Thursday, November 20, 2008

Apa ada dengan Fatwa? Perlu ke?

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg ana muliakan...

Alhamdulillah, pertamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah kerana dgn izinNya, kita masih lagi dapat bernafas dan hidup di muka bumi Allah dan masih diberikan Allah 2 nikmat yg paling besar iaitu nikmat iman dan islam..InsyaAllah, pada hari yg mulia ini bersamaan dgn 23 zulkaedah 1429 hijriyyah ni, ingin ana berkongsi dgn sahabat2 semua berkaitan dgn satu topik iaitu FATWA...adakah fatwa pada masa ini masih relevan ataupun diguna pakai pada masa sekarang...alhamdulillah, pada pagi tadi ana berpeluang untuk menghadiri satu program. Tarikh dan masa adalah seperti yg berikut:

Penganjur : Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD),
Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)

Tajuk : Garis Panduan Ijtihad dan Pengeluaran Fatwa

Speaker : Prof Dr Wahbah Zuhaili ( Universiti Damascus, Syria )
Dr Mohammad Akram Laldin ( Pengarah ISRA )
Dr Elsaddig Dowelnor Abdelgadir Fedel Seed (Pensyarah USIM)

Tarikh : 21 November 2008 Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Kuliah Pusat 3, USIM

Alhamdulillah, banyak input-input menarik yg ana dapat ambil dan kutip hasil dari pembentang2 yg ana sanjungi. Antaranya Prof Dr Wahbah Zuhaily. Nama ulama' yg tidak asing lagi pada abad ni..Persoalan yg sebentar tadi ana timbulkan, adakah sistem fatwa ini masih relevan atau boleh diguna pakai lagi pada zaman sekarang. Persoalan yg sering juga muncul di benak fikiran ana, adakah manusia pada zaman sekarang masih lagi berpegang teguh dgn fatwa2 yg dikeluarkan oleh mufti2. Sebelum ini, Majlis Mufti Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa " hukum menghisap rokok adalah haram " dan " konsert sureheboh anjuran TV3 juga diharamkan "..Persoalan yg timbul adalah, adakah umat islam di luar sana patuh dan ikut dgn sepenuh hati fatwa yg telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti?

Pembentang yg pertama, Prof Dr Wahbah Zuhaily membentang kertas kerja yg dibawanya. Terasa diri berada di tengah2 kota mesir apabila mendengar ucapannya. Ucapan yg agak tegas dan amat ilmiah..sesungguhnya para2 mufti dan fatwa2 yg telah dikeluarkan sering dipandang enteng oleh sebilangan umat islam. Mereka menganggap bahawa dunia ni mereka yg kuasai dan tidak ada sesiapa yg mampu untuk mengubah keputusan mereka. Prof Dr Wahbah Zuhaili mengatakan bahawa antara faktor2 yg menyebabkan perkembangan fatwa ialah Globalisasi dan Perkembangan Dunia khususnya dalam bidang muamalat islam dan kewangan islam..Semua ini berkembang selari dengan peredaran zaman kita pada masa ini.

Prof Dr Wahbah Zuhaily juga ada mengatakan bahawa Fatwa pada masa ni masih diperlukan dan releven. Contohnya, INFAD(USIM) sekarang sedang mengkaji beberapa fatwa baru i
aitu:

- Hukum membuat pengeluaran wang melalui ban
k komersial
- Hukum pengecualian solat untuk bagi mereka yg bekerja dengan Pejabat Pos( Bahagian
Penghantaran Surat
- Hukum penggunaan gen dalam islam
- Hukum menggunakan tasbih elektronik yg mengandungi Asma Allah
- Hukum menggunakan pakaian yg tertera perkataan 'Carlsbeg'

Pada era globalisasi dan modenisasi ini, memang banyak masalah2 yg timbul dan diragukan. Justeru itu, inilah peranan Mufti2 yg ada. Berbin
cang dan bermunaqashah serta mengeluarkan fatwa2 semata-mata untuk kemaslahatan umat islam. Mufti2 dan alim ulama' lah rujukan kita semua pada hari ni. Berbeza dgn apa yg berlaku pada zaman Rasulullah SAW, jika terdapat masalah2 yg timbul berkaitan dgn kehidupan hatta kpd sekecil-kecil masalah, semuanya dirujuk terus kpd Nabi Muhammad SAW. Umat islam pada masa itu, tidak banyak menghadapi masalah berkaitan dgn pengurusan hidup dan sebagainya. Kebanyakannya mempunyai masalah berkaitan dgn permasalahan akidah islam yg mereka pegangi ataupun masalah yg berkaitan hal rumah tangga. Sesungguhnya itulah cabaran yg perlu dihadapi oleh Mufti2 pada hari ni.

Pada penghujung majlis, tibalah kpd slot yg dinanti-nantikan oleh semua yg hadir. Slot untuk soalan. Ternyata, memang ramai antara yg hadir pada pg tu menunggu-nunggu untuk bertanyakan soalan kpd Sohibul Samahah Al Fadhil Ustaz Prof Dr Wahbah Zuhaily. Antara soalan2 yg telah diajukan, ana tertarik dgn 2 soalan yg telah ditanyakan dari seorang sahabat dari Universiti Malaya. Beliau menanyakan, " apakah hukum kita mengamalkan seni Yoga dalam kehidupan kita?" dan soalan yg ke 2, " apakah hukum dan pandangan ustaz berkaitan hukum menangkap seseorang dan sumbatkan dalam penjara tanpa prosedur mahkamah yg adil?". Ana pun berkata dalam hati, ni mesti pasal ISA ni..akta hutan rimba yg digunakan sesuka hati oleh kerajaan tanpa memikirkan hati dan perasaan org lain.



Antara jawapan dan pandangan yg diberikan oleh Prof Dr Wahbah Zuhaily ialah, yoga adalah satu amalan spiritual untuk penganut agama hindu. Setiap pergerakan badan dalam yoga melambangkan sifat tuhan yg ada dalam agama hindu. Jadi, beliau mengatakan sesiapa yg sudah mengetahui tentang kebenaran yg sebenarnya tapi masih mengamalkannya, hukumnya boleh jatuh syirik, kerana dikhuatiri akidahnya boleh terjejas dan terpesong. Jadi, kpd sesiapa yg diluar sana yg masih tegar mengamalkan yoga, insaflah..beliau berkata bahawa, islam telah menyediakan satu landasan ataupun platform untu kita menguatkan fizikal dan rohani kita iaitu solat, zikir dan sebagainya. Untuk soalan yg kedua, Prof Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, setiap yg disabitkan bersalah, mestilah ada peluang untuk dirinya dibela oleh peguambela sebelum dia didapati betul2 bersalah. Adalah berdosa kpd org yg bertanggungjawab, sekiranya tidak membenarkan org yg disabit bersalah dibela. Mereka juga mempunyai hati, perasaan dan keluarga mereka sendiri. Sedarlah bagi pihak yg berwajib. Jangan gunakan kuasa yg ntum ade dgn sewenang-wenangnya.

Secara konklusinya, pengeluaran fatwa2 pada zaman kita sekarang masih sesuai dan relevan berikutan dgn masalah2 agama dan persoalan2 umat yg sering timbul pada masa ni.Justeru itu, marilah kita bersama-sama mematuhi fatwa2 yg telah dikeluarkan. Sesungguhnya fatwa2 yg dikeluarkan oleh jabatan mufti bukanlah untuk kesusahan kita tetapi untuk kebaikan ummah bersama..Sekadar perkongsian bersama.

0 comments: