Assalamulaikum..
Alhamdulillah, tahun ke-2 pembelajaranku telah bermula..pasti di antara kita ader yg merasakan cepatnya masa berlalu. Rasanya seakan-akan baru semalam ana menjejakkan kaki ke Pusat Asasi UIAM ini. Tapi,itulah yg dikatakan kebesaran Allah SWT. Kita memang sentiasa tidak menyedari tentang kehadiran ataupun kewujudan masa di sisi kita, tetapi itulah hakikat kita sebagai masa. Manusia sememangnya suka untuk tidak menghargai masa. Manusia suka menghabiskan masa mereka dgn melakukan perkara2 yg lagha dan sia2 tanpa sedikit pun berasa malu dgn Allah SWT. Mereka suka menghabiskan masa dgn melepak-lepak, berbual-bual kosong, dan melakukan perkara yg sedikit pun tidak menyumbang kepada Islam. Sebab tu lah, kalau kita lihat sekarang ni, memang banyak kes2 ataupun masalah sosial yg amat kritikal sekali melanda golongan remaja. golongan muda, golongan dewasa, dan golongan tua. Bagaimanakah perkara2 ni boleh terjadi? Ana berasa begitu sedih sekali apabila memikirkan keadaan ni. Rasa nk menitiskan air mata pun ader gak apabila ana tengok anak2 muda sekarang secara terang-terangan duduk berdua-duaan, dan banyak lagi..MasyaAllah...semua masalah ni pasti tidak akan terjadi jika mereka menghayati konsep masa itu sendiri dan menggunakan masa yg ader dgn melakukan perkara2 yg berfaedah dan yg semestinya untuk medapat keredhaan Allah..
Sesungguhnya Allah memang banyak bersumpah dgn masa di dalam Al-Quran contohnya di dalam surah Al-Asr, Ad- Dhuha dan sebagainya. Kenapa Allah banyak mengingatkan hambaNya tentang masa? Ini disebabkan bahawa sesungguhnya masa itu sememangnya penting di sisi kita dan jika kita tidak menguruskan dan menggunakan masa dgn sebaiknya, maka rugilah kita kerana sesunggunnya masa itu tidak boleh diulang balik, dan masa itu sentiasa meninggalkan kita jauh kebelakang. Justeru itu, kita sebagai hambaNya yg soleh dan solehah hendaklah bijak dan pandai menguruskan masa kita dgn sebaiknya. Gunalah masa yg ada sementara kita masih hidup ini dgn melakukan perkara yg disuruhNya dan tinggalkanlah perkara yg Allah x suka.. kalau boleh gunakanlah masa yg ader dgn berjihad( bersungguh-sungguh) di jalan Allah dan sumbangkanlah masa kita yg ader untuk menegakkan kembali syiar Islam di muka bumi Allah ini..dan insyaAllah jika kita sentiasa berusaha untuk menegakkan syiar Islam, syurga Allah akan menanti tapi bg mereka yg alpa da leka, azab api neraka pula akan menanti mereka. Nauzubillah min zalik! Allah itu Maha Mengetahui tentang hambNya..Alah berfirman di dalam Al-Quran:
يا ايهاالذين امنوا هل أدلكم على التجارة تنجيكم من عذاب اليم تؤمنون بالله و رسوله و
تجاهدون في سبيل لله باموالكم و انفسكم ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون
MafhumNya: Wahai orang2 yg beriman, hendakkah kamu semua Aku tunjukkan satu perniagaan yg dapat menyelamatkan kamu semua dari azab api nerakay pedih? Berimanlah kamu semua kpd Allah dan rasul2 Nya dan berjihadlah (bersungguh-sungguh) kamu di jalan Allah dgn harta2 kamu dan diri kamu, sesungguhnya itulah sebaik-baik jika kamu mengetahuinya.
Nampak x sahabat2 dan sohabiah2 semua? bukan Allah x sayang kita. Allah sayang sangat2 kpd semua hamba2Nya..cuma kita saja hambaNya x pernah nak menyayangiNya, x pernah nak sujud kan kepala kita menyambah Allah dan merendah diri kpd Allah, x pernah pun nk membaca Al-Quran apatah lagi nak mengkaji ayat2 Al-Quran..semuanya sebenarnya terletak pada bahu kita sendiri samada nak buat ataupun tidak. kalau kita betul2 menghargai masa, pasti kita akan isikan masa kita dgn benda2 yg bermanfaat insyaAllah..sekadar renungan bersama...Takbir3x ALLAHUAKBAR
PILIHANRAYA UMUM KE-15 : MEDAN MENGUJI KEKUATAN
2 years ago
0 comments:
Post a Comment