Monday, May 4, 2009

Mustafa Kemal Atarturk Laknatullah

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg di muliakan,

Alhamdulillah, pertamanya marilah kita merafakkan se infiniti kesyukuran kpd Allah, tuhan sekalian alam yg telah memberikan kita semua nikmat-nikmatNya..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat-sahabat, tabi’in, dan tabi’ tabi’in..

InsyaAllah, pada entri kali ni, sukalah sy untuk berkongsi dgn sahabat-sahabat semua dgn seorang manusia yg menggelarkan dirinya founder of The Republic Of Turkey di negaranya..dan untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua juga, inilah juga manusia yg bertanggungjawab menjatuhkan seterusnya meruntuhkan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniah..

Kawasan taklukan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyah


telah runtuh dan bertukar menjadi Republik Turki Sekular



Mustafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Riza Efandi dan ibunya bernama Zubeyde Hanim, Bapanya berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ataturk juga telah di berikan oleh Guru matematiknya satu nama iaitu Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal. H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah
menulis:

‘ Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’


Mustafa Kemal Atarturk semasa di Parlimen Turki


Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya ‘ Daunamah ’ terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M).

Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Disinilah sahabat-sahabat semua, bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi secara senyap-senyap Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah umumnya dan agama islam khususnya. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau sentiasa mengaburi dan mengeluarkan propaganda dan mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dan cara hidup dunia Islam. Setelah beliau bersekongkol bersama-sama dgn blok barat dan beberapa org dalaman sendiri untuk menjatuhkan islam, dan bergelar sebagai presiden Turki Moden yg baru, banyak perkara-perkara buruk dan mendatangkan kemudaratan kpd dunia islam telah di lakukan olehnya semasa pemerintahannya.

Di antara perkara-perkara besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem khalifah Islamiah ialah:
a) Menandatangani Perjanjian Luzan

Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kamal Atartuk telah menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat beberapa syarat penting yang perlu di patuhi oleh beliau iaitu:
b) Sistem Khalifah Islamiah dan Khilafah Islamiah mesti dihapuskan

Mengeluarkan atau menghapus sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki.

Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular) sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).

Jika dilihat kepada syarat-syarat perjanjian di atas jelas sekali beliau adalah anti ajaran Islam. Beliau cuba menghapuskan sistem Khalifah Islamiah dan tidak mahu melaksanakan syariat Islam dalam urusan pemerintahan Negara dan sekaligus mahu melaksanakan sistem pemerintahan sekular ciptaan barat Kristian.

c) Menukar Peraturan Syariat Islam Dengan Undang-undang Barat

Setelah berkuasa, Mustafa Kamal menukar undang-undang syariat Islam dengan undang undang Barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil undang-undang sivil dari Switzerland, undang-undang jenayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi. Apa yang di lakukannya adalah satu usaha ke arah mahu melaksanakan kehendak perjanjian Luzan dan bagi menghalang syariat Islam dari dilaksanakan di alam sistem pemerintahan Turki.

d) Memisah Dan Mengasingkan Urusan Agama Dengan Politik Dan Negara

Mustafa Kamal merupakan seorang pemimpin Negara Islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan itu, dia ada menyebut “Tidak ada politik dalam agama, dan tidak ada agama dalam politik” Ini bererti beliau telah menerima dan malaksanakan fahaman sekular yang di ambil dari barat dalam sistem pemerintahnya. Sistem itu memang bercanggah dengan ajaran Islam. Islam satu-satunya agama yang lengkap dan sempurna, ajarannya melipuli segala urusan hidup manusia di dunia dan akhirat. Ajarannya meliputi perkara-perkara akidah, syariat dan akhlak. Ajaran Islam tidak ada pemisahan antara agama dan politik Nabi S.A.W, para sahabat, para ulama dan lain-lain lagi. Semuanya menghayati keseluruhan ajaran agama yang merangkumi ketiga-tiga perkara pokok diatas. Mereka juga kuat beribadat, berpolitik, berniaga, belajar, bersukan dan lain-lain lagi.
e) Azan Dalam Bahasa Turki

Setelah Mustafa Kamal Atartuk berkuasa di Turki, beliau mengeluarkan perintah kepada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasullah S.A.W dalam bahasa Arab sebagaimana yang kita ketahui. Syariat ini berjalan semenjak dahulu sampai sekarang dan seterusnya sampai ke hari kiamat. Azan tidak boleh digunakan dalam bahasa lain selain bahasa Arab. Walaupun begitu Mustafa memaksa rakyat melakukan azan dalam bahasa Turki. Namun begitu di beberapa tempat pedalaman, umat Islam Turki yang yakin kepada Islam tetap melakukan azan dalam bahasa Arab secara senyap-senyap bagi mengelak dari di ketahui oleh pihak berkuasa.
f ) Al-Quran Dicetak Dalam Bahasa Turki

Bukan sahaja azan dipaksa supaya dilakukan dalam bahasa Turki, bahkan dipaksa supaya Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dengan mengguna tulisan rumi. Beliau tidak mahu Al-Quran ditulis dan dicetak dalam bahasa Arab sebagaimana ia diturunkan. Tindakan beliau ini merupakan satu jenayah besar yg dilakukan oleh beliau. Ulama’ Islam dahulu dan sekarang sepakat mengharamkan Al-Quran ditulis dalam tulisan selain bahasa Arab.

g ) Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat.

Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar, Mustafa Kamal memaksa mereka membuka hijab, mendedahkan aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian ala wanita barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus dan dipaksa memakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat Kristian. Dengan lama kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian seperti itu sehingga mereka seolah-olah telah menjadi orang barat.

h ) Ditukar Hari Cuti Umum Kepada Hari Ahad

Kalau sebelum itu seluruh Negara Islam menjadikan cuti umum pada hari Jumaat, Mustafa Kamal merupakan pemimpin Islam pertama yang menukarkan cuti tersebut kepada hari Ahad sama seperti cuti di negeri-negeri barat Kristian. Perubahan yang dilakukan ini jelas kepada kita bahawa beliau ingin mengikut barat dan anti Islam. Itu adalah agenda beliau yang tersendiri yang sedikit sebanyak cuba menarik umat Islam Turki meniru gaya barat. Selain itu beliau juga menukar kalendar tahun Hijrah kepada kelendar tahun Masihi seperti yang diamalkan di barat. Kemudian lama-kelamaan umat Islam Turki lupa tahun Hijrah dan lupa cuti umum hari Jumaat. Akhirnya mereka lebih mesra dengan mengguna cuti hari Ahad dan mengikut kalendar tahun Masihi sehingga ke hari ini.

Demikianlah sedikit sebanyak perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Atartuk sewaktu berkuasa memerintah Turki. Perubahan-perubahan negatif yang disebut di atas itu kemudiannya disambung lagi oleh pengganti beliau silih berganti sehingga akhirnya jadilah Turki sebuah negara sekular dan rakyatnya juga turut menghayati sistem atau fahaman tersebut sama seperti masyarakat barat sehingga mereka jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Jadi dengan sikap dan tingkah laku serta tindakan beliau sedemikian
rupa adakah boleh dianggap sebagai penyelamat umat Islam Turki? Atau
sebagai bapa Turki moden? Bagi penulis, melihat kepada perubahan-perubahan yang dilakukan itu, bolehlah dikatakan beliau adalah anak didik barat, seorang pemimpin perosak dan penjenayah besar kepada agama Islam serta seorang yang kuat menentang syariat yang dibawa oleh Rasullah S.A.W secara terang-terangan.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
• Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal
seluruh badan.
• Sakit jantung.
• Penyakit darah tinggi.
• Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba
untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak
ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.


Pengalaman penulis sewaktu berada di Antkabir, Ankara


Tempat mayat Mustafa Kemal Atarturk di letakkan

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu, tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun lamanya, mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Setelah habis ikhtiar, mayatnya di bawa pula ke satu bukit yg dinamakan Anitkabir, Ankara dan ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk! Nauzubillah min zalik! Sekadar perkongsian bersama..

0 comments: