Wednesday, June 18, 2008

Assalamualaikum

Diriku pada 18 Jun 2008

Alhamdulillah, tahun kedua pembelajaranku di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kampus Nilai untuk sesi 2008/2009 telah bermula dgn rasminya. Ini bermakna, diriku ini semakin hari semakin dekat untuk meninggalkan kampus NIlai ini dan itu juga bermakna kita ini semakin hari bukan semakin menurun usia tapi semakin meningkat usia. Meningkat usia bermakna kita ini semakin hari semakin banyak cabaran dan pengalaman yg kita tempuhi. Justeru itu, pasti akan tiba juga kpd kita mehnah2 ataupun masalah2 yg terpaksa kita hadapi. Ana yakin dan pasti, setiap dari kita ini pasti tidak dpt lari dri mehnah2 ataupun masalah2. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini perlulah bijak dalam menangani segala masalah2 dan perlu bijak untuk mencari apakah jalan penyelesaian yg terbaik. Dan Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, mafhumNya :
" setiap kesusahan pasti ada kesenangan, setiap kesusahan pasti ada kesenangan "
:surah Al-Insyirah

Sememangnya jawapan yg di cari memang sudah terbukti dan tercatat di dalam Al-Quran buat mereka yg masih risau, resah dan takut dalam menangani masalah2 yg timbul. Allah telah berjanji untuk hamba2Nya yg istiqamah dalam mencari penyelesaian sebanyak 2 kali. Justeru itu, wahai SYABAB, wahai IKHWAN, wahai AKHOWAT, wahai FATAYAT, jganlah kamu semua takut jika diberi masalah dan mehnah oleh Allah Azza Wa Jalla. Sesungguhnya setiap masalah dan mehnah adalah ujian dari Allah untuk hamba2 Nya samada kita mampu untuk menanganinya ataupun tidak. Allah juga berfirman dalan Al-Quran, mafhumNya : " Allah tidak akan memberi tanggungjawab kpd seseorang itu melainkan dgn keupayaannya ". Seharusnya kita sebagai UMAT ISLAM YG MENGAMALKAN ISLAM DGN SYUMULIYAH berasa bersyukur kpd Nya kerana kita ini dipilih olehNya untuk diberi ujian. Disamping masalah2 ataupun mehnah2 yg Allah berik kpd kita, Allah juga ada memberikan banyak nikmat2 kpd kita.

Sesungguhnya di muka bumi Allah ini, memang banyak nikmat2 yg Allah berikan kpd kita dalam kita sedar ataupun tidak. Justeru itu, kita perlulah pandai dalam menikmati
nikmat2yg Allah berikan.

Rasulullah S.A.W bersabda: " celuplah jarimu kedalam air laut, air yg menitis dri jarimu itu adalah NIKMAT DUNIA, baki air laut yg terbentang luas itu NIKMAT SYURGA ".

Oleh itu, jgnlah kita mensia2kan nikmat2 yg Allah berikan kpd kita. Kita perlu ingat bahawa semua NIKMAT2 yg Allah berikan kpd kita adalah bersifat sementara dan bila2 masa sahaja Allah boleh tarik balik.

Akhir kalam, suka ana untuk mengingatkan diri ana terutamanya dan sahabat2 dan sohabiah2 umumnya, Ingatlah setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya kecuali satu masalah sahaja iaitu MATI.

" Serinya WAJAH kerana mantapnya TARBIYYAH, bercahayanya WAJAH kerana mantapnya MUHASABAH, kuatnya HATI kerana BERMUQARABAH, dan hebatnya HATI kerana sifat ISTIQAMAH "

Assalamualaikum Wa Rahmatullah Wabarakatuh, TAKBIR3X!

0 comments: