Sunday, April 12, 2009

Menghitung Syukur Pada Limpahan Nikmat

Assalamualaikum di ucapkan kpd sahabat-sahbat yg di muliakan kerana Allah,

Alhamdulillah, pertama dan selama-lamanya merilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah SWT, kerana sentiasa memberikan nikmat yg paling berharga iaitu nikmat iman dan islam, alhamdulillah. Selawat dan salam kpd junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat..

InsyaAllah, Allah masih memberikan sedikit masa kpd saya utk menukilkan sesuatu pada malam ni..kalau kita semua amati bersama-sama, betapa bersyukurnya kita hidup di bumi yg bernama Malaysia..sentiasa di limpahkan dgn nikmat-nikmat duniawi..sehinggakan ada yg lupa..ada yg lalai..ada yg leka..mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang insan yg bergelar hamba di sisi Allah..sentiasa mengutamakan hiburan semata-mata..anak-anak kecil sejak dari kecil telah di donktrin oleh ibu bapa sendiri dgn rancangan2 TV yg melalaikan..sedih dan pilu hati ini melihatnya..bilangan yg melihat rancangan Macam-Macam Aznil lebih ramai dari rancangan Mari Mengaji..bilangan yg menyaksikan Bintang Kecil lagi ramai daripada rancangan Mari Bertaranum..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dan di kala gelap pekat malam, di sapa fajar sidiq kala subuh menyaksikan laku bani insan setiap hari. Bagi yang sedar diri mereka sebagai hamba di sisi Allah, segera mengirai selimut ke tepi, menyempurnakan wudhu' sambil melawan sejuk yang menggigit hingga ke tulang hitam semata-mata untuk menghadap illahi. Bertakbir, bertahmid, serta memujinya sementara malam masih berbaki.

Yang terleka masih enak di buai mimpi. Tika mata terbuka di kejutkan jam loceng
yang membingit di subuh hari, segera telinga di bisik malas, hati bersuara sejuk, badan mengeluh letih. Lalu, menutup mata kembali tanpa sedar diri tertipu dengan suara syaitan, tewas pada bisikan nafsu. Lemahnya mujahadah, Ya Allah..

Dan bagi yang celaka, pantas menutup telinga tatkala azan subuh bergema. Hati bergetus masih awal lagi. Alpa pada diri yang di selimuti kulit khinzir saat itu. Syaitan bertepuk tangan bersorak keseronokkan. Kerana apa? Kerana pada subuh itu seorang manusia berjaya di lalaikan. HAHAHAHA! Alangkah lemahnya Iman hambaMu..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dan tanpa di sedari, pada waktu subuh dingin itu, ada yang di jemput menghadap ilahi. Tanpa tanda, tanpa bicara. Larian nafas mereka sudah tiada... ngeri bila mengingati andainya "Mati Sementara" itu adalah yang kekal abadi.

Namun amat jarang di antara kita yang melafazkan syukur apabila masih
berpeluang melihat cahaya mentari. Seolah-olah dunia yang dikejar adalah selamanya. Terlupa sudah diri di cipta sebagai hamba. Bakal pulang menghadap pencipta... Ramai yang bersyukur tapi tidak sampai kemana. Bibir sentiasa melafazkan syukur tapi di hati masih riak dan takabbur. Tawadhuk sebagai hamba tiada. Ucapan lisan tak pernah terbukti pada amalan. Tidak pernah di zahirkan..

Syukurkah kita bila sanggup berlibur mewah, sedang teman di jerut keperitan. Syukurkah kita andai hati masih di balut bakhil, sedang wang penuh di saku? Syukurkah kita apabila pemberian orang tidak pernah kita hargai, malah kita sentiasa membazirinya? Syukurkah kita masa yang ada kita, kita isikan dengan dosa? Syukurkah kita kiranya tikar sembahyang itu, hanya kita semua tatap tika sipi-sipi waktu solat
berakhir? Syukurkah kita???


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pada nikmat yang melimpah, hanya sedikit di antara kita yang insaf dan menghargai kurniaan illahi. Benarlah kalam sucinya yang
bermaksud:

"katakanlah wahai Muhammad, Allah yang menciptakan kamu daripada tiada kepada ada, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amat sedikit kamu bersyukur"

Surah Al-Mulk: Ayat 23



Secara konklusinya, marilah kita semua bermuhasabah dan merenung kembali diri kita semua, renungkanlah, tidak cukupkah nikmat Ilahi menyelubungi diri kita selama ini hingga kita semua terasa betul-betul berat hati untuk mensyukuri nikmat kurniaanNya...siapalah diri kita ni kalau nak di bandingkan dgn Pencipta kita yg maha esa..sekadar perkongsian bersama..

1 comments:

faaizz d. zul said...

salam taufiq..
jemput ziarah
http://kpijohor.blogspot.com/