Assalamualaikum diucapkan kpd sahabat2 yg di muliakan..
Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah (SWT) yg telah berikan kpd kita semua 2 nikmat yg paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam, selawat dan salam untuk Junjungan Besar kita yg kita sayangi lagi cintai, Nabi Muhammad (SAW). Alhamdulillah..
Rasanya masih belum terlambat untuk ana ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah/Masihi kpd sahabat2 semua..moga2 pada tahun yg baru ini, kita semua dithabatkan oleh Allah, ditetapkan hati olehNya dalam ape jua cita2 dan matlamat yg ingin kita kecapi dan pegangi pada tahun ni, insyaAllah..pada entri kali ni, sukalah ana untuk membincangkan dan berdiskusi serba sedikit dgn sahabat2 semua tentang isu yg paling hangat pada waktu ni iaitu “ ISU PALESTIN “ .
Sememangnya, isu palestin ni bukanlah satu isu yg baru untuk kita semua. Sejak kita di bangku sekolah lagi, mahupun di Pasti, Tabika ataupun Tadika lagi, isu palestin ni sudah lama kita ketahui. Cuma, secara atau tidak sedar, isu ni sudah menjadi begitu serius dan teruk seperti yg telah terjadi sekarang ni. Dan hatta sekarang, isu ni masih tidak lagi selesai2..sungguh menyedihkan..di manakah peranan kita sebagai mahasiswa islam? Di manakah peranan kita sebagai ISLAM sendiri? Di mana sahabat2? Mungkin ade sebilangan dari kita semua yg mengambil cakna dan peka dgn isu2 sensitif seperti ni, tetapi bagaimana pula dgn sahabat2 kita yg lain? Adakah perasaan mereka sama dgn kita semua? Semua tu sentiasa bermain2 di benak minda ana sendiri..
“ Man! Hari ni nak makan kat mana? Kita makan kat KFC je lah, ok x? “, “aku ok je”..kata2 yg ana terdengar dari kawan2 second year sendiri..di manakah sesitiviti kita sendiri sebagai orang islam? Mana? Adakah dgn tak makan KFC, atu McD kita x boleh nak hidup di muka bumi Allah ni..
Justeru itu sahabat2 semua, “ apakah peranan kita sebagai mahasiswa islam sendiri yg kita boleh lakukan untuk kita sama2 membantu saudara2 kita di palestin?”
PERTAMA- apa yg kita boleh lakukan ialah dgn kita memboikot barangan2 dari ISRAEL dan AMERIKA sendiri. InsyaAllah, di sini ana ada menyediakan poster untuk sahabat2 semua telitikan.
KEDUA – apa yg kita boleh lakukan lagi adalah dengan menyumbangkan seikhlas mungkin wang ringgit kita ke AMAN PALESTIN..
Masukkan sumbangan dan derma ke dalam akaun bank :
AMAN PALESTIN BERHAD
Bank Islam 12029010047880
MayBank 562263010787
Bank Muamalat 12070005133717
amanpalestin@yahoo.com
amanpalestin.org
Kemanakah dana tersebut disalurkan?
sumber : http://amanpalestin.org/index.php?action=profile&
1. Pembinaan rumah anak-anak yatim Palesin
2. Bantuan sara hidup yatim Palestin
3. Bantuan pelajaran pelajar-pelajar Palestin
4. Projek pembiayaan keluarga miskin Palestin
5. Projek pertanian sara diri di Nablus
6. Projek berbuka puasa
7. Bantuan perubatan Palestin
8. Projek Qurban Aidil Adha Palestin
9. Bantuan Hari Raya
10. Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah
11. Projek pusat kegiatan anak-anak yatim
12. Dan bermacam-macam lagi
*Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan melihat gambar-gambar, layarilah amanpalestin.org
KETIGA- apa yg kita boleh lakukan ialah dengan melakukan solat hajat dan berdoa kpd Allah..kalau nak lagi afdal, marilah kita sama2 membaca doa qunut nazilah di dalam solat hajat selepas maghrib setiap hari.
اللهم ﺇن نجعلك في نحورأعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليه
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
KEEMPAT- apa yg kita boleh lakukan lagi adalah dgn mengadakan satu ijtima’ atau rapat umum secara besar-besaran ataupun mengadakan demonstrasi mengutuk kekejaman ISRAEL Laknatullah.
Alhamdulillah, pada hari sabtu yg lepas bersamaan 10 Januari, ana dan beberapa sahabat2 ana dapat meluangkan masa menyertai “ RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA “ yg dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yg juga berkejasama dgn beberapa NGO yg lain yg diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam..Alhamdulillah, lebih kurang 10 000 mahasiswa dan org ramai membanjiri stadium demi bersama-sama untuk melahirkan satu perasaan iaitu perasaan marah, benci kpd ISRAEL laknatullah dan juga Amerika.
KELIMA- apa yg kita boleh lakukan lagi adalah dengan mengambil cakna isu palestin sendiri dan kita tidak berpecah belah.
Sahabat2 yg dimuliakan kerana Allah. Justeru itu sahabat2, marilah kita bersama2 berganding pandangan, pemikiran, cara, tenaga, wang ringgit bg kita membantu sahabat2 kita yg kesusahan di Palestin sana..ana teringat kata2 seorang pemimpin HAMAS di dalam ucapan nya sempena kekejaman ISRAEL ni, beliau berkata, “ wahai kaum muslimin dan muslimat yg berada di luar sana, yg berada jauh dgn kami, sesungguhnya kami x mengharapkan bantuan tenaga tentera dari kamu semua untuk kamu semua sama2 berjuang di sini dgn kami, tapi kami hanya mahukan kamu semua sedar dgn permasalahan kami, bersama-sama menyumbangkan idea, fikiran, dan juga sumbangan2 wang ringgit dari kamu semua. Hanya itu bantuan yg kami perlukan dari kamu semua “.
Justeru sahabat2 semua yg berada di luar sana, sedarlah dari lamunan, dan angan2 mimpi sahabat2 semua. Sekarang ni bukan masa untuk kita memikirkan masalah2 yg remeh temeh, masalah pointer rendah dan sebagai-bagainya, tapi INILAH sebenarnye masalah yg perlu kita beri perhatian yg serius..sekadar perkongsian dari ana..wallahu’alam
PILIHANRAYA UMUM KE-15 : MEDAN MENGUJI KEKUATAN
2 years ago
3 comments:
salam intifadhah~~
alhamdulillah nta berpeluang pegi rapat umum tu..tringin nk gi.rata2 kat msia insyaAllah rmai yg dah 'sedar' dr lamunan..di sna cni ada demo..moga ksedaran tu bnar2 dr hati..=)
ihzimhum..wansurna 'alaihim~
Salam perjuangan dri Malaysia..
Alhamdulillah..nasib baik hari tu free..dapat jugak sumbangkan sesuatu untuk palestin..demonstrasi memang bnyk..kat klcc ade, masjid negara ade, kompleks tabung haji ade, sampai x sempat nak pi semua tu..insyaAllah, kalau ade lain kali, ana bertekad nak pegi..
teringat kata2 seorang pejuang hamas dalam blognye, " kami x mengaharapkan saudara2 yg berada di luar sana untuk datang berperang dgn kami di sini, tapi ape yg kami harapkan, kesedaran saudara2 sendiri tentang isu dan keadaan kami disini"..
ihzimhum, wansurna alaihim...TAKBIR!
p/s- x join ijtima' atau demo kat sana? dengar citer lagi hebat, sampai masuk paper utusan malaysia hari ni..
owh..sini pun bakal ade demo..hari tu kat bandung..PKS wat..tp tak gi..lambat dpt info..dkat jakarta mantapla..200 000 lebih org berdemo..Allahu Akbar~!=)
Post a Comment