Sunday, August 31, 2008

" Letihnya Puasa"

Diriku pada 1 Ramadhan...

Assalamualaikum buat sahabat2 dan sohabiah2 semua,

Setelah lebih sebulan diriku memencilkan diri, akhirnya Allah subhanahu wa ta'ala memberikan peluang dan masa untuk diriku ini mencoretkan sesuatu di dalam blog ni...Dalam sebulan ni, pasti banyak perkara yg berlaku dan tidak kurang juga perubahan yg berlaku pada diri sahabat2 semua..Dalam negara kita Malaysia sebagai contoh, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dan yg paling mendapat perhatian sekarang ialah mengenai kejayaan Saudara Anwar Ibrahim menang dalam pilihanraya kecil ' Permatang Pauh ' baru2 ni...tsunami politik yg berlaku dalam negara kita ini memang mebuatkan kita begitu takjub dgn pengaruh2 yg masih kuat yg ada pada saudara anwar ibrahim...kita tinggalkan seketika mengenai anwar ibrahim...kita pergi pula ke universiti kita sendiri iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Baru2 ini, sy telah menghadiri satu dialog di main auditorium di sana yg mana dialaog ini berkaitan dgn ' Pindaan Auku ' , yg telah dihadiri oleh speaker2 yg mewakili 3 parti utama iaitu, YB Salahuddin Ayub mewakili PAS, YB Saifuddin mewakili UMNO, dan YB Yuswadi mewakili PKR...dialog ini boleh dikatakan sebagai satu dialog yg bersejarah bg UIAM kerana UIAM lah universiti yg pertama yg mengumpulkan ketiga-tiga wakil rakyat dalam satu majlis dialog di universiti....erm, begitulah situasi politik yg berlaku di negara kita sehingga bahangnya sampai di universiti kita sendiri...

Sahabat2 yg ana hormati,

alhamdulillah, bulan yg kita tunggu2 telah tiba juga iaitu bulan ramadhan. Pasti, dalam diri sahabat2 semua timbul bermacam-macam target untuk kita cuba laksanakan pada bulan yg mulia ni...jadi, apa tunggu lagi, laksanakanlah dgn istiqomah dan mudah-mudahah segala amalan yg kita lakukan pada bulan ramadhan ni diberkati oleh Allah SWT...selain itu juga, ana menasihati diri ana dan juga sahabat2 sekalian, marilah kita bersama-sama tingkatkan amalan kita seperti membaca Al-Quran, berzikir, solat tahajjud dan sebagainya..mudah-mudahan ramadhan kita pada kali ni lebih baik dari ramadhan yg sebelumnya.." Letihnya Puasa "..ayat ni lah yg selalu bermain di bibir ana sewaktu darjah satu dulu..itulah diri kita semua sebenarnya sebelum kita memahami ISLAM..tapi setelah diri ni mengenali ISLAM, diri ni telah jatuh cinta, jatuh hati dgnnya.. ISLAM mengajarnya segala-galanya..dari perkara yg sekecil zarrah hngga sebesar-besar kejadian..aku bersyukur padaMU ya Allah kerana telah membenarkan hambaMu yg hina lg dhoif ni berintima' dgn agamaMu....Akhir kalam, andai diri ini ader melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang perkenalan dan persahabatan kita, an menyusun sejuta jari kemaafan. Andai diri ini melakukan kesalahan yg nyata, tegurlah..jgn biar diri ini terus dibuai permainan duniawi...HIDUP ISLAM, TAKBIR!