Tuesday, February 24, 2009

NASIHAT UNTUK DIRI

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg dimuliakan, apa khabar semua? Kaifa dgn imtihan sahabat2? Ana doakan ntum dan ntunna semua dapat menjawab dgn cemerlang, insyaAllah..dalam kesempatan yg ada, ana mencuri sedikit masa untuk menukilkan sedikit kalam untuk kita sama-sama manfaatkan bersama..yg baik jadikan tauladan dan yg buruk jadikan pedoman..

1)Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian, selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah
diri.

2)Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insafilah diri sbg tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.

3)Syukur atas nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4)Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali bg orang-orang mukmin yg benar- benar beriman kpd Allah.

5)Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu, cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah iaitu bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih daripadanya di dalam sesuatu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang
ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal atas kesalahan.

6)Orang yang sudah hilang sifat marah adalah dayus.Orang yang cepat melahirkan sifat marah tanda lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah, inilah manusia normal.

7)Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita hamba itu adalah penghayatan. Yang kedua inilah akan melahirkan sifat tawaddhu’, malu, khusyuk, takut, hina, dan sifat-sifat kehambaan yang lain.

8)Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9)Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya, tetapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah haknNYA pula.

10)Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas berbuat kebaikan.
Sekadar perkongsian bersama..Wallahu Ta’ala A’lam..

0 comments: