Sunday, November 9, 2008

Lambaian Perjuangan

Assalamualaikum buat sahabat2 semua

Sedar tak sedar ataupun ader yg sedar diri, kita semua telah sampai ke semester yg terakhir untuk pembelajaran di bumi CFS IIUM Nilai ni..pasti banyak kenangan-kenangan pahit ataupun manis yg kita x dapat lupakan sepanjang keberadaan kita di sini..sesungguhnya pasti ada hikmah yg tersirat di sebalik kejadian yg kita lalui..

Pastinya bila kita semua menjejakkan kaki kita ke semester yg baru ataupun untuk yg kali terakhir ni, pasti sahabat2 semua dah buat target ataupun aim masing2 apa yg ntum semua nak capai untuk sem ni kan? betul atau tidak? " kita bolos saja dinding itu ", kata2 zizan raja lawak yg acapkali ana dengar ketika menontonnya..tapi adakah kita semua sedar? tiap2 sem kita buat target dan aim tu, tapi adakah kita berjaya mencapai keseluruhannya ataupun separuh2 ataupun langsung x capai ape2 pun. Tepuk dada tanyalah iman ntum semua.



Sesungguhnya, setiap apa yg kita canangkan, mestilah mempunyai strategi2 dan cara yg betul dan sesuai. Kita perlu bijak merancang dgn sebaiknya apa yg kita nak capai, dan setiap target kita ataupun aim kita itu memerlukan pengorbanan dari diri kita sendiri. Kalau diri kita sendiri ataupun nafsu kita sendiri x dapat nak melawan ujian, pengorbanan, dan itu sendiri, pasti diri kita akan mudah dilambung ombak2 besar dan ganas yg mudah untuk menenggelamkan diri kita. Nauzubillah! Buat sahabat2 semua yg ana muliakan kerana Allah, kita sebagai hambaNya perlulah sedar dan mengambil cakna, adakah kita semua hanya ingin hidup di dunia yg dipinjamkan oleh Allah ni hanya sekadar memenuhi tuntutan hawa nafsu kita semata-mata sahaja? tentu tidak bukan? sudah pasti jawapannya tidak. Kita haruslah merancang matlamat kita dgn teliti dan sebaiknya agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Matlamat bagi seorang pelajar yg mementingkan pelajaran dan dunianya semata-mata, sudah pasti tidak sama dengan matlamat bagi seorang pelajar islam yg mementingkan pelajarannya seiring dengan matlamat akhiratnya. Sebagai seorang pelajar yg bergelar MUSLIM, kita haruslah sedar apakah tanggungjawab kita yg sebenarnya. Adakah dgn belajar semata-mata, ataupun belajar sehingga kita berjaya, barulah kita nak kembali kpd Allah.. " TANGGUNGJAWAB MELEBIHI MASA YG ADA " ungkapan yg selalu ana dengar dari naqib ana yg ana sayangi, Akhi Fitri. Sebagai seorang pelajar Muslim, kita haruslah tahu bahawa tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar bukan setakat meliputi terhadap pelajaran tetapi bahkan sampai kpd apa yg kita dapat gunakan ilmu dan pengetahuan yg kita ada untuk digunakan bagi menyebarkan dakwah islam dan menegakkan syiar islam. Apa yg kita belajar juga seharusnya kita praktikkan dan kita gunakan dalam kehidupan kita sebagai umat islam. Apa yg kita pelajari haruslah selari dgn islam. Semuanya perlu dikaitkan dgn Islam..Pelajaran kita, kehidupan kita, muamalah (pergaulan ) kita dan sebagainya haruslah selari ataupun betul berdasarkan sunnah dan ajaran Al-Quran..


Jika semuanya sahabat2 semua sandarkan kpd islam, insyaAllah kehidupan sahabat2 semua akan diberkati , dilimpahkan rahmat, dan kemudahan oleh Allah S.W.T. Setiap matlamat dan perjuangan memerlukan pengorbanan. Sebagai contoh, seorang Juruterbang Pesawat Komersial perlu mengorbankan masa yg dia ada dan kebahagian bersama keluarga untuk mengejar matlamatnya sebagai juruterbang. Seorang buruh kasar perlu mengerah tenaga dan kudratnya semata-mata untuk mendapat sesuap nasi. Semuanya memerlukan pengorbanan. Sama juga jika diperihalkan kpd kita sebagai seorang pelajar muslim. Seorang pelajar muslim perlu mengorbankan masanya untuk belajar, berjauhan dgn keluarga tercinta, perlu mengorbankan masanya juga bukan setakat untuk belajar, tetapi untuk menunaikan tuntutan Allah dalam 5 rukun Islam..perlu mengorbankan wang ringgit untuk membayar yuran itu dan ini... semuanya memerlukan pengorbanan...

Sahabat2 yg ana muliakan kerana Allah,

kita juga perlu ingat, dalam setiap perjuangan yg kita lalui, pasti ada ujian2 yg Allah berikan kpd kita..tidak kiralah sebagai pelajar, sebagai perdana menteri, sebagai menteri kewangan, menteri pelancongan ke, guru, bahkan ibu bapa kita sendiri atau ibu bapa orang lain, setiap dari mereka pasti diuji oleh Allah..dalam setiap ujian yg ditimpakan oleh Allah, seharusnya kita sebagai seorang mahasiswa islam sedar, pasti ad hikmah disebalik ujian yg Allah berikan..hikmahnya, Allah ingin melihat dan menilai, adakah kita ini benar2 hambaNya yg beriman kpd Nya yg mana jika ditimpa kesusahan dan ujian oleh Nya, menadah tangan berdoa kpdNya ataupun menyalahkan qada' dan qadar yg ditimpanya.

Sesungguhnya setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Itulah yg Allah janjikan dalam KitabNya.
Janganlah kita cepat berasa putus asa dan lemah. Kita haruslah kuatkan semangat kita dgn melakukan perkara2 yg ma'ruf seperti berwudu', melakukan solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya. Itulah sebaik-baik terapi yg ada. Ana teringat satu buku yg ana baca, ' Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha ' karya Taufiqurrahman Al-Azizy, di dalam satu bab di dalam buku tersebut, yusuf yg merupakan seorang pemuda yg berhati bersih dan luhur budinya yg juga miskin tiba dari desanya yg dikenali Telagasari. Ketika itu beliau baru tiba dari desanya dan berehat-rehat di tepi tasik. Lalu beliau tertidur dalam kepenatan. Apabila beliau bangun, beliau mendapati bahawa begnya yg dipenuhi baju2 dan wang bekalan untuknya yg diberi oleh ayahnya telah hilang..beliau berasa sangat sedih..terasa dirinya hendak menjerit sekuat-kuatnya dan menyumpah2 pencuri yg mencuri begnya itu..tetapi dgn keluhuran budinya, dia teringat dgn pesan ayahnya, " ingat wahai anakku, dalam apa jua kesusahan yg terjadi, ingatlah Allah sentiasa bersamamu" ...ALLAH SENTIASA BERSAMAMU..itulah kata2 ayahnya..sedikit petikan dari buku yg ana baca..

Jadi, secara konklusinya, ana menasihati diri ana dan juga sahabat2 semua, marilah kita bersama-sama menetapkan hati kita agar terus sabat dan istiqomah dalam menempuh perjuangan kita sebagai seorang pelajar islam di muka bumi CFS IIUM ni...wallahu'alam..sekadar perkongsian dari ana..

1 comments:

Nurul Hawa said...

allahumma ya muqolibal qulub.. sabbit qulubana 'ala dinik wa'ala to'atik..