Monday, December 29, 2008

Pemakaian hijab sekadar TREND atau kewajipan?

Assalamualaikum sahabat2 yg dimuliakan...

Isu ni sengaja ana timbulkan dan persoalkan di dalam blog ni berikutan masalah2 yg sering kita dengari samada di sekolah2 ataupun di universiti2 awam ataupun swasta...sebarang komen atau cadangan amatlah dialu2kan..

pada pandangan ana, masalah pemakaian hijab di malaysia ni sudah lama timbul dan seolah-olah, ianya merupakan satu perkara yg tidak perlu diambil cakna oleh pihak kerajaan ataupun pihak yg berwajib..Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.


Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Tidak lengkap dan sempurna. Malah menambahkan FITNAH !!

pada pandangan ana, walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai yg kita boleh tengaok pada masa kini, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.



Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah.Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.





Kesimpulannya dapat ana simpulkan, tudung di pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. pandangan org bukan islam pulak, orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.

Tudung di Luar dan Dalam

Selama ini secara tidak sedar, kamu semualah lah agen bagi Islam. Kamu sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kamu bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kamu menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kamulah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar, tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.





Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.



Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. sekadar perkongsian bersama..wallahu'alam

Monday, December 15, 2008

5 kali jatuh 6 kali bangun

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg ana muliakan,
Alhamdulillah, bersyukur kita kpd Allah, kerana masih terus diberi oleh Allah, 2 nikmat yg paling besar iaitu nikmat iman dan islam. Dalam sedar2 x sedar, x terasa hati ni bahawa masa telah banyak berlalu meninggalkan kita. Hari tu rasernyer baru start sem 2(final sem) 08/09, tapi skrang dah sampai pula ke fatrah mid sem..masa, memang selalu x menunggu kita..nak cepat jer..tapi itulah hakikat masa sebenarnyer..memang selalu pergi meninggalkan manusia..kita ni sebenarnyer yg alpa dan leka..Alhamdulillah, proses pembelajaranku yg tinggal berbaki 2 bulan lebih masih berjalan seperti biasa..ditambah dengan taklifan2 yg harus ku jalankan sebagai seorang insan yg bergelar pelajar amnya dan seorang insan yg bergelar muslim khususnya.

Alhamdulillah,x terasa, banyak perkara yg sudah berlaku keatas diriku lepas naik cuti rayer haji ni.. selamat sudah berlangsungnya program Kem Peningkatan Jati Diri Remaja yg telah diadakan pada 12, 13, dan 14 yg lepas yg diadakan di salah satu masjid yg berada di kawasan cheras..pada minggu itu jugak, serentak pada 12 dan 13 yg lepas, telah berlangsung jugak satu program iaitu Muktamar Sekretariat Pelajar Islam Negeri Sembilan(SPINS) yg telah diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan. Titik tolak bermulanya penglibatanku secara serius di dalam SPINS sendiri amnya dan sebagai medium ataupun wasilah untukku teruskan istiqomah di dalam medan da’wah islamiah ni..sepanjang proses muktamar, memang banyak input2 yg menarik sebenarnyer yg tidakku ketahui tentang SPINS ni, banyak juga muka2 baru yg ader dalam spinscommunity, dan moga2 kiter semua ditetapkan hati oleh Allah untuk terus istiqomah dalam perjuangan da’wah islam ni..



Memang benar kalam Allah di dalam kitabnya: “ kita merancang, dan Allah juga maha perancang, dan ingatlah Allah sebaik-baik maha perancang “ . sungguh x terkata, kelu lidah untukku berbicara apabila telah diberi satu taklifan dan tanggungjawab ataupun amanah di dalam SPINS ni sendiri..sungguh, ketahuilah, Ya Allah…siapalah diriku ini yg selayaknya memegang tanggungjawab sedemikian..rasernyer, ramai lagi abg2 dari perwakilan UM, UKM, UDM, yg layak untuk memegang tanggungjawab sebagai mas’ul untuk lajnah tarbiyyah..siapakah aku Ya Allah? Layakkah aku Ya Allah? Seorang insan yg baru bertatih-tatih mengenalMu, seorang insane yg masih serba kekurangan..Mujur aku ade Engkau Ya Allah, tempatmu yg suci( masjid ) ya Allah, tempat untukku mengadu nasib, memohon keampunan, memohon keredhaanMU, tempat ku bergantung harapan..



Alhamdulillah, setelah ku pohon padaMU, kini hati yg gusar menjadi tenang, hati yg berada dalam kerisauan menjadi tenang, alhamdulillah..sememangnya, setiap ape yg terjadi pasti ade hikmahnyer..mungkin inilah yg dikatakan ujian dan cabaran yg Allah berikan kepadaku. Kini hatiku bersemangat dan yakin, untuk terus sabat dan istiqomah dalam jalan perjuangan yg telah aku pilih dan intima’. Layakkah aku memikul tanggungjawab ni? ” Kayu ukur layak atau tidak seseorang tu, terletak pada dirinya sendiri. Dia yg sebenarnyer menetapkan atas nilai ape dia layak untuk memikul sesuatu tanggungjawab “ kata2 Ustaz Hasrizal semasa di dalam forumnya Am I an Excelent Muslim yg sempat ku dengari pada malam tadi. Terubat sedikit jiwa ni mendengar ape yg disampaikan oleh seorang saifulislam..insyaAllah, ana akan melakukan yg terbaik untuk manjalankan agenda da’wah islam dalam konteks seorang mahasiswa/ mahasisiwi di negeri Sembilan amnya, dan untuk islam khususnya..

Pada 14 haribulan yg lepas, telah jugak berlaku satu peristiwa yga akan ku kenang dan ingat sampai bila2..kisahnyer..selepas habis program Kem hari tu, aku telah diajak oleh seorang sahabatku ke Gombak untuk menghantar motornye..dia naik motor, dan aku pulah naik kereta sorang2..nak dijadikan cerita time tu, keadaan jalan yg sesak dan keretanya yg rapat2 antara satu sama lain dan ditambah kan pulak dengan hujan yg amat lebatnyer yg juga telah membuatkan jalanraya licin sangat..dalam aku tengah memandu dengan berhati-hati, dgn tidak semena-mena kereta kat depan pulak tiba2 brek mengejut..aku dah tekan brek, tapi mungkun disebabkab keadaan jalan yg licin dan time tu tengah turun fly over, DUMMM..kereta yg aku bawak time tu berlanggar dengan kereta kat depan..alhamdulillah, Allah masih memberikan aku peluang untuk hidup di muka bumi Allah ni, kalau x? Nauzubillah..tentu x delah aku tulis blog ni..huhu..alhamdulillah..mujur x cedera teruk sangat..tapi cedera jugak..cedera dalaman..erm, pastu g lah balai polis..wat report kemalangan..rasernyer time tu jugaklah first time aku masuk balai polis..ya Allah, jahilnyer aku ni…balai polis pun x pernah masuk..ni baru nak masuk..itupun sebab accident..mungkin ni antara hikmah jugak dari Allah..pastu jumpe plak satu anggota polis yg uruskan accident tu, lepas soal siasat..dier kater, sebenarnyer dalam kes ni, aku x salah..yg salah kereta kat depan, sebab tiba2 brek mengejut, tapi disebabkan dalam undang2 jalanraya, walaumacam mane care accident pun, kalau dah kereta depan kene langgar kereta dari belakang, kesalahan akan diberikan kpd kereta belakang..huhu..terbang RM 300..kene saman..nak wat camne, walau x salah pun, tapi ade undang2 camtu, kena jugak..tambah lagi, kereta yg aku guna tu bukan kereta sendiri, tapi kereta sahabatku dari USIM, terbang lagi RM 400..untuk claim insurans..nasib baik dua2 bayaran bukan bayar time tu..kalau x habislah..nilah yg dikaterkan sudah jatuh dihempap judin..eh, bukan2..sudah jatuh ditimpa tangga..
Ujian demi ujian yg Kau berikan kepadaku Ya Allah..Ya Allah, Jangan lah Kau berikan ujian yg x terdaya untuk ku memikulnya Ya Allah..sungguh, Engkaulah tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..tapi, aper2 pun, aku redha Ya Allah..mungkin ini ketentuan yg telah Kau tentukan untukku..

Begitulah semestinya. Sebagai orang Islam, kita amat dilarang menyalahkan takdir dan mudah berputus asa. Org yg sedemikian tidak akan berjaya. Org yg berjaya ialah org yg tidak menyalahkan takdir dan tidak pernah berputus asa. Jatuh bangun perkara biasa bagi kita. Malangnya, ramai di sekeliling kita ini yg enggan untuk bangun sesudah jatuh. Lebih malang lagi kebanyakannya adlah org Islam. Apakah impian kita? Kita mahukan sesuatu yg mudah dan lancar. Buat sekali terus berjaya. Bekerja sehari gajinya setahun. Di dalam impian mereka tidak ada sekali pelan rancangan untuk bangun selepas jatuh kerana mereka percaya segalanya akan berjalan lancar. Makam kekallah mereka dalam impian karut tersebut. Atau sepanjang masa hanya hidup di alam mimpi, kerana di alam nyata ni sahabat2, mustahil sesuatu tu akan berjalan lancar, tidak menemui sebarang kegagalan.

Mari kita perhalusi mereka yg berjaya di sekelilinh kita. Jangankan 5 kali jatuh , 500 kali jatuh pun mereka masih sanggup untuk bangun bagi kali ke 501. Kerana apa? Kerana memang itulah sahabat2 syarat untuk mencapai kejayaan dalam apa saja bidang.
Kalau kita imbas kembali pejuang-pejuang Islam pada masa lalu, adakah perjuangan mereka lancar tanpa sebarang ujia, dugaan dan kegagalan? Contoh dan teladan sudah lama berada di depan mata kita. Hanya kita yg buat2 x tahu. Hanya kita perlu mengikutinya sahaja. Juga, contoh dan teladan akibat buruk menyalahkan takdir dan berputus asa sudah lama berada di depan mata kita. Hanya kita perlu menghindari sahaja. Jikalau kita mahu benar2 berubah, insyaAllah ia akan berubah dan menjadi kenyataam. Sekadar perkongsian bersama…
16 Disember/ 6.25 pagi.

Friday, December 5, 2008

Salam Eidul Adha 1429

Assalamualaikum kpd semua sahabat2 yg dimuliakan...


di kesempatan yg ada, ana ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha..semoga kita semua dapat terus memuhasabahkan diri kita dan menghayati makna dan hikmah disebalik perayaan yg kita selalu sambuti ini...

Kurban wajib bagi orang yang mampu atau berkecukupan tapi bila tidak melaksanakan kurban, Nabi Muhammad SAW mengingatkan :

"Barang siapa yang sudah mampu dan mempunyai kesanggupan tapi tidak berkurban, maka dia jangan dekat-dekat kemushallahku."

Hadis tersebut merupakan sindiran bagi orang-orang yang mampu dan banyak harta tapi tidak mau berkurban.Sejarah qurban itu dibahagi kpd tiga, yaitu : zaman Nabi Adam As; zaman Nabi Ibrahim As; dan pada zaman Nabi Muhammad SAW.


Pertama pada zaman Nabi Adam As. Qurban dilaksanakan oleh putra-putranya yaitu bernama Qabil dan Habil. Kekayaan yang dimiliki oleh Qabil mewakili kelompok petani, sedang Habil mewakili kelompok peternak. Saat itu sudah mulai ada perintah, siapa yang memiliki harta banyak maka sebagian hartanya dikeluarkan untuk qurban.


Sebagai petani si Qabil mengeluarkan kurbannya dari hasil pertaniannya dan sebagai peternak si Habil mengeluarkan haiwan-haiwan peliharaanya untuk kurban, untuk siapa semua itu diqurbankan, padahal waktu itu manusia belum banyak. Diterangkan dalam sejarah, harta yang diqurbankan itu disimpan di suatu tempat yaitu di Padang Arafah yang sekarang menjadi tapak tilas bagi para jemaah haji.Baik buah-buahan yang diqurbankan si Qabil maupun hewan ternak yang diqurbankan si Habil, dari kedua orang tersebut mempunyai sifat berbeda. Si Habil mengeluarkan hewan diqurbankan dengan tulus ikhlas. Dipilih hewan yang gemuk dan sehat, dan dia taat terhadap petunjuk ayahnya Nabi Adam.Berbeda dengan si Qabil, Dia memilih buah-buahan yang jelek-jelek dan sudah afkiran.


Ketika keduanya melaksanakan qurban, ternyata yang habis adalah qurban yang dikeluarkan oleh si Habil sementara buah-buahan yang dikeluarkan si Qabil tetap utuh, tidak berkurang. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Al-Qur’an surat Al-Maidah ayat 27 : "Ceritakan kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari salah seorang dari meraka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil), Ia berkata : "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil " Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang-orang yang bertakwa".
Kurban si Habil di terima Allah SWT kerana dia mengeluarkan sebagian hartanya yang bagus-bagus dan dikeluarkan dengan tulus dan ikhlas. Sementara si Qabil mengeluarkan sebagian harta yang kurang sihat dan terpaksa. Oleh keranana kurbannya tidak diterima Allah. Akhirnya si Qabil menaruh dendam kepada si Habil. Berawal dari perebutan calon istrinya, dimana peraturan waktu itu dengan sistem silang.


Kedua, pada zaman Nabi Ibrahim As. Dikisahkan dalam Al-Qur'an surat Ash-Shafaat ayat 100-111 yang menceritakan mengenai qurban dan pengorbanan. Ketika Nabi Ibrahim berusia 100 tahun beliau belum juga dikaruniai putra oleh Allah dan beliau selalu berdoa: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang saleh" (Q.S>37:100)
Kemudian dari istrinya yang kedua yakni Siti Hajar yang dinikahinya ketika Nabi Ibrahim mengadakan silaturahmi ke Mesir (setiap kedatangan pembesar diberi hadiah seorang isteri yang cantik oleh pembesar Mesir).Dari Siti Hajar lahirlah seorang putra yang kemudian diberi nama Islam, ia lahir di tengah-tengah padang pasir yang disebut. Bahkan kemudian dikenal dengan Mekkah.

Pada saat Nabi Ibrahim diberi petunjuk oleh Allah, agar meninggalkan istrinya Siti Hajar dengan seorang putranya yang dari lahir dan ia disuruh menemui isterinya yang pertamanya yakni Siti Sarah yang berada di Yerussalem kota tempat Masjidil Agsho. Beliau meninggalkan beberapa potong roti dan sebuah guci berisi air untuk Siti Hajar dan Ismail. Pada waktu Siti Hajar kehabisan makanan dan air, ia melihat disebelah timur ada air yang ternyata adalah fatamorgana yaitu di Bukit Sofa. Di situ Ismail ditinggalkan dan Siti Hajar naik Kebukit Marwah serta kembali ke Sofa sampai berulang tujuh kali, tapi tidak juga mendapatkan air sampai ai kembali ke Bukit Marwah yang terakhir. Ia merasa khawatir terhadap anaknya barangkali Ismail kehausan dilihat kaki Ismail bergerak-gerak diatas tanah dan tiba-tiba keluar air dari dalam tanah. Siti Hajar berlari kebawah sambil berteriak kegirangan :"zam-zam?" itulah kemudian menjadi sumur Zam-Zam itulah kemudian menjadi sumur Zam-zam.

Di situlah Siti Hajar dan Nabi Ismail di padang pasir yang kering kontang yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan ditempat itulah Allah SWT. Menetapkan sebagai tempat ibadah haji.
Allah SWT, berfirman dalam surat Al-Hajj : 27 : "Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai onta kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh". Memang sudah disiapkan oleh Allah, disana tidak ada tumbuh-tumbuhan, tidak ada gunung berapi yang menyebabkan ada sumber kehidupan tapi atas kehendak Allah maka jadilah sumur "Zam-zam"."Nabi Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim yang berada di Yerusalem sampai Nabi Ismail menjelang remaja. Kemudian di Yerusalem ternyata Siti Sarah hamil yang melahirkan seorang putra yang diberi nama Iskhak. Nabi Ibrahim diperintahkan lagi oleh Allah untuk kembali ke Mekkah untuk melihat isteri dan anaknya yang pertama yaitu Nabi Ismail, yang rupanya sudah mulai besar. Dalam suatu riwayat kira-kira berusia 6-7 tahun. Sejak dilahirkan sampai besar itu Nabi Ismail menjadi kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi ujian kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surat Ash Shaffaat : 102 : "Maka tatkala sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha bersama Ibrahim, Ibrahim berkata : Hai anakku aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pemdapatmu " Ia menjawab: "hai bapakku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".


Asbabun Nuzul atau latar belakang sejarahnya ketika nabi Ibrahim bermimpi (ruyal Haq). Dalam impiannya ia mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih putranya Nabi Ismail dan sampai di Mina beliau menginap, beliau mimpi yang sama. Demikian juga ketika di Arafah malamnya di Mina, masih bermimpi yang sama juga. Betapa ujian Berat kepada Nabi Ibrahim as. Supaya menyembelih putra kesayangannya. Itulah yang dijelaskan dalam surat Ash-Shaffaat ayat 102.


Setelah terjadi dialog dengan putranya. Ibrahim mengajak putranya Nabi Ismail, kira-kira antara ratusan meter dari tempat tinggalnya (Minah), baru lebih kurang 70-80 meter berjalan, setan menggoda istrinya Siti Hajar: "Ya Hajar! Apakah benar suamimu yang membawa parang akan menyembelih anakmu Ismail yang sedang tumbuh dan menggemaskan itu?". Akhirnya Siti Hajar, sambil berteriak-teriak: "Ya Ibrahim, ya Ibrahim mau dikemanakan anakku?" Tapi Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah SWT, ditempat itulah dimana pada tanggal 10 bulan Dzulhijjah bagi jemaah haji disuruh melempar batu dengan membaca : Bismillahi Allahu Akbar. Hal tersebut mengandung arti bahwa kita melempar setan atau sifat-sifat setan yang ada di dalam diri kita. Akhirnya tibalah mereka di Jabal Qurban kira-kira 200 meter dari tempat tinggal Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, sebagaimana di firmankan oleh Allah didalam surat ASH-Shaffaat ayat 103-107: "Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik". Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar ".


Dan yang ketiga, dalam Zaman Nabi Muhammad SAW. Masalah kurban diceritakan kembali yaitu di dalam surat Al-Kautsar ayat 1-3 "Se-sungguhnya Kami telah memberikan kepadanya nikmat yang banyak, Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan Berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus".
Berbicara tentang kenikmatan, Allah mengingatkan: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu mengitungnya" (QS:Ibrahim: 34). Oleh karena itu berkaitan dengan ibadah kurban yang sudah ada sejak Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad Saw. Allah berfirman: "Dirikanlah shalat karena Tuhanmu dan berqurbanlah", Solat merupakan hubungan vertikal dengan Allah untuk mensyukuri nikmat Allah. Hubungan antara sesama manusia secara horisontal diwujudkan bahwa setelah solat Eidul Adha yaitu dengan berkurban memotong haiwan ternak berupa kambing atau sapi untuk dibagikan kepada fakir miskin.
Kita biasanya serius ketika beribadah langsung dengan Allah tapi kadang-kadang ibadah sesama manusia seringkali kurang serius. Allah SWT mengingatkan dalam surat Al-MaaHuun ayat 1-7 : "Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim.Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka celakalah bagi orang-orang yang shalat (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya, orang-orang yang berbuat riya dan enggan (menolong dengan ) barang berguna".


Qurban ini merupakan masalah ubudiyah yang bersifat sosial yang berhubungan dengan sesama manusia dengan cara mengorbankan sebagian harta.
Maka qurban secara lughatan bahasa dengan berdasarkan pada surat Al-Maidah ayat "Qurban" berarti mendekatkan diri kepada Allah SWT, untuk mendapatkan ridho serta mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT (surat Al-Kaustar) dengan memotong haiwan kurban, adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Memotong haiwan kurban; unta, sapi, kerbau, dan kambing, dengan tujuan taqwa kepada Allah. Ditegaskan dalam surat Al-Hajj : 37 : "daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridlaan) Allah tapi ketaqwaan dari pada kamulah yang dapat mencapainya".


Waktu berkurban dimulai sejak tanggal 10 sampai dengan 13 Dzulhijjah. Masa memotong qurban pada tanggal 10 disebut "Yaumul nahar"yaitu hari untuk menyembelih kurban. Sedangkan tanggal 11, 12, 13 dinamakan "yaumul tasyriq" Di luar waktu tersebut bila kita memotong hewan dinamakan sedekah. Maka kalu niatnya berkurban harus dilakukan padan waktu-waktu tersebut, yakni pada tanggal 10,11,12, dan 13 Dzulhijjah.
Hukumnya berkurban ada dua pendapat: Petama, wajib bagi orang yag mampu (kalau dibelikan kambing tidak akan mengurangi kewajiban memberi nafkah kepada keluarga). Menurut Mazhab di luar Syarii hukumnya sunnah mu’akadah. Adapun diwajibkan secara mutlak yaitu kurban yang disebut Nadzar yang seseorang yang sudah meniatkan untuk memotong hewan apabila niatnya terkabul.Dasar kewajiban ibadah kurban juga berdasarkan hadist Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa mempunyai kesanggupan dan kemampuan (untuk berqurban) tapi tidak mau berqurban maka janganlah dia mendekati Musolla kami".
Hadis ini merupakan suatu kritikan yang seolah-olah Nabi Muhammad SAW berkata: "Kenapa kamu beribadah kepada Allah begitu tekun, tapi kenapa kamu tidak mau berqurban padahal kamu memiliki harta yang berlebihan". Oleh karena itulah bagi yang mampu hukumnya wajib untuk berqurban yakinlah bahwa apabila kita berqurban tidak akan mengurangi kekayaan kita dan tidak akan membuat kita menjadi miskin.


Biatang yang boleh untuk berqurban adalah unta, sapi, kerbau, dan kambing. Kalau tidak mampu, memang tidak wajib. Diriwayatkan ada seorang sahabat yang miskin yang tidak sanggup membeli seekor kambing, oleh kerana dbolehkan hanya membeli dagingnya saja untuk berqurban, tapi yang sebenar wujudnya memang seekor binatang sebagaimana tersebut diatas.
Daging kurban boleh dibagikan kepada tiga asnap menurut syariat. Boleh dimakan sekeluarga sendiri paling banyak 1/3 bagian, 1/3 bagian lagi untuk fakir miskin dan 1/3 bagian lagi untuk handai tolan dan kenalan. Boleh juga secara keseluruhan diserahkan kepada panitia dan terserah panitia yang membagikannya. Bila hanya minta pahanya saja bagi berqurban masih diperbolehkan asal bukan qurban nadzar.


Apa hikma ibadah kurban? Hikmahnya antara lain menggembirakan fakir-miskin. Sebab tidak semua orang mampu makan dengan daging walau adanya di kota besar, masih banyak kawan kita, saudara kita, tetangga kita yang makan daging sebulan sekali. Sehari-harinya hanya makan alakadarnya. Maka dianjurkan sekali bagi orang yang mampu untuk berqurban dengan niat ikhlas kelak dikemudian hari akan mengantarkan kita menuju surga yaitu binatang yang telah kita kurbankan, yang merupakan wujud amal salehnya.
Dalam hadis yang lain nabi Muhammad SAW bersabda : "Tiap-tiap rambut yang dikurbankan adalah merupakan "Khair". Ungkapan "Khair" ini mengandungi erti keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, kemurahan Allah dan kalau orang sudah mendapatkan khairat maka berarti dia telah memperoleh segala-galanya dari Allah. Itulah hikmah daripada ibadah qurban. Sekadar perkongsian bersama..