Sunday, December 27, 2009

“ Antara Hijrah dan Makes Camp ‘09 ”

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg di muliakan Allah,

Pertama dan selama-lamanya marilah kita merafakkan rasa kesyukuran kita kpd Allah, tuhan yg menciptakan alam dan semestanya, yg sentiasa memberikan kita nikmat kehidupan, dan juga yg memberikan kita dua nikmat yg paling besar di sisiNya iaitu nikmat iman dan islam.

Rasanya masih belum terlambat utk sy ucapkan salam maal hijrah kpd sahabat2 semua..moga-moga, hijrah kali ini membawa seribu satu pencerahan dalam setiap pemikiran dan tindakan kita semua..Sejuta kemaafan di pohon kerana setelah sekian waktu, barulah kali ini blog ini dapat di ‘update’ kan dgn sesuatu..mungkin ini merupakan kelemahan di pihak sy sendiri dalam menguruskan waktu utk meng ‘update’ blog ni..moga-moga hijrah pada kali ini dapat membuatkan hati kita semua istiqomah dalam meneruskan agenda da’wah masing2..

Apakah erti hijrah yg sebenarnya dalam kehidupan pelajar dan mahasiswa? Alhamdulillah, baru-baru ini sy berkesempatan utk menghadiri siaran secara langsung, rancangan Suara Siswa yg di tayangkan oleh TV1 yg di moderatorkan oleh saudara Fadzly Ya’cob yg telah di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..Apakah tajuk yg di bincangkan? “ Makna dan Erti Hijrah Yg Sebenar Dalam Kehidupan Mahasiswa ”. Satu maudu’ perbincangan yg tepat dan menjurus terus kpd subjek pada fikiran sy..


Mana gambar sy?

Tu dia para jemputan dan moderator kita!

Apa lah yg Fakhrul senyum2 tu?

Kenangan di Rancangan Suara Siswa


Apabila kita menyebut tentang konsep hijrah, sy yakin dan obses bahawa pasti setiap daripada kita mempunyai persepsi dan stigma yg berbeza berkenaan dgn konsep hijrah..ianya berbeza berikutan tahap pemikiran dan mental setiap daripada kita yg pastinya berbeza dan luar biasa. Pengaruh pengalaman dan ilmu yg mendalam juga mungkin menjadi salah satu faktor yg boleh di ambil kira..Antara perkara-perkara yg di bincangkan ialah erti hijrah dalam konsep SQ ( Spiritual Quation ) , EQ ( Emotional Quation ), dan juga IQ ( Intelectual Quation ) mahasiswa, pelajar dan juga remaja pada hari ini..

Hijrah mahasiswa, pelajar, mahupun remaja kita pada hari ini perlulah berkisar dan meliputi secara universal melaui tiga konsep yg sy ambil dari pakar-pakar motivasi kita pada hari ini..para remaja kita pada hari ini mestilah bijak dalam menghijrahkan diri mereka kpd perkara-perkara yg dapat menjana corak dan tahap emotional supaya mereka dapat mengawal emosi mereka daripada melakukan gejala-gejala negative ataupun dgn melibatkan diri dalam budaya kuning yg tidak sihat. Para mahasiswa kita pada hari ini mestilah meningkatkan seluruh spiritualnya kpd Allah dgn melakukan dan mengamalkan “ Al-amru bilma’ruf wannahyu an’ mungkar ”. Melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg di larang. Semuanya di lakukan semata-mata ingin mendapat keredhaan Allah di muka bumi ini..Para pelajar pada hari ini mestilah meningkatkan intelektual masing-masing bagi memastikan kepakaran masin-masing dapat di manfaatkan dan di sumbangkan kpd dunia Islam..Itulah erti dan makna hijrah yg sebenarnya pada pandangan sisi mahasiswa itu sendiri.

Jadi, apakah significance nye sy mengatakan utk tajuk entri kali ini, “ Antara Hijrah dan Makes Camp ”?. Atas kesedaran itulah, sebuah syarikat consultancy dan training yg di beri nama Akademi Latihan Tinta Strategi ( ALTIS ) telah menganjurkan satu program tahunan iaitu Kem Motivasi Anak-Anak Kembali Ke Sekolah ( MAKES CAMP ). Alhamdulillah, program ini telah berjaya di anjurkan pada 25 Disember 2009 hingga 27 Disember 2009 iaitu bersamaan dgn hari jumaat hingga hari ahad yg lepas..Dgn keberkatan awal muharram, bulan pertama di dalam Islam dan juga atas dasar kesedaran utk kita membina kekuatan IQ, EQ, dan SQ pelajar yg juga menepati dgn konsep hijrah dalam Islam, maka program ini telah di adakan..Antara pengisian menarik sepanjang program ialah intelligent vision, SMART Solat, war games, dare to survivor, dan juga pendakian menjejak tapak hang tuah di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan..


Banner MAKES Camp '09

Kit peserta MAKES Camp '09

Ish3x..khusyu'nya farid!

Eh, kak nadzirah tengah pikir ap tu? nak balik rumah er?

Saat pendakian bermula !

syahmi kenapa? pening?

hensem x kami? apa...? x hensem? xpe2x!

aku lah raja rimba gunung datuk!

sabar2x, nak minum air jap! kata abg rahimi kpd rakan-rakannya.

abg hazwan! sabar lah! kitorang penat ni..

Apelah korang ni! Lambat daa! sikit lagi nal sampai ni..

yea...sy sampai dulu!

Ni lah tapak kaki hang tuah ye..

ni apo meniarap2 ni..bangun copek!

Apo yg ekau molokat kek batu tu dayat?

Mak oii..gayat tu !

Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah! Allahuakbar!


Kami berjaya menuju puncak! Sukses!

Udah2 lah bergambor, moh kite makan ye..

Elok bonar lah tu, lopeh makan toruih mandi pulak..

Bestnye dgr ceramah! First time rasa best camni!

Setiap tindakan dan pemikiran kita merupakan satu elemen yg sangat penting dalam memastikan kelangsungan gerak kerja da’wah islam kpd massa ataupun masyarakat kita..sebab itulah, ketiga-tiga konsep pemikiran yg kita bincangkan tadi perlu selari dgn konsep hijrah secara khususnya dan juga dgn konsep Islam secara umumnya..moga-moga apa yg kita lakukan ini menjadi jawapan yg pasti apabila kita berada di hadapan Allah kelak..sekadar perkongsian bersama..=)