Monday, November 10, 2008

Usrah 1089

Assalamualaikum buat sahabat2 yg ana muliakan kerana Allah..

dalam sedang mempersiapkan diri ini untuk menghadapi alam pembelajaran yg baru, tiba2 kotak fikiranku melayang jauh melayari dunia khayalan mengimbau kembali tentang satu amanah yg telah dipertanggungjawabkan kpdku...ceritanya bermula ketika sebelum cuti raya yg lepas...sedang diriku sibuk belajar di dalam kelas, tiba2 aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon..aku tengok dgn teliti dan nama akhi hafizan pun tertera di screen hp ku..aku pun minta izin dgn pensyarah yg berada di dalam kelas tu untuk keluar seketika..aku pun menjawab panggilan telefon tersebut.." Assalamualaikum akhi?, akhi sihat? lama x dengar berita? " lalu akhi hafizan pun berkata " alhamdulillah, ana sihat..asif ya..an sibuk sikit dgn tugasan" aku pun kata " owh, x pe2..owh ya, ada apa akhi call sy..sy ad kelas sebenarnya ni.." akhi hafizan pun kata " camni, ana dalam masa yg terdekat ni dah nak sambung belajar ke syria, an nak mintak tolong, bleh x nta gantikan ana dan pegang anak usrah ana? tingkatan 3...boleh x? tiba2 aku rasa terkejut sekejap..aku pun kata " ana rasa mcm x layak je akhi nak pegang anak usrah akhi tu, berat tanggungjawab tu.." akhi hafizan pun cakap " jgn lah nta cakap camtu..ana yakin dan siqoh dgn nta..terimalah yer..nanti ana inform balik..ok, syukran" aku pun kata " ok, insyaAllah..afwan "..Tup..talian terputus..

itulah dia peristiwa yg x dapat untuk aku lupakan..satu tanggungjawab yg berat yg telah diamanahkan oleh akhi hafizan..insyaAllah akhi, ana akan cuba yg terbaik dan akan menyambung rantai-rantai perjuangan akhi untuk membimbing adik2 kita..malam tadi bersamaan dgn 10/11/2008 selepas isya' merupakan satu tarikh dan saat yg bersejarah dalam hidupku..aku telah dipertemukan oleh kak farhana, naqibah yg bersama-sama dalam usrahku yg baru dgn adik-adik usrahku...sungguh demi Allah, diri ini berasa berbagai-bagai perasaan yg berkecamuk di hatiku..rasa gembira, gementar, excited, ntahlah...sebelum x pernah pun rasa camni..sebelum ni, aku pernah memegang usrah badar untuk tingkatan 4 di sekolah ..dan sehingga kini, usrah tu pun masih berjalan..tapi bila nak dipertemukan dgn adik2 baru, rasa nervous plak..hehe..ntahlah..kali pertama lah katakan...

Liqa' pada malam tu di mulakan ummul kitab, dan dimulakan dgn sesi ta'aruf..masing2 dikalangan anak-anak usrahku yg baru memperkenalkan diri..kelihatan wajah malu2 dan segan2 dgn ku..kelakarlah pulak time tu..diorang malu2, aku pun malu2, memang bagus....alhamdulillah, malam semalam jugak, 3 orang sahabatku dapat ikut jgak..mereka ialah faris, nas
rullah dan wan mohd hazim
...bertuah dapat sahabat cam diorang..sanggup korbankan masa malam tadi...setelah semua selesai memperkenalkan diri, tibalah giliranku.." bismillahi nabda ", kata2 yg suka aku utarakan ketika memperkenalkan diri..rasa gemuruh darah time nak ta'aruf diri, tapi alhamdulillah semua kegelisahan dapat dicover dgn jayanya..hehe..selepas tu plak, kebetulan, semua anak2 usrahku telah selamat menjalani peperiksaan pmr dan x lama lg cuti sekolah, jadi pertemuan tu merupakan liqa wada' ataupun liqa'@usrah yg terakhir untuk tahun ni..form 4 nanti ad lagi...selepas tu tibalah waktu untuk sesi taujihad ataupun amanat untuk adik2..selepas tu plak ad jamuan ringan. kak farhana ad goreng mi, dan aku plak ad jgak bawak makanan ringan yg lain...alhamdulillah, majlis pada malam tu berjalan dgn lancar...rasa gembira dan seronok tengok karenah dan telatah anak2 usrah baru..

Buat adik2 usrah:

Nazrin, Zulfalhie, Zulfaqar, Aiman, Farid Wajdi, Nazif, Jasmi, Luqman Hakeem, Izzuddin, Hafiz, Syazwan, Syahmi… Farzana, Afiza, Fatin, Hamizah, Hajar, Husna, Munirah, Nazihah Ayuni, Insyirah n Farah

gembira sungguh hatiku ini
dapat kutemu jundi yg setia
tangan yg hina manadah padaMu
moga terjalin satu ikatan
ukhwah yg terbina
berkekalan selamanya

Semoga ukhwah yg telah terbina, berkekalan hingga ke akhir hayat..buat adik2 abg, abg doakan semoga adik2 mendapat keputusan yg cemerlang untuk pmr ni..bukan untuk pmr je, bahkan cemerlang di dunia dan di akhirat.

2 comments:

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid said...

jazakallahukhairan kathir..barakallahufiik..hayakallah..sbb bantu ana..smg Allah sntsa memberkati nta..amin..=)

From Me to WE said...

Bila kamu bantu agama Allah, Allah akan kuatkan dan bantu kamu.