Monday, June 2, 2008

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum!

Muqaddimah

Alhamdulillah, nahmaduhu wa nasta'inuhu wa nastaghfiruh, wa na'uzubihi min syururi anfusina wa min sayyia'ti a'malina manyyahdillahu fala mudillalah, wa manyyudlillah hufala hadiyalah

Wa Asyhadu alla ilaha illa Allah, Wa Asyhadu anna Muhammadan abduhu wa Rasuluh..

Alhamdulillah, di sini ana ingin merafakkan seinfiniti kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dgn izinnya dapatlah ana hambamu yang lemah lagi dho'if ini mencoretkan sedikit lembaran di mana insyaAllah akan ana gunakan wasilah atau wadah ini untuk menyebarkan agamamu ya'ni ADDINUL ISLAM ke medan da'wah.

Diriku pada 3 Jun/ 28 Jamadil Awal

Assalamualaikum sahabat2 dan sohabiah2 semua, sedar x sedar, pembelajaran kita ya'ni sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi di bumi cfs iium nilai ni semakin hampir ke noktah yang terakhir untuk sem 3/ 2008-2009 dan yg paling utama kita semua akan mengahadapi saat yang genting iaitu peperiksaan akhir untuk short sem ni , tetapi kalau kita muhasabah kan diri kita balik, adakah kita ini sebagai seorang mahasiswa/mahasisiwi amnya atau hamba Allah khususnya menjalankan kesemua tanggungjawab yg telah ditaklifkan oleh Allah? Adakah kita ini hanya sekadar seorang pencari ilmu semata-mata ataupun seorang da'ie semata-mata ataupun sebaliknya? Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al Quran :

كنتم خير امة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر

yg bermaksud: " kamulah umat yg terbaik yg telah Aku jadikan untuk manusia, yg mengajak (perbuatan) kpd kebaikan dan mencegah drpd kemungkaran ". Melalui ayat ini Allah berfirman bahawa kita ini sebagai hamba Allah di muka bumi ini perlulah sentiasa melakukan perkara2 yg membawa kpd kebaikan sebagai contoh menimba ilmu, mengerjakan solat lima waktu, berpuasa, bersedekah dan menyebarkan da'wah islam dan menjauhkan diri kita daripada perkara yg keji dan mungkar.

Justeru itu, kita sebagai seorang pelajar seharusnya bijak mengaplikasikan apa yg kita belajar dan tahu dan kita patut lakukannya dalam kehidupan kita seharian. Sebagai contoh, dalam pada kita hendak mengulangkaji pelajaran kita untuk peperiksaan ni, jgnlah kita menzalimi tubuh badan kita ni dgn mengulangkaji pelajaran sampai lewat malam/pagi ( contoh sampai pukul 3 pagi), sebab kalau study lewat2 ni confirm kita akan terlajak untuk bangun solat subuh dan seterusnya kita akan menzalimi diri kita lagi untuk menunaikan solat subuh..jadi, terpulanglah kpd individu tu sendiri bagaimana nak menguruskan waktunya...sekadar renungan bersama.

0 comments: