Saturday, January 17, 2009

Pas Menang di Kuala Terengganu

Berita kemenangan calon Parti Islam seMalaysia (PAS), Mohd Abdul Wahid Endut sememangnya berita yg dinanti-nantikan pada mlm ni. Penulis sebenarnya ingin mengetahui sendiri, adakah rakyat Terengganu di Parlimen Kuala Terengganu boleh membuat keputusan yg bijak dan tepat, dan akhirnya...calon Pas menang..TAKBIR! memang berita yg menggembirakan..





Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan. Ini juga bermakna bahawa Pakatan Rakyat telah berjaya menambah ahli parlimen pakatan rakyat sebanyak 83 orang.. PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.



Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit. Keputusan berkenaan diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada jam 9.30 malam tadi.
Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)
DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

Pada pandangan penulis, tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih calon wakil rakyat yg betul, adil, tepat, dan memenuhi ciri2 kesempurnaan@kriteria seorang pemimpin ISLAM yg benar adalah wajib dan penting bagi kita..seperti mana yg kita tahu di dada2 akhbar, dalam kepimpinan UMNO sendiri mengalami banyak korupsi dan politik wang dalam kalangan pimpinan tertinggi UMNO sendiri dan juga ahli bawahan sendiri..

Tanpa pemimpin yg benar dan adil, nescaya hancur dan musnahlah nasib ataupun hak2 kita sebagai rakyat sendiri. Wang rakyat diguna sesuka hati tanpa memikirkan kesengsaraan rakyat dan yg paling utama sekali digunakan untuk kepentingan kroni2 sendiri..Keputusan terletak di tangan pembaca2 sekalian, untuk menentukan pemimpin mana yg baik dan buruk dan untuk menentukan pemimpin mana yg berpegang dgn ajaran Al-Quran dan Sunnah..wallahu’alam, sekadar perkongsian bersama.

0 comments: