Monday, January 19, 2009

Rehlah Ukhuwwah ( ISIS-IMIU-PRINSEP )

Assalamualaikum buat sahabat2 yg dimuliakan kerana Allah,
Alhamdulillah, pertamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah (SWT) kerana masih diberikan 2 nikmat yg paling besar di sisiNya iaitu nikmat Iman dan Islam..

Alhamdulillah, pada hari ahad yg lepas bersamaan dgn 18/01/2009 telah diadakan satu rehlah gabungan buat julung-julung kalinya anjuran bersama 3 persatuan anak negeri iaitu Ikatan Study Islam Selangor (ISIS), Ikatan Mahasiswa Islam Utara (IMIU) dan Persatuan Ikatan Negeri Selatan dan Pahang (PRINSEP) yg telah diadakan di Hutan Lipur Lenggeng, Lenggeng, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Antara objektif utama diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah dikalangan naqib/naqibah bersama anak-anak usrah masing2 di samping untuk member kefahaman atau overall view tentang tajuk-tajuk yg telah dibincangkan. Alhamdulillah, berbekalkan dgn hati yg lapang dan ceria, ku gagahkan diri untuk cuba menenangkan diri menatap dan memerhati alam ciptaan Allah di sana, InsyaAllah..Di sini ada sedikit gambaran panorama semasa program...:

























Sepanjang program, telah diadakan pelbagai aktiviti yg difikirkan sesuai dan insyaAllah dapat merapatkan ukhwah sesama ahli..walaupun begitu, biasalah, dalam kita gembira, pasti ada sesuatu yg Allah uji kita..nak dijadikan cerita, semasa program rehlah berlangsung, penulis dikejutkan dgn berita oleh comitte bahawa tandas rosak dan x de air..huhu..susah jugak ni..nak bersihkan diri dan sebagainya..dan sebagai jalan alternative, para comitte menggunakan baldi dan gayung dan berbekalkan air sungai untuk membersihkan diri..

Alhamdulillah, program rehlah berakhir sesudah kami semua menjalankan solat asar secara berjemaah di kawasan lapang di sana..banyak input-input dan pengalaman yg telah di kutip hari ni, dan penulis berharap agar aktiviti sebegini dapat dijadikan acara tahunan untuk setiap persatuan anak negeri di cfs iium nilai..sekadar perkongsian..

0 comments: