Wednesday, February 25, 2009

Meniti Saat-Saat Akhir di Bumi Nilai

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan adik-adik yg ana muliakan,

Moga-moga kita semua masih di berikan olehNya nikmat-nikmat yg tidak terhitung nilainya dan masih di berikan 2 nikmat yg paling besar iaitu nikmat iman dan islam..Alhamdulillah..

Mata terasa berat, kepala terasa pening, menunjukkan isyarat utk melabuhkan badan ke medan pembaringan, tetapi semua itu terasa ringan apabila hati, idea dan jari-jemari bersatu. Ibarat kata-kata P.Ramlee, ‘ lagu dan irama tidak dapat dipisahkan ‘ utk meluahkan sesuatu hasrat dan perasaan yg terbuku di kotak hati..begitulah jua perasaan ni..Tajuk entri utk post kali ni ialah “ meniti saat-saat akhir di bumi nilai “..

Sungguh, terasa sekejap 2 tahun + short semester di bumi UIAM Nilai ni, benarlah..antara tanda-tanda kecil kiamat, kita terasa seolah-olah waktu yg lama sekejap sahaja..Rasanya, seakan-akan baru semalam, sy mendaftarkan diri sebagai new student di bumi Nilai. Rasanya, baru semalam sy berkenal-kenalan dgn sahabat-sahabat seperjuangan, sahabat-sahabat sejurusan, sahabat-sahabat sebilik..Rasanya baru semalam sy menghadiri ke kelas pertama di alam Pra- Universiti ni..Rasanya baru semalam, sy menghadiri usrah yg pertama di bumi UIAM Nilai ni..Kenapa? Kenapa semua tu terasa seolah-olah pantas meninggalkan kita semua? Kenapa sy seperti tidak dapat merasakan yg semua perkara tu telah lama meninggalkan kita?

Sungguh, sepanjang pembelajaran di bumi UIAM Nilai, banyak perkara yg sy telah belajar. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah ke sebesar-besar Judin..ops! silap2..sebesar-besar alam..Sy telah banyak mempelajari bagaimana utk menjadi seorang pemimpin kpd BARS Society, sy juga telah banyak mempelajari bagaimana utk kita membahagikan dan menggunakan waktu kita dgn sebaik-baiknya, sy juga telah mempelajari bagaimana utk menjadi seorang naqib kpd anak-anak usrah, sy juga telah mempelajari bagaimana utk menguruskan sesuatu program, tidak kiralah jadi PM ke, jadi PC ke, jadi PUB PRO ke, jadi PREP TECH ke, jadi CATERING ke, jadi SPECIAL TASK ke, dan bnyak lagi yg x mampu sy nak nukilkan kesemuanya, semua tugas-tugas dan taklifat yg telah dipertanggungjawabkan tu telah banyak mengajar sy erti kehidupan, reality sebenar kita bila kita berada di alam universiti…

Sungguh, saat pertama kali sy menjejakkan kaki di UIAM PJ, sy dah bertekad dan meletakkan niat di dalam hati bahawa sy akan menumpukan sepenuh perhatian di dalam pelajaran..x nak sibuk2 masuk dalam club dan persatuan..terutamanya, sy skrang dalam jurusan asasi bahasa arab..sy x mau terlibat dgn persatuan-persatuan lagi..sy dah penat! Penat!..ternyata, semua pemikiran dan pegangan pertama yg sy niatkan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di UIAM PJ ternyata salah..Semua tugas2, tanggungjawab2, taklifat2 tu lah sebenarnya yg membuatkan diri sy lebih matang dalam membuat keputusan..Semua pengalaman2 tu lah yg membuatkan sy berani utk bersuara melontarkan pendapat dan pandangan..

Mungkin, ade di kalangan sahabat-sahabat yg tidak setuju dgn pandangan sy, yg mengatakan, ” bila kita keluar atau graduate dari Main Camp Gombak, org x pandang semua tu, apa yg org pandang ialah sijil2 dan ijazah yg kita ada “..Yes! Betul! Benar! Tapi adakah semua tu mencukupi utk kita semua..Secara jujur, sy agak terkilan dgn pandangan dan perangai segilintir sahabat-sahabat yg se’JURUSAN’ dgn sy..yg berpandangan sedimikian..membiarkan sy terkontang-kanting dgn sahabat-sahabat yg lain menguruskan pentadbiran dalam BARS Society..Bakat dan kepimpinan yg ada dipendamkan di dalam hati dek kerana pemikiran dan pandangan yg jumud tentang pengurusan utk menguruskan sesebuah organisasi..” alah! Aku dah pernah urus persatuan kat sekolah dulu, biarlah org lain pulak! “ kata-kata yg majoritinya di jawab oleh rakan-rakan yg tidak mahu terlibat utk menguruskan organisasi..sahabat-sahabat sekelian, sahabat perlu ingat, sebenarnye inilah medan tarbiyah ataupun medan percubaan untuk menguji sejauh mana keupayaan dan tahap kepimpinan sahabat-sahabat, sebelum kita semua sampai di medan yg sebenar iaitu di Main Camp kelak..inilah kayu ukur ataupun penanda aras samada sahabat-sahabat benar-benar serius atau tidak dalam menguruskan organisasi..

Dalam kita sekarang ni berada dalam keledakan teknologi maklumat dan persaingan yg hebat dalam pekerjaan, kita kena buka pemikiran dan minda kita seluas-luasnya..ijazah sahaja tidak cukup utk kita menempatkan diri bersama-sama masyarakat di luar sana..kita memerlukan juga pengalaman yg luas dalam bidang kepimpinan, bidang bahasa, bidang public relation, dan sebagai-bagainya..barulah kita semua boleh bersaing dgn mereka yg berada di luar sana..

MANTAN PRESIDEN PERSATUAN ASASI BAHASA ARAB, UIAM NILAI

“ jawatan bukanlah sesuatu utk dimegah-megahkan, tetapi merupakan satu tanggungjawab yg akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak” ..apabila terdengar sahaja berita yg sy bakal di calonkan sebagai presiden barss, terasa diri ni kerdil sangat..siapalah sy utk memikul amanah yg berat ni..perasaan sy ketika tu, hanya Allah sahaja yg tahu..memang rasa nak melarikan diri dari abang-abang ketika tu..malas nak pegang apa2 jawatan..kata nak belajar jer kan? Selesai sahaja sy menunaikan solat maghrib, 2 hari sebelum majlis AGM, sy menitiskan air mata..memang, sy rasa x sanggup nak pikul amanah ni, sy sedar kemampuan sy..sy sedar ape yg sy boleh buat dan x..tiba2, tanpa sy sedari, dari belakang, bahu sy dipegang oleh naqib sy yg pertama iaitu Abg Ibrahim..Beliaulah sebenarnya yg bnyak memberikan panduan dan nasihat kpd sy utk meneruskan amanah ni..kalau x kerana dia, tentu sy dah lari time AGM tu..Ish3x..Buat sahabat-sahabat pimpinan BARS Society, rais dan raisah lajnah2, dan semua ahli BARSS, sy ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai selama ni dalam menjalankan tugas, ada yg terasa hati, terasa perkataan, terasa perbuatan dan sebagainya dg sy..sy dah cuba menjalankan tugas sy dgn sebaik-baiknya berlandaskan Al-Quran, Hadis, dan emosi sy yg terkawal..kalau ada yg perlu sy perbaiki utk kebaikan akan dating, tegurlah sy, nasihatilah sy, sesungguhnya sahabat2 adalah cermin yg paling baik utk sy menilai diri sy


Kenangan semasa Annual Grand Dinner Bars Society

Majlis Tertinggi Bars Society

Saf Pimpinan Lajnah Tarbiyyah

Saf Pimpinan Lajnah Tamrin

Saf Pimpinan Lajnah Ekonomi

Saf Pimpinan Lajnah Riadah

Saf Pimpinan Lajnah Penerbitan


MANTAN NAQIB UNTUK USRAH ANAK-ANAK NEGERI/USRAH BARSS

Syahir Nujaba’, Syahir Halim, Shahemie, Nasrulanuar,
Rafshamjani, Qayyum, Soffian, Fadzly

Kpd adik2 abg, abg juga ingin menyusun seribu kemaafan andai abg ada membuat adik-adik kurang selesa, x faham tajuk ker, tersalah kata, tersalah perbuatan, dan sebagainya..abg sentiasa menganggap adik2 semua seperti adik kandung abg sendiri..abg doakan adik2 semua berjaya di dunia dan di akhirat..moga hubungan, ukhuwwah dan silaturrahim yg telah terbina sejak sekian lama akan berkekalan hingga ke akhir ayat..InsyaAllah, kalau di panjangkan umur oleh Allah, kita akan jumpa di Gombak nanti..InsyaAllah..

Segala yg berlaku pasti ade hikmah yg tersimpan. “ setiap pertemuan pasti ade perpisahan “..sungguh, pengalaman yg berharga yg berjaya sy kutip di sini akan sy jadikan ia sebagai bekalan dan titik asas ataupun momentum pecutan dalam perjuangan kita yg sebenar yg pasti akan di hujani berbagai mehnah, cabaran, onak dan duri sebagai mahasiswa islam yg sebenar di MAIN CAMP, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK..Sekadar perkongsian bersama..

Tuesday, February 24, 2009

NASIHAT UNTUK DIRI

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg dimuliakan, apa khabar semua? Kaifa dgn imtihan sahabat2? Ana doakan ntum dan ntunna semua dapat menjawab dgn cemerlang, insyaAllah..dalam kesempatan yg ada, ana mencuri sedikit masa untuk menukilkan sedikit kalam untuk kita sama-sama manfaatkan bersama..yg baik jadikan tauladan dan yg buruk jadikan pedoman..

1)Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian, selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah
diri.

2)Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insafilah diri sbg tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.

3)Syukur atas nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4)Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali bg orang-orang mukmin yg benar- benar beriman kpd Allah.

5)Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu, cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah iaitu bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih daripadanya di dalam sesuatu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang
ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal atas kesalahan.

6)Orang yang sudah hilang sifat marah adalah dayus.Orang yang cepat melahirkan sifat marah tanda lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah, inilah manusia normal.

7)Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita hamba itu adalah penghayatan. Yang kedua inilah akan melahirkan sifat tawaddhu’, malu, khusyuk, takut, hina, dan sifat-sifat kehambaan yang lain.

8)Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9)Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya, tetapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah haknNYA pula.

10)Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas berbuat kebaikan.
Sekadar perkongsian bersama..Wallahu Ta’ala A’lam..

Friday, February 20, 2009

ERTI PERSAHABATAN

Assalamualaikum sahabat2 yg dirahmati dan dimuliakan Allah..

Alhamdulillah, jari-jemari ana mampu untuk meluahkan bicara pada hari ni..walaupun jauh di lubuk hati, hati meronta-ronta untuk mengulangkaji pelajaran tetapi ku gagahi diri untuk meluahkan sedikit perasaan yg ana boleh kata, dah lama untuk di luahkan..mungkin ade yg akan mengatakan ianya biasa..tapi jauh di sudut hati ana, ianya hanyalah sekadar perkongsian untuk diri ana sendiri dan diri sahabat2 semua.

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita melayari hidup ini secara bersendiri, kita semua beruntung kerana masih mempunyai sahabat yang mengambil berat tentang hal kita dan memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia sendiri. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu-ribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Terfikirkah kita semua?



Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian yg ingin kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya dia, rasa takutnya dia kpd sesuatu? Pernahkah kita?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menenangkan menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita2 gembira dari nya?



Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar dia tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.





Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan dan kesusahan yg tidak pernah kita jangkakan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi seorang sahabat yg baik dan ambil berat tentang sahabat yg lain, pasti kita akan tahu. Sekadar perkongsian dari hati ana yg hina dan dhoif…Wallahu Ta’ala A’lam.

Thursday, February 19, 2009

Pergaulan kita.. bagaimana?

Assalamualaikum sahabat2 yg dimuliakan Allah,

Apabila otak saya menjentik rasa untuk menulis sesuatu dalam Al-Haqqani, jemari saya layu tidak bertenaga. Entah kenapa! Penulis seakan hilang rentak tari. Nafsu menulis saya membuak-buak tapi ada sesuatu yang menghalangi saya untuk nenampakkan diri dikhalayak ramai. Saya malu sendiri lantas mengambil keputusan untuk menyepi buat seketika untuk merangka luahan isi hati yg terbuku di hati. Doakan saya...

Petang ini saya lawan sehabis-habisnya tembok kebal penghalang - Enferiority kompleks +tekanan exam +tekanan assignment yang menjadikan saya malas untuk menulis. Ikhtilat Ikhwah & Akhawat. Bagaimana dengan kita ?


Persoalan mungkin, ikhtilat antara IKHWAH dan AKHAWAT, bagaimana dengan kita? Terkadang saya berfikir sendiri, wajarkah isu ini dibangkitkan atau saya akan hanya dikata orang sebagai ketinggalan. Saya sedar sekian ramai yang telah pun tahu dan faham benar akan persoalan ini, namun otak saya tetap berkeras mahu membekaskan tulisan atas tajuk ini. Harapan saya hanyalah satu, sebagai satu perkongsian.

Seseorang lelaki mahupun wanita itu hendaklah apabila telah cukup ilmu dan fahamnya tentang agama Islam dan mereka yang terlibatnya di dalam perjuangan dakwah
haruslah menjaga dan memastikan dirinyajauh daripada ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya. Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah kawan, adik-kakak-abang angkat mahupun tidak kalah juga yang mendakwa sebagai rakan chatting atau apa jua istilah yang diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.

Justeru saya klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat antara dua jenis jantina ini sebagaimana berikut :

1. Hubungan lelaki dan perempuan atas
nama cinta
2. Hubungan lelaki dan perempuan atas
nama sahabat, kawan atau
adik-abang-kakak angkat.

Istilahnya sebagaimana yang ditakrifkan oleh Prof. Dr. Haji Mohd Fadhilah Kamsah sebagai 'Platonik' Hubungan Cinta

Pada hakikatnya, mana mungkin perkataan cinta penuh ghairah dan bernafsu boleh hadir tanpa suatu yang bernama akad. Selalu sangat kita dengar ungkapan 'i love u' atau yang lebih islamik sikit
mengungkapkan kalimah cinta dengan 'Ana uhibbuka/ki fillah'. Ungkapan pertama mungkin hasil didikan barat dan saya yakin ramai dikalangan kita samada islamic student mahupun mereka yang ada kesedaran agama jarang sekali terlibat dengan benda sebegini.

Namun saya gusar bila terkadang mendengar ungkapan yang disaran oleh Nabi SAW digunakan dalam menzahirkan kasih sayang atas nama ukhuwah islamiah disalah guna. Unjuran nabi agar perkataan 'Ana uhubbuka/ki fillah' digunakan sesama jantina agar ikatan kasih sayang atau ukhuwwah islamiah disemarakkan kerana irtibat dengan ribatan iman dan Islam adalah kemuncak
hubungan selain daripada hubungan kekeluargaan. Namun hari ini saya melihat ramai yang menangguk di air keruh apabila mengistinbatkan unjuran tersebut hingga membibitkan rasa ghairah cinta antara lain jantina.

Pepatah arab ada menyebut ;

Mula-mula saling pandang memandang,kemudian melirik senyum seterusnya berani mengungkap kata "Hai assalamualaiku, boleh berkenalan" dan akhirnya temu-janji dibuat.

Platonik


Hubungan jenis ini sebenarnya lagi bahaya kerana sifatnya yang tersembunyi dan terselindung disebalik istilah hubungan kawan, adik angkat dan abang/kakak angkat atau apa jua hubungan yang langsung tidak melibatkan perasaan cinta pada awalnya. Sejak sekian lama saya memerhati dan membuat analisa berkenaan dengan hubungan ini hinggalah akhirnya saya menjumpai istilah yang membezakannya dengan hubungan cinta biasa. Kesimpulan yang saya jumpai menunjukkan bahawa hubungan ini juga adalah tidak syarie dalam Islam. Islam amat menitik beratkan soal hubungan ikhtilat antara lelaki dan perempuan sebagai langkah ikhtiar agar
kelangsungan ummah tidak dicelarukan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dalam Maqasid Syariyyah ada disebutkan antara 5 kewajipan manusia yang seharusnya dijaga dan diberi perhatian adalah menjaga nasab dan keturunan. Justeru mana mungkin lelaki dan perempuan yang diharamkan oleh agama untuk berikhtilat dalam erti kata samada berhubung rapat penuh nafsu atau persahabatan dan ber'angkat' kononnya langsung tiada rasa cinta dihalalkan oleh selera dan nafsu kita. Bukankan hidup bertunjangkan syariat dan agama adalah selamat dan yang pasti akan membawa bahagia di dunia dan di akhirat. Namun ini bukanlah bermaksud antara
lelaki dan perempuan langsung tiada ruang komunikasi. Islam adalah agama yang mudah-memudah dan seharusnya relatif dengan tabie dan sifat manusia sendiri. Islam meletakkan keharusan dalam muamalah dan hubungan kemasyarakatan antara lelaki dan perempuan dengan di sana juga diletakkan seiring batasan syariat. Ia bukanlah sesusah dan sepayah apa yang digegak gempitakan oleh barat, sesuka hati mentohmah dan memaparkan kejumudan ajaran Islam mengikut definisi keji mereka dalam soal ini. Batas yang digariskan bukanlah sesuatu yang sukar dilaksanakan tapi sebenarnya ia adalah langkah selamat ke arah menjamin keselesaan dan keselamatan ummah.

Pelanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum tahu batas-batas pergaulan.
2. Dah tahu, namun belum memahami.
3. Dah tahu, namun tidak mahu mengamalkan.
4. Dah tahu dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam, namun lupa
substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah
dan Akhawat masa kini:


1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".

Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak kalah juga wanita yang berkelakuan demikian walau
tampil ‘warak bertudung labuh’.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, kedai-kedai makan, berjalan berdua-duaan malah ada yang
lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ atau ‘liqa’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa. Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa dan mahasiswi berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'jangan jaga tepi kain orang'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tiada lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalangan masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda denagn
sewenangnya berdua-duaan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin

"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke akhir hayat hingga
melibatkan keluarga.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘cop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah maksiat’.
Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, penulis gusar apa akan
kita jawab di hadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daie, ulama’ dan taruhan masyarakat di luar sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen
pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku.

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah
Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan
sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi rabbani masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis
berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :


a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan."
(HR.Ahmad)

b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)

c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)

d. Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud,

"Pandangan mata adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya kerana Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya".

e. Rasulullah SAW. bersabda,

"Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah risiko bagimu". (HR Ahmad)

f. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"... maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya..."
(Al Ahzab: 32)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam dan begitu sebaliknya untuk kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Justeru, sebenarnya langsung tidak timbul soal kaum Adam dalam menghukum Hawa, tapi yang pasti Islam mengajar kita untuk berdepan dengan masalah dengan menggunakan ukuran kapasiti diri selaku manusia.Nah, masuk akal jika kita katakan perempuan yang dilebihkan oleh Allah dalam soal menjaga maruah dan harga diri sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan masalah ini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Namun ini tidak bermakna lelaki boleh berbuat sesuka hati. Selaku lelaki yang sifatnya dikuatkan oleh Allah dalam segala hal, sepatutnya tidak terjerlus ke lembah becak kemaksiatan. Jadilah lelaki yang mampu membela dan memimpin kaum Hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama-sama memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama? Jangan sampai suatu masa nanti anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita lakukan hari ini.
Wallahu Ta’ala A’lam, sekadar perkongsian bersama.

Monday, February 2, 2009

5 Syarat Nak Buat MAKSIAT

Alhamdulillah, pertamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dgn izinNya, masih lagi diberi peluang olehNya untuk hidup di muka bumi Allah ni, masih lagi diberi oleh Allah nikmat sihat, nikmat bernafas dan yg paling utama nikmat iman dan islam, alhamdulillah..

Dalam kita semua mengharungi era globalisasi dan serba moden ini, sedar atau tidak sedar, kita semua telah banyak melakukan kesilapan dan kemungkaran sehingga menyebabkan kita semua terjerumus ke lembah kemaksiatan, Nauzubillahiminzalik..apakah yg membuatkan kita semua terjerumus dan terperangkap? Sudah pastinya, budaya kuning ataupun budaya hedonisme telah banyak member kesan kpd kehidupan kita. Diri kita juga seharusnya dipersalahkan kerana gagal dalam mengawal nafsu agar sentiasa sukakan kebaikan dan benda yg ma’ruf.

InsyaAllah pada entri kali ini, suka ana untuk berkongsi satu cerita yg telah di ceritakan oleh murabbi ana sendiri, Ust Zaini bin Sejo..

Suatu hari ada seorang lelaki yg menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “wahai Aba Ishaq! Selama ini aku gemar untuk melakukan maksiat. Berikan lah aku sedikit nasihat agar aku dapat berubah. “ Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, “ jika kamu boleh menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “ apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishaq? “.

Ibrahim bin Adham berkata, “ syarat pertama, jika kamu bermaksiat kpd Allah, jangan memakan rezekiNya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “ dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yg ada di bumi ini rezeki Allah? “ , “ ya, tegas Ibrahim bin Adham. “ kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?” .

Syarat yg kedua, kata Ibrahim “ kalau kamu bermaksiat, jgn tinggal di muka bumiNya!”. Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah layak kamu memakan rezekiNya dan tinggal di muka bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya. FIKIRKANLAH!

Syarat yg ketiga, kata Ibrahim “ kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yg tidak dapat di lihat olehNya! “. Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “ Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita? “ ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat? “ kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yg keempat.

Ibrahim melanjutkan. “kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kpdnya, ketepikan kematianku dahulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh “. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “ wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? “ .

“ wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah? ” .

“baiklah, apa syarat kelima? “ Ibrahim pun menjawab, “ wahai Abdullah, kalau malaikat zabaniyyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jgn engkau ikut bersamanya” .

Perkataan terakhir itu membuatkan Abdullah sedar dan insaf. Dia berkata, “ wahai Aba Ishaq, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar kata-kata Ibrahim. Air matanya bercucuran. “ mulai saat ini, aku bertaubat kpd Allah,” katanya sambil terisak-isak..



Begitulah sahabat-sahabat sekalian, kita memang tidak dapat melarikan diri dgn semua dugaan dan ujian ini. Walau bagaimanapun kita angkuh dan sombong dgn Allah dan diri kita, tetapi kita tidak seharusnya lupa, bahawa semua yg ada di muka bumi ini adalah milik Allah (SWT). Tidak ada sesiapa yg mampu untuk melawan dan menandingi kuasaNya..Tidak ada sesiapa. Justeru itu, kenapakah kita semua masih sombong? Kenapakah kita semua sebagai hamba Allah masih tiada kesedaran dalam diri? FIkir-fikirkan dan renung-renungkan!...sekadar perkongsian..