Tuesday, April 13, 2010

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor & Sibu, satu cita-cita dan harapan


Assalamualaikum kpd sahabat2 yg di muliakan Allah,

Pertamanya, jgn kita lupa dan jgn kita sesekali alpa untuk kita interpretasikan rasa syukur kita kpd Allah, Al-Khaliq yg telah menciptakan kita semua sebagai hambaNya di muka bumi ini, memberikan kita semua peluang untuk hidup dan memperhambakan diri kpdNya, alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..

Nasihat kepada para pemimpin dan rakyat

Pilihan raya bakal dilangsungkan,para pemimpin dalam setiap parti sedang sibuk menyediakan persiapan untuk bertanding dalam pilihanraya ini.Tidak dilupakan juga rakyat yang sedang berkira-kira dan mencongak-congak,siapakah yang layak untuk ‘dipangkah’. Dalam kita ghairah dan bersemangat untuk bertanding dan memangkah,seharusnya kita meneliti dan mengimbau kembali apakah peranan dan tangungjawab yang harus ada para pemimpin dan orang yang dipimpin.Menjadi pemimpin dan orang yang dipimpin,masing-masing mempunyai peranan dan tangungjawab yang tersendiri yang seharusnya diketahui.

Peranan dan tangungjawab untuk pemimpin dan orang yang dipimpin,telah Allah sebutkan dalam al-Quran,surah al-Nisa’ ayat 59 dan 59.Kata Allah:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat(58). Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu(59).”

Menurut Yusuf al-Qardhawi,ayat pertama (ayat ke 58) itu ditujukan kepada para pemerintah,agar sentiasa amanah dan menetapkan hukum Allah secara adil. Menyia-nyiakan amanah yang diberi oleh rakyat dan tidak bersikap adil merupakan satu bala dan mendatangkan kemurkaan Allah.Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan imam Bukhari,baginda Rasulullah saw pernah mengatakan bahawa, “Jika amanah disia-siakan,maka tunggulah kehnacurannya.” Setelah mendengar kata-kata ini,ada sahabat yang bertanya, “bagaimana menyia-nyiakannya?”.Kemudian baginda menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada orang yang tidak layak,maka tunggulah saat kehancurannya.”

Manakalah ayat yang kedua (ayat ke 59) ditujukan khas kepada rakyat yang mukmin,bahawa mereka harus taat kepada “Ulil Amri” (para pemerintah).Namun begitu,ketaatan itu mempunyai syarat dan kondisi yang tertentu. Ketaatan terhadap para pemerintah haruslah berlaku apabila para pemerintah itu sendiri taat kepada Allah dan Rasul.


Tiada tempat bagimu

Rakyat seharusnya sedar,bahawa Islam tidak mengiktiraf pemimpin yang tidak komitmen terhadap Islam.Pemimpin yang tidak mendahulukan Allah dan Rasul dalam setiap keputusan dan tindakan,haruslah ditolak dan tidak ada kewajiban kepada kita untuk memilihnya sebagai pemimpin. Bagi saya kenyataan al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam hal ini patut ditengahkan dalam artikel kali ini.Al-Imam dengan lantang dan serius mengatakan bahawa :

“HARAM berbaih kepada pemimpin yang tidak komitmen terhadap Islam.Bai’ah yang membebaskan dari dosa adalah bai’ah kepada pemimpin yang berpegang dengan apa yang diturunkan oleh Allah.Jika tidak ada,maka semua orang muslim berdosa hingga ada penerapan hukum Islam dalam negara.Orang Islam tidak terkecuali dari dosa ini sehinggalah mereka melakukan dua perkara ini:

  1. Mengingkari pemimpin yang tidak berpegang kepada hukum Allah.Pengingkaran ini hanyalah layak dilakukan ketika tidak ada kemampuan lagi untuk menentang.
  2. Usaha secara berterusan membangkitkan kehidupan Islam yang lurus menurut landasan Allah dan Rasul.Usaha ini haruslah dilakukan secara berjamaah kerana orang mukmin dengan seorang mukmin adalah seperti sebuah banggunan yang kukuh.

Yang pasti orang-orang yang dipilih menjadi pemimpi haruslah,orang yang kuat dan dipercayai,berpengatahuan agama dan sentiasa memikirkan rakyatnya.Seperti mana Abu Bakar as-sidiq berkata, “Andaikata ada tali unta yang hilang dariku,tentu aku akan mendapat hukumannya di dalam kitab Allah.”


Daulah Islamiah

Daulah dalam bahasa Melayu diertikan sebagai sebuah kerajaan.Sebuah kerajaan yang berpaksikan kepada Allah dan Rasul seharusnya menjadi titik tolak dalam pemilihan kita pada pilihan raya akan datang.Memang benar,tidak ada Nas yang menegaskan akan kewajiban mendirikan Negara yang berteraskan Islam.Namun,tabiat risalah Islam itu sendiri telah mewajibkan adanya daulah atau kerajaan bagi Islam.Ini semuanya bertujuan agar kita dapat mengembangkan akidah, syiar, ajaran, pemahaman, akhlak, keutamaan, tradisi, dan syariat-syariatnya.

Selain daripada dapat mengembangkan akidah Islamiah yang jitu,kerajaan yang mampu membangunkan pemikiran dari pelbagai aspek sama ada dari undang-undang, ekonomi yang mampan, pendidikan yang berterusan, politik yang kualiti, kemajuan teknologi yang kehadapan, dan lain-lain lagi harus dilaksanakan dan diterapkan secara optimal dalam kerajaan Islam.Namun begitu,tanggungjawab sebuah kerajaan Islam yang paling utama adalah,mendidik umat atau rakyatnya berdasarkan ajaran dan prinsip-prinsip Islam.Tambahan dengan mencipta iklim yang bercuaca Islamik,akidah yang islamik, pemikiran-pemikiran yang hebat berteraskan Islamik, semua ini dapat menjadi pengangan ataupun acuan bagi sebuah negara yang berjalan diatas sebuah petunjuk Sang Maha Kuasa.

Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqadimah pernah menyatakan bahawa, “Menjadi keharusan kepada semua orang untuk menjalankan tugas sesuai dengan padangan syariat,demi untuk kemaslahatan ukhrawi dan duniawi.Kerana semua keadaan dunia di sisi Pembuat syariat harus kembali kepada kemaslahatan ukhrawi. Jadi pada hakikatnya ini merupakan perwakilan atas nama pemegang syariat untuk menjaga agama dan dunia.”

Kerajaan Islam ataupun Daulah Islamiyah adalah sebuah cita-cita yang agung.Rab’i bin Amir pernah menjelaskan apa itu Daulah Islamiyah dihadapan seorang pemimpin Parsi iaitu Rustum.Kata beliau kepada Rustum, “Sesungguhnya Allah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan terhadap manusia kepada penyembahan kepada Allah semata-mata,dari kesimpitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman berbagai agama kepada keadilan Islam.”

Pilihan raya dan hukumnya

Pilihanraya adalah satu ketetapan Syariat,dan menjadi satu kesalahan jika seseorang yang layak dan berkemampuan tidak melaksanakan tanggungjawab untuk pergi mengundi.Menurut al-Imam Yusuf al-Qardhawi,Islam melihat pilihanraya ini adalah satu bentuk penyaksian yang diberikan kepada para pencalon pilihanraya.Maka setiap pengundi haruslah memenuhi syarat-syarat yang harus dimiliki oleh seorang saksi,iaitu adil dan diredhai perilakunya. Al-Imam membawakan firman Allah yang bermaksud:

“Dan saksikanlah dengan dua orang saksi yang adil diantara kalian.” (surah at-talaq :2)

Menurut beliau lagi,pengundi yang memberikan undinya kepada calon yang tidak layak untuk dipilih,bererti dia telah melakukan dosa besar.Kerana perbuatan tersebut sama seperti memberi penyaksian yang palsu.Sesiapa yang mengundi calon berdasarkan hubungan persaudaraan atau berasal dari satu daerah yang sama atau untuk mendapatkan kepentingan peribadi sedangkan mereka tidak layak,bererti mereka telah menyalahi perintah Allah.

“Dan hendaklah kalian tegakkan keadilan itu kerana Allah.”
(Surah at-Talaq :2)

Sehubungan itu,sesiapa yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dalam pilihanraya,sehingga menyebabkan calon yang seharusnya terpilih kalah dan suara majoriti jatuh ketangan calon yang tidak layak,maka dia telah melanggar perintah Allah untuk memberikan kesaksian pada saat dia diperlukan untuk memberikan kesaksiannya.

“Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil.” (al-Baqarah :282)

“Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Baqarah :283)

Akhir sekali,saya menyeru kepada para pengundi pilihanraya yang akan datang ini,tunaikanlah tanggungjawab anda dan undilah mereka yang layak dan tinggalkanlah calon yang tidak layak.Gunakanlah pemikiran yang waras,jauhilah emosi dan perasaan.Kepada para calon pilihanraya,jauhilah rasuah ,jauhilah fitnah dan tuduhan, jauhilah pengunaan kata-kata kesat dalam kempen, laksanakanlah tangungjawab berdasarkan landasan syariatullah dan sunnatullah, pentingkan rakyat dan bukan pentingkan diri sendiri..Sekadar perkongsian bersama..=)




2 comments:

Hanisah Safian said...

salam! :)

aaaa,xtau nk komen ape.xpandai bab2 ni.btw,good entri saudara!heheh :p

eh,mane follow gadget? (-.-")

Ahmad Taufiq Redzuan said...

wa'alaikumussalam,

hehe, walaupun x pandai, at least kena ade ilmu sket2 kan..follow gadget ade, click kat perkataan demo-irrestible ( home page )..=)