Wednesday, April 29, 2009

The Qonqueror


Alhamdulillah, pertamanya dan selama-lamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah Azza Wa Jalla di atas segala nikmat-nikmatNya yg tidak ternilai jika kita hendak bandingkannya di sisi kita semua..Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad SAW, dan seterusnya kpd sahabat-sahabat Baginda, Khulafa’ Ar-Rasyidin, Para Tabi’in, dan Tabi’ Tabi’in..

Setelah sekian lamanya, alhamdulillah pada petang ni, sy di beri peluang oleh Allah SWT untuk menukilkan sesuatu di dalam blog yg x seberapa ini..jauh di sudut hati sy, sy ingin sangat men ‘update’ kan sesuatu di dalam blog ni, tapi di sebabkan beberapa masalah dan sy juga perlu menghadiri beberapa siri program anjuran Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS), menyebabkan sy menangguhkan hasrat sy..

Alhamdulillah, di kesempatan ni, sy ingin berkongsi dgn sahabat-sahabat semua pejuang@pemuda@belia Islam yg amat sy kagumi dan sy sanjungi iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh.. Sultan Muhammad Al Fateh (محمد الفاتح) atau yang disebut juga Mehmed The Qounqueror II dilahirkan pada tanggal 29 Mac 1432. Di saat kelahirannya pun sudah terdapat isyarat bahawa pada suatu hari nanti akan menjadi ‘somebody’ yang membuat sejarah besar. Ketika berita kelahirannya disampaikan, ayahnya, Sultan Murad II betul-betul sedang membaca ayat Al Quran tepat pada Surat Al Fath ayat 1:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.”

Sultan Muhammad Al-Fateh

Menjelang kelahirannya, Sultan Murad sebenarnya sedang mempersiapkan penyerbuan ke Konstantinopel (Constantinople), ibu kota Romawi Timur atau Byzantium. Setelah anaknya Muhammad lahir, datanglah seorang ulama besar Islam ke Istana Sultan dan beliau mengatakan bahwa bayi itulah yang nantinya akan menakluk Konstantinopel seperti sabda Rasulullah SAW:

“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentera, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

Ulama itu bernama Syeikh Syamsuddin Al Wali dari Khurasan (sekarang Uzbekistan). Beliau adalah seorang syeikh tarekat Naqsyabandiyah. Sultan Murad sangat yakin dengan ‘ilham’ Syeikh Syamsuddin Al Wali sehingga baginda menyerahkan putera mahkota yang masih kecil kepada Syeikh Syamsuddin untuk dididik dan di asuh.

Salah satu spiritual dan amalan sufi Naqsbandiah

Lambang/ ta'wiz sufi Naqsbandiah

Syeikh Syamsuddin mendidik muridnya ini dengan disiplin tarekat yang cukup keras. Penuh dengan latihan mengekang hawa nafsu dan hidup susah sehingga hasilnya Putera Mahkota Muhammad menjadi seseorang yang berjiwa kuat dan sangat tahan dalam menghadapi ujian. Beliau di didik untuk memiliki cita-cita besar iaitu supaya menepati janji Allah melalui Rasulullah SAW : menakluk Konstantinopel. Untuk ilmu perang, ayahnya mendatangkan panglima-panglima yang paling berpengalaman untuk mendidik beliau. Beliau sendiri adalah seorang cendekiawan yang gemar mengumpulkan ilmuwan-ilmuwan di istana untuk berdiskusi dan berbincang.

Pada usia 19 tahun beliau telah menaiki tahta untuk menggantikan ayahnya. Bermula saat itu, bermulalah persiapan untuk menakluk Konstantinople. Beliau mendidik tentera dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang bertaqwa. Seluruh tentera dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam (Qiamullail ) dan merintih bermunajat pada Allah. Sebaliknya di siang hari mereka adalah singa-singa yang berjuang di jalan Allah. Beliau juga mengadakan operasi ‘intelligent’ untuk membebaskan seorang ahli pembuat meriam dari penjara Romawi. Bersama para insinyurnya, beliau membangunkan benteng, kapal-kapal perang, dan meriam-meriam yang canggih sesuai untuk ukuran zaman itu. Bahkan dalam membangunkan benteng Rumeli Hasari di Selat Bosphorus beliau turun padang ikut mengangkat batu-batu, pasir-pasir dan bahan binaan yg lain.

Pengalaman penulis sewaktu menyelusuri Selat Bosphorus, Istanbul

Benteng Rumeli Hasari yg terletak di tepi Selat Bosphorus

Kawasan tumpuan pelancong di Eminonu, Istanbul

Setelah persiapan selesai, bermulalah penyerbuan ke Kota Konstatinopel. Perang yang hebat berjalan lebih satu bulan, tetapi masih belum juga menampakkan tanda-tanda kemenangan. Bahkan pasukan Islam mengalami kesukaran yg amat dahsyat sekali mendekati benteng Romawi di tepi Selat Bosphorus tersebut berikutan strategi musuh yg telah memasang rantai-rantai berukuran besar yang sangat panjang hingga menghalangi kapal yang akan masuk ke Selat Bosphorus. Dalam ketidakpastian itu Sultan Muhammad Al Fateh bertanya pada syeikhnya yang mulia : “Wahai Guruku, bilakah saat yang dijanjikan itu tiba? Syeikh Syamsuddin Al Wali menjawab : “Pada hari ke 53, hari Selasa pukul 11 pagi.” Ini adalah ilham berbentuk berita ghaib yang diterima oleh Syeikh Syamsuddin Al Wali. Sultan Muhammad sangat yakin pada ilham gurunya. Beliau semakin bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan mengajak tenteranya melaksanakan hal yang sama kerana hanya orang yg bertaqwa akan mendapat bantuan dari Allah SWT.

Inilah dia rantai besar dan panjang yg merentasi Selat Bosphorus suatu ketika dahulu

Pada suatu malam di bulan Mei 1453 terjadilah peristiwa yang luar biasa. Para jurutera Sultan telah menemukan idea yg amat luar biasa sekali yang boleh di katakan sebagai sesuatu yg amat di luar jangkaan sekali pada zaman itu. Mereka berusaha membuat agar kapal-kapal perang Islam dapat berjalan di darat. Dengan berpusing mengikut selat, pada tengah malam, tibalah kapal-kapal pasukan Sultan Muhammad At Fateh ke bahagian belakang benteng Konstantinopel. Kota Konstantinopel sebenarnya adalah kota yang sangat strategik kerana di lindungi oleh benteng semulajadi, iaitu bukit-bukit yg memanjang. Kapal-kapal tentera Islam yang berjumlah 70 buah semuanya mendarat di Semenanjung di pinggir bukit itu dan berusaha mendakinya. Ketika itu,terjadilah keajaiban yang merupakan satu kekuasaan Allah pada malam itu. Secara lahiriyah, meskipun kapal-kapal tersebut dapat ‘dipaksa’ berjalan di darat dengan menggunakan blok-blok kayu raksasa tapi cuba sahabat-sahabat bayangkan, untuk mendaki bukit yg membawa 70 buah kapal berukuran besar dalam tempoh beberapa jam adalah merupakan sesuatu yang mustahil. Apa yang sebenarnya terjadi? Kapal-kapal itu bukannya berjalan di darat tetapi seakan melayang-layang mendaki dan menyusuri bukit itu sejauh 16 km sehingga operasi pendaratan bersama 5000 pasukan itu selesai dalam waktu singkat. Dari sanalah mereka menyerbu Konstantinopel. Pada pagi itu, pada hari Selasa 29 Mei 1453 Konstantinopel telah jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh. Sebaik sahaja Sultan Muhammad Al-Fateh masuk ke dalam Kota Konstantinople, beliau terus masuk ke Bangunan Hagia Sofia dan terus melakukan sujud syukur di situ..Kemudian pada zaman pemerintahan beliau, beliau telah menukar nama Kota Konstantinople kepada nama Istanbul.

Bukit yg di tarah untuk membawa kapal-kapal perang Sultan Muhammad Al-Fateh



Tembok Byzantine dan meriam di raja yg digunakan Sultan Muhammad Al-Fateh, hasil ciptaan seorang saintis, Urban

Telah diceritakan bahawa ketika Sultan Muhammad At Fateh memasuki Konstantinopel, para prajuritnya menemukan makam sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub Al Anshari RA. Di makam tersebut mereka melihat sebahagian kaki Abu Ayyub tersembul keluar dari tanah. Kaki tersebut putih bersih, sama sekali tidak rosak walaupun beliau telah wafat selama 600 tahun. Inilah karamah para sahabat Nabi. Sultan Muhammad Al-Fateh dan semua panglimanya bergilir-gilir mencium kaki tersebut. Giliran Sultan Muhammad yang terakhir. Ketika Sultan Muhammad Al Fateh hendak mencium kaki Sahabat Rasulullah itu, tiba-tiba kaki tersebut masuk ke dalam tanah. Telah diceritakan juga bahawa pada pagi hari setelah penaklukan bersejarah itu, Syeikh Syamsuddin Al Wali bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al Anshari. Beliau (Abu Ayyub) menyampaikan ucapan selamat pada Sultan Muhammad Al Fateh kerana berhasil menakluk Konstantinopel dan menyatakan bahawa beliaulah yang sepatutnya mencium kaki Sultan Muhammad Al Fateh sebagai orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

Pada hari Jumaat pertama di Konstantinopel, ketika diadakan solat Jumaat untuk pertama kalinya, wujud masalah dalam menentukan siapa yang menjadi imam. Sultan Muhammad pun dengan lantang meminta seluruh tenteranya berdiri dan mengajukan pertanyaan: “Siapa di antara kalian yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat fardhu silakan duduk!” Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bererti seluruh tentera Sultan Muhammad sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu.

Pengalaman penulis sewaktu mengunjungi Bangunan Hagia Sofia, Istanbul



Suasana di dalam Bangunan Hagia Sofia

Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat sunat rawatib silakan duduk!” Sebahagian tenteranya masih tegak berdiri dan sebahagian lagi duduk. Jadi sebahagian tentera sultan sejak balighnya tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib.


Lambang Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniah yg agung



Makam Mulia Sultan Muhammad Al-Fateh

Kemudian Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga hari ini pernah meninggalkan solat tahajud silakan duduk!” Kali ini seluruh tentera duduk. Yang tinggal berdiri hanya Sultan sendiri. Ternyata sejak usia baligh, Sultan belum pernah meninggalkan solat tahajud sehingga beliaulah yang paling layak untuk menjadi imam solat Jumaat. Memang benarlah kata Rasulullah SAW : “Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.” Sekadar perkongsian bersama..

4 comments:

Unknown said...

topek berwajah sungguh muda

Ahmad Taufiq Redzuan said...

amboi3x...hehe, tu zaman muda2@ribena dulu..

rijal88 said...

salam'alaik,

klu nta nk tmbhkan pengetahuan mengenai siasah maka ana cadangkan baca:


Tanya tentang buku ini
Tajuk : Sistem Politik Islam
Pengarang : Khalid Ali Muhammad al-Anbariy
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga seunit (piece): RM 29.90

#bacaan buku ni pada level sederhna
#yg brmanfaat sme2 kite kogsikan

Ahmad Taufiq Redzuan said...

MasyaAllah, syukran akhi..ana memang dah lama mencari buku ni..huhu..tp masih x dapat2 jumpa..insyaAllah..=)