Friday, February 20, 2009

ERTI PERSAHABATAN

Assalamualaikum sahabat2 yg dirahmati dan dimuliakan Allah..

Alhamdulillah, jari-jemari ana mampu untuk meluahkan bicara pada hari ni..walaupun jauh di lubuk hati, hati meronta-ronta untuk mengulangkaji pelajaran tetapi ku gagahi diri untuk meluahkan sedikit perasaan yg ana boleh kata, dah lama untuk di luahkan..mungkin ade yg akan mengatakan ianya biasa..tapi jauh di sudut hati ana, ianya hanyalah sekadar perkongsian untuk diri ana sendiri dan diri sahabat2 semua.

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita melayari hidup ini secara bersendiri, kita semua beruntung kerana masih mempunyai sahabat yang mengambil berat tentang hal kita dan memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia sendiri. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu-ribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Terfikirkah kita semua?



Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian yg ingin kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya dia, rasa takutnya dia kpd sesuatu? Pernahkah kita?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menenangkan menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita2 gembira dari nya?



Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar dia tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.





Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan dan kesusahan yg tidak pernah kita jangkakan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi seorang sahabat yg baik dan ambil berat tentang sahabat yg lain, pasti kita akan tahu. Sekadar perkongsian dari hati ana yg hina dan dhoif…Wallahu Ta’ala A’lam.

0 comments: