Monday, February 2, 2009

5 Syarat Nak Buat MAKSIAT

Alhamdulillah, pertamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dgn izinNya, masih lagi diberi peluang olehNya untuk hidup di muka bumi Allah ni, masih lagi diberi oleh Allah nikmat sihat, nikmat bernafas dan yg paling utama nikmat iman dan islam, alhamdulillah..

Dalam kita semua mengharungi era globalisasi dan serba moden ini, sedar atau tidak sedar, kita semua telah banyak melakukan kesilapan dan kemungkaran sehingga menyebabkan kita semua terjerumus ke lembah kemaksiatan, Nauzubillahiminzalik..apakah yg membuatkan kita semua terjerumus dan terperangkap? Sudah pastinya, budaya kuning ataupun budaya hedonisme telah banyak member kesan kpd kehidupan kita. Diri kita juga seharusnya dipersalahkan kerana gagal dalam mengawal nafsu agar sentiasa sukakan kebaikan dan benda yg ma’ruf.

InsyaAllah pada entri kali ini, suka ana untuk berkongsi satu cerita yg telah di ceritakan oleh murabbi ana sendiri, Ust Zaini bin Sejo..

Suatu hari ada seorang lelaki yg menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “wahai Aba Ishaq! Selama ini aku gemar untuk melakukan maksiat. Berikan lah aku sedikit nasihat agar aku dapat berubah. “ Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, “ jika kamu boleh menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “ apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishaq? “.

Ibrahim bin Adham berkata, “ syarat pertama, jika kamu bermaksiat kpd Allah, jangan memakan rezekiNya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “ dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yg ada di bumi ini rezeki Allah? “ , “ ya, tegas Ibrahim bin Adham. “ kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?” .

Syarat yg kedua, kata Ibrahim “ kalau kamu bermaksiat, jgn tinggal di muka bumiNya!”. Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah layak kamu memakan rezekiNya dan tinggal di muka bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya. FIKIRKANLAH!

Syarat yg ketiga, kata Ibrahim “ kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yg tidak dapat di lihat olehNya! “. Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “ Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita? “ ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat? “ kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yg keempat.

Ibrahim melanjutkan. “kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kpdnya, ketepikan kematianku dahulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh “. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “ wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? “ .

“ wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah? ” .

“baiklah, apa syarat kelima? “ Ibrahim pun menjawab, “ wahai Abdullah, kalau malaikat zabaniyyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jgn engkau ikut bersamanya” .

Perkataan terakhir itu membuatkan Abdullah sedar dan insaf. Dia berkata, “ wahai Aba Ishaq, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar kata-kata Ibrahim. Air matanya bercucuran. “ mulai saat ini, aku bertaubat kpd Allah,” katanya sambil terisak-isak..



Begitulah sahabat-sahabat sekalian, kita memang tidak dapat melarikan diri dgn semua dugaan dan ujian ini. Walau bagaimanapun kita angkuh dan sombong dgn Allah dan diri kita, tetapi kita tidak seharusnya lupa, bahawa semua yg ada di muka bumi ini adalah milik Allah (SWT). Tidak ada sesiapa yg mampu untuk melawan dan menandingi kuasaNya..Tidak ada sesiapa. Justeru itu, kenapakah kita semua masih sombong? Kenapakah kita semua sebagai hamba Allah masih tiada kesedaran dalam diri? FIkir-fikirkan dan renung-renungkan!...sekadar perkongsian..

0 comments: