Tuesday, July 6, 2010

AKU DAN KAMU MAHASISWA MAHASISWI BARU


Assalamualaikum kpd sahabat2 yg di muliakan,

Pertamanya, marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah kerana masih memberikan kita semua ruang dan peluang utk berada di atas muka bumi ciptaanNya. Nikmat iman dan Islam yg masih utuh bersama kita. Moga-moga, kita semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T..

Gelaran sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi universiti pastinya menjadi impian dan cita-cita tertinggi buat semua pelajar lepasan SPM, STPM, dan STAM di Malaysia. Kerana apa? Bergelar sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi merupakan ‘transformasi baru’ dan pendedahan baru buat mereka yang baru sahaja menghabiskan ‘zaman keemasan’ mereka di sekolah. Bergelar sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi juga memberikan mereka ‘new experience’ seorang manusia remaja yg akan mencecah umurnya kpd 20 dan 21 tahun. Satu tahap umur yang pastinya memberikan mereka satu kebebasan dalam segala apa tindak-tanduk mereka di universiti sendiri. Bebas tanpa sebarang pantauan keluarga.

VISI MAHASISWA

Apa yang kita selalu di doktrinkan semenjak di alam persekolahan, bahawa universiti itu merupakan tempat utk kita mendalami, mempelajari dan juga menguasai ilmu. Universiti merupakan gudang bagi segala macam ilmu. Itulah yg kita selalu dengar dari guru-guru dan ibu bapa kita. Saya sebagai mahasiswa universiti sendiri berpandangan bahawa universiti bukanlah tempat utk kita semua mendalami, mempelajari dan menguasai ilmu semata-mata, tetapi universiti juga berperanan sebagai tempat utk mahasiswa dan mahasiswi ini belajar bagaimana utk menjadi bakal pemimpin Malaysia suatu hari nanti. Universiti juga merupakan medan dan lapangan utk para mahasiswa dan mahasiswi ini mengaplikasikan segala apa yg mereka pelajari di dalam bilik-bilik kuliah. Universitilah tempat yg seharusnya para mahasiswa belajar bagaimana utk mengeluarkan pendapat dan pandangan secara intelektual.

MAHASISWA LAMA ITU LUPA

Saat pertama kali menjejakkan kaki ke universiti, “aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh utk mendapatkan ijazah aku”. Itulah lafaz keramat yg acapkali mahasiswa baru akan ucapkan. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun, kalimah keramat yg di ucapkan itu mula di lupakan dan di tinggalkan. Mungkin dek kerana bebas tanpa pantauan keluarga, hidup bersendirian jauh dari keluarga, bukan ‘rakan’ tapi ‘syaitan’ yg menjadi teman, maka kepincangan, kesesatan dan kemalasan mula menghimpit diri. Segala macam kemaksiatan dan kemungkaran mulai di cuba satu persatu. Jika Imannya kuat, selamatlah dia dari hasutan syaitan. Jika lemah imannya, maka bergembiralah syaitan atas mangsanya itu.

MAHASISWA RABBANI [ Muhasabah Bersama ]

Maka sahabat-sahabat yg dimuliakan dan dirahmati Allah S.W.T, saya ingin menegaskan bahawa kehidupan baru di universiti bukanlah satu kehidupan baru yg mudah utk kita tempuhi. Andai kita semua tersilap langkah, maka binasalah kehidupan kita di sana. Bijak di dalam akademik sahaja tidak mencukupi utk kita jalani kehidupan di sana. Seharusnya kita semua sedar, melalui pegangan agama yg kukuhlah dapat menjadi satu penghalang ataupun hijab bagi melakukan perkara-perkara yg di murkai Allah S.W.T

SELAMAT DATANG KE ALAM KAMPUS!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ‘ahlan wa sahlan wa marhaban bikum jami’an’ ke alam kampus di semua universiti di seluruh Malaysia. Jadikanlah pengalaman baru di kampus universiti sebagai ‘turning point’ utk kita semua melakukan anjakan paradigma baru dalam diri kita. Universitilah sebagai tempat utk kita semua memasang angan-angan dan cita bagaimana utk menerajui kepimpinan. Universitilah sebagai ‘training ground’ utk kita semua memimpin mahasiswa lain. Maka jadikanlah medan juang di universiti sebagai lapangan yg terbaik utk belajar..bukan semata-mata ingin menggengam segulung ijazah, tapi juga belajar bagaimana utk menerajui kepimpinan daerah, negeri, dan negara pada masa depan berpandukan dgn jurusan yg diambil..Kitalah pemimpin masa depan!

AHMAD TAUFIQ B. REDZUAN

KULIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES

DEPARTMENT OF ARABIC LANGUAGE AND LITERATURE

INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

www.soutul-haqqani.blogspot.com