Monday, October 13, 2008

Best ke bercouple tu?

Assalamualaikum buat sahabat2 yg disayangi kerana Allah

Salam perjuangan diucapkan kepada sahabat2 yg mengenali diri ini. Diri ini sesungguhnya berasa kedil sekali ketika sujud menghadapMu..terasa begitu hina sekali..sesekali diriku terasa sunyi dan sepi, mengapalah diri ini sukar sungguh untuk mencapai kekhusyukan ketika beribadah kpd Mu Ya Allah..sesungguhnya diri ini benar2 mengharapkan dan mendambakan kasihMu Ya Allah...Marilah kita berdoa kpd Allah, agar kita semua terus istiqomah dalam perjuangan menegakkan kalimah tauhid ' LAILAHA ILLALLAH '..

Sekadar perkongsian bersama buat sahabat...diriku ini sering bertanya dan bermonolog sendirian, jika benar aku ini seorang Pejuang Islam, apakah yg telah aku sumbangkan untuk Islam? Apakah yg telah aku kongsikan keringat peluhku untuk Islam? Persoalan ini sering bermain-main di kotak fikiranku tika hati ini berada dalam keseorangan..sering aku dengar dari sahabat-sahabatku " jangan nta fikir apa yg nta harapkan dari Islam, tapi nta kena fikirkan ape yg nta telah usaha dan sumbangkan untuk Islam tu sendiri " . Sesungguhnya Islam tu x rugi kalau kita ni nak tinggalkan ajarannya, tapi kitalah yg akan rugi jikalau kita mengabaikan suruhannya dan tidak meninggalkan segala larangannya..

Semalam, dalam diri ini sedap2 nak g cafeteria cfs iium kampus satelit nilai bersama sahabat2 bilik b1-2-8, tiba2 dgn tidak semena-mena, diri ini dan sahabat bilik yg lain terpandang sekumpulan pelajar wanita dari cfsiium ni sendiri yg nampaknya begitu bangga berjalan berdua-duaan bersama teman lelaki masing2.. Subhanallah..Nauzubillah min zalik..tiba2 sahabat bilikku berkata dalam loghat kelatenye: " erm..topek! Cuba kau tengok budak2 yg tengah bercouple tu? X kan tengok je kot? " nama yg acapkali dipanggil oleh teman2ku.." kau nak dapat pahala x? " aku pun jawablah.." mestilah nak...sapa yg x nak pahalakan...lagi2 bulan syawal ni "...dia pun cakap: " kalau kau nak pahala, kau g tarbiyyah budak2 yg tengah berkepit tu...aku cabar kau.." diri ini pun pandanglah budak2 tu... " masyaAllah! " getir aku dalam diriku sendiri...kuatnya ujian yg Allah berikan kpd ku...seorang sahabat yg mencabar diriku sendiri..entah mengapa, diriku ini rasa berat sangat nak pergi dan berda'wah kpd mereka..jauh dari lubuk hati ini sebenarnya, memang aku ingin pergi ke sana dan cuba untuk menegur mereka..tapi entah mengapa.. terasa macam berat untuk melangkah dan berkata-kata di hadapan budak2 tu...lantas aku pun jawablah " sabar ye, aku tengah berusaha ni..kau x nak tolong aku ker? " sahabat2 ku yg lain semua rasa pelik..lalu salah seorang dari diorang pun bertanya: " apa yg kau buat? aku x nampak kau g kat sana pun? jgn nak menipu dgn kitorang..takut cakap takut..", aku pun cakaplah kat diorang.." aku tengah berdoa kpd Allah ni, moga-moga Allah bukak pintu hidayah untuk mereka agar mereka takut dgn maksiat yg mereka buat..agar mereka takut untuk masuk ke neraka Allah.." lalu semuanya terdiam..aku pun berkata lagi: " kita ni, sebagai seorang yg mengaku berintima' dgn islam, jgn asyik cakap orang je..cuba fikirkan tentang diri kita sendiri..jgn asyik mencabar dan menuding jari kpd orang lain, mentang2 lah aku course bar jadi kerja2 agama ni, budak course bar je lah yg buat?" semua terdiam lagi.." habis tu budak course lain buat apa? tengok jelah..Allah x pentingkan apa hasilnya, tapi apa yg Allah lebih utamakan, apa yg telah kamu sebagai seorang yg mengaku MUSLIM sumbangkan untuk menegakkan Islam tu sendiri.."

Satu ketika dulu, pada zaman nabi, Nabi Ibrahim telah dibakar oleh kaumnya sendiri, dan ketika tu, seseorang ternampak seekor burung gagak yg dari tadi asyik ke hulu-hilir berterbangan. lalu pemuda tu pun perhatikanlah aper yg sedang burung tu lakukan..pemuda tu nampak bahawa burung tu tengah membawa air menggunakan mulutnya dan menyiram ke arah api yg sedang marak terbakar tu dgn harapan bahawa api yg tengah marak tu akan terpadam..cuba kita semua bayangkan secara logik akal, boleh ke api yg marak tu terpadam dgn hanya menggunakan air yg setitik tu...mesti x boleh kan? tapi kenapa burung tu buat gak? sebab dia tau bahawasanya di akhirat kelak, Allah akan tanya balik kat dia, ketika mana Nabi Ibrahim dibakar, ape yg telah kau lakukan, adakah sekadar duduk diam dan mengharapkan bahawa api tu akan padam sendiri? tentu tidak bukan...jadi walaupun burung tu tau yg x mungkin api tu kan padam dengan hanya menggunakan api yg dibawanya tapi sekurang-kurangnya burung tu ade sesuatu untuk dijadikan hujah di hadapan Allah kelak..." lalu salah seorang dari sahabatku yg bertanya tu pun mintak maaf kepadaku dan bersama-sama denganku menadah tangan kpd Allah, moga2 mereka diberikan hidayah dari Allah untuk berubah..

Islam sebenarnya tidak menyekat setiap hambanya untuk berkasih sayang antara satu sama lain..memang fitrah alanm sendiri Allah jadikan setiap dari kita berpasang-pasangan..lelaki dgn perempuan, bulan dan bintang, siang dan malam, langit dan bumi, bulan dan matahari, tapi ada caranya yg Islam dah sediakan..Islam mengatakan bahawa cara percintaan dan berkasih-sayang yg paling manis dan mulia di sisi Allah adalah percintaan selepas pernikahan..kerana apa, kerana selepas pernikahan, maka halallah wanita itu untuk lelaki tu..islam juga x menggalakkan kepada wanita dan lelaki itu sendiri untuk berjumpa, ber ' dating ' dan semua ber yg sama waktu dengannya..islam menganjurkan Ta'aruf...apa dia ta'aruf tu? Ta'aruf tu ialah satu cara di mana seseorang tu menggunakan perantaraan dalam hubungan mereka..ape jua perkara yg hendak diutarakan dan dibincangkan mestilah mempunyai perantaraan...dan syarat untuk menjadi perantaraan tu ialah mestilah mempunyai hubungan yg muhrim atau sah dengan perempuan tersebut sebagai contoh, ibunya, ayahnya, abangnya, kakaknya, dan yg setaraf dengannya...itulah dia cara yg dibenarkan oleh Islam...

Dalam era globalisasi dan pemodenan skrang ni, memang sy x nafikan bahawa gejala sosial bercouple antara lelaki dan perempuan di negara kita ni semakin dipandang enteng oleh semua pihak...kita sebagai seorang mahasiswa dan mahasisiwi islam haruslah sedar bahawa kita semua harus berganding bahu dan tenaga untuk bersama-sama menyedarkan mereka agar mereka tidak sesat dibuai permainan duniawi..bukanlah kita ni hanya setakat belajar sahaja, tetapi kita ni menjadi dai'e yg bersama-sama menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar di muka bumi cfs iium nilai khususnya dan di Malaysia amnya...Sekadar perkongsian bersama..








1 comments:

Anonymous said...

ISLAM itu bukan pada keMELAYUan, bukan pada COURSE,bukan pada SUKU,BANGSA..ermm..syukran..