kecil ini ialah bagaimanakah cara atau kriteria yang terbaik untuk melantik pemimpin dalam kalangan masyarakat bukan Islam iaitu yang melibatkan perebutan jawatan di antara dua orang atau lebih dalam kalangan bukan Islam? Sekiranya berhadapan dengan situasi seumpama ini, maka kita semua boleh menggunakan satu kaedah di dalam islam iaitu kaedah fiqh yang bermaksud ‘mengambil mudharat yang lebih ringan daripada mudharat yg lebih besar’ boleh diambil kira dan diguna pakai. Maksudnya ialah hendaklah dipilih calon yang boleh bekerjasama ataupun bertahalluf siyasi dan bertolak ansur dengan orang Islam dan menjaga kepentingan orang Islam dan mengetepikan calon yang agak susah berkompromi dgn org Islam dalam sesuatu yang melibatkan maslahat dan kebaikan masyarakat Islam.



Kesimpulannya ialah kepimpinan ataupun kuasa bukanlah satu kebanggaan, bukan satu kehebatan dan bukan pula satu perkara yang menyeronokkan, tetapi kepimpinan adalah amanah Allah s.w.t yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab dalam diri setiap pemimpin. Kepimpinan bermakna seseorang itu menerima bebanan ataupun taklifat yg besar dan akan dibicarakan oleh Allah s.w.t di Padang Mahsyar kelak. Oleh yang demikian, pengundi yang bijak serta cerdik sudah tentu akan memilih pemimpin yang berkelayakan memikul amanah dan tanggungjawab demi mencapai keredhaan Allah. Marilah kita bersama-sama berdoa agar negara kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan moga-moga kitak bukanlah tergolong dalam kalangan orang-orang yg tidak mendapat keredhaan Allah SWT. Janganlah membiarkan diri kita semua dibelenggu dengan dosa dan kemurkaan Allah dengan kita semua sengaja memilih pemimpin yang tidak layak untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang besar ini. Sekadar perkongsian bersama..

0 comments: