Thursday, January 22, 2009

Janji Allah Pasti Tiba

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yg dimuliakan,
Alhamdulillah, bersyukur kita kpd Allah, kpd Tuhan yg telah menciptakan langit dan bumi, Tuhan yg telah menciptakan kita semua dan selalu tidak jemu2 memberi kita nikmatNya dan rahmatNya..Alhamdulillah..

Pada entri kali ni, suka untuk penulis berkongsi dgn sahabat-sahabat semua berkaitan dgn Pilihanraya Kampus yg telah diadakan di seluruh universiti di negara kita Malaysia..Untuk pengetahuan sahabat2 semua, pilihanraya di negara kita Malaysia bukan sahaja di adakan di peringkat parlimen dan daerah di dalam Malaysia, malahan juga di adakan di peringkat universiti. Tidak kiralah samada Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Uitm, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Petronas mahupun di universiti yg kita sayangi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Cara pilihanraya kampus ni ataupun cara demokrasi ni telah lama dipraktikkan oleh pihak pentadbiran universiti bagi memilih calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar Universiti yg akan mewakili pelajar-pelajar di setiap fakulti ataupun kuliyyah yg akan mereka wakili..

Kalau kita lihat pada arena politik tanah air, parti politik yg biasanya bertanding ialah UMNO, PAS, KEADILAN, DAP dan sebagainya..tetapi kalau kita perhatikan di kampus-kampus, biasanya hanya melibatkan 2 persatuan pelajar iaitu ASPIRASI (Pro-Kerajaan ) dan juga Pro- Mahasiswa. Kedua-dua persatuan pelajar inilah yg biasanya bertanding di dalam pilihanraya kampus di universiti-universiti. Pasti, pada setiap diri pelajar akan ada calon pilihan untuk dipilih jika terlibat dgn pilihanraya kampus.

Alhamdulillah, segunung tahmid diucapkan kepada calon-calon Pro-Mahasiswa yg telah memenangi pilihanraya kampus di seluruh Malaysia, khususnya bagi calon-calon Pro-Mahasiswa di Universti Islam Antarabangsa Malaysia yg telah memenangi 17 kerusi dari 24 kerusi di main campus. InsyaAllah, pada pilihanraya akan datang, kita tawan pula kerusi di kuliyyah ECONS dan KAED. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian..Alhamdulillah..TAKBIR!

Gambar-gambar adalah ihsan dari GAMIS.DAILY:










Petikan Berita Terbaru dari Gamis.Daily:

PRK UIAM : Kekuatan Calon Faktor Kemenangan
Ditulis oleh Muhamad Syaari bin Ab Rahman
Jumaat, 23 Januari 2009 02:49

Kemenangan Pro-Mahasiswa UIAM sebanyak 17 dari 24 kerusi yang dipertandingkan memberikan makna yang tersendiri. Presiden Kelab Ma'ruf UIAM, saudara Faridzul Nasarudin ketika ditemuramah oleh Gamis Daily berpandangan hikmah dari SPR UIAM sejak zaman berzaman tidak membenarkan wujudnya "kem-kem" tertentu calon menyebabkan Pro-Mahasiswa UIAM (We Unite For Islam) dilatih untuk sentiasa mengemukakan calon-calon yang mempunyai kredibiliti dan kekuatan individu tersendiri lebih dari faktor 'kepartian' mahasiswa. Ini kerana pengundi tidak akan bertanya calon dari "kem" mana, tetapi apa servis yang akan ditawarkan jika menang, apa bukti yang menunjukkan seseorang calon lebih berhak diundi berbanding calon lain, dan sebagainya. Faktor kecemerlangan akademik dan "well-exposed" (dikenali) di peringkat fakulti pengajian jelas menunjukkan menjadi pilihan mahasiswa UIAM ketika WUFI turut sama menerima saingan sengit dari Pro-Aspirasi (GPMS) dan PKPIM yang tidak kurang hebatnya dari sudut jentera kempen masing-masing.

Gambar-gambar adalah ihsan dari GAMIS.DAILY:







Malaysiakini : Pilihanraya kampus bagi Universiti Islam Malaysia (UIA) calon pro-Mahasiswa dan calon bebas hampir menyapu bersih kesemua kerusi fakulti dan kerusi antarabangsa yang dipertandingkan. Manakala pengundian bagi dua kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguh sehingga 29 Januari depan, selepas kumpulan pro-Mahasiswa membuat bantahan terhadap seorang calon yang bertanding di kerusi berkenaan.

Menurut keputusan rasmi hari ini, pro-Mahasiswa memenangi 17 kerusi fakulti manakala calon bebas menang tiga kerusi. Pencapaian tersebut menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pro-Mahasiswa pada sesi lalu.

Calon bebas juga menyapu bersih kesemua lima kerusi antarabangsa yang dipertandingkan hari ini. Manakala calon pro-Aspirasi dan calon Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula masing-masing memenangi satu kerusi.

Selepas penamaan calon Isnin lalu, kumpulan pro-Mahasiswa sudah memenangi dua kerusi tanpa bertanding di Fakulti Kejuruteraan di kampus Gombak dan Fakulti Kejururawatan di kampus Kuantan. Seorang calon bebas pula menang satu kerusi tanpa bertanding di kerusi Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi.

Dalam pengundian hari ini, bagi kampus Gombak, pro-Mahasiswa menang sembilan kerusi manakala calon bebas, pro-Aspirasi dan PKPIM masing-masing menang satu kerusi. Bagi kampus Kuantan pula, pro-Mahasiswa memenangi lapan kerusi, dua dimenangi oleh calon bebas dan pengundian dua kerusi lagi ditangguhkan.

Pasti, sahabat2 tertanya-tanya, kenapa penulis mengucapkan tahmid kpd calaon Pro-Mahasiswa? Kenapa tidak kpd ASPIRASI? Kalau sahabat2 nak tahu, Pro-Mahasiswa adalah satu-satunya persatuan pelajar di universiti2 yg mengamalkan DASAR ISLAM berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah secara syumuliyyah, dalam segenap cara dan bidang. Pro-Mahasiswa lah pilihan yg terbaik, disamping mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar. Kenapa tidak ASPIRASI? Pasti, kawan2 kita di ASPIRASI pun ingin mengamalkan ISLAM..Ya, tetapi adakah betul caranya dan secara syumuliyyah? Kalau betul nak mengamalkan ISLAM secara betul dan benar, kenapa hanya sekadar di bibir sahaja? Kalau sahabat2 nak tahu dgn lebih mendalam, kajilah sendiri dgn menggunakan apa jua resource dan apa jua cara sekalipun..internet ade..

Ingatlah, Janji Allah pasti tiba kpd hamba-hambanya. ISLAM x pernah pun rugi kalau kita x nak kembali kpd ajaran dan pegangannya, tetapi kitalah yg akan menanggung kerugian. Menanggung segala masalah-masalah yg akan menghinggapi diri kita. Penulis menasihati diri penulis dan sahabat2 semua agar kita semua kembali kpd Allah dalam segenap apa yg kita lakukan dalam kehidupan kita. Kalau kita dah nampak secara terang-terangan tentang sesuatu kebenaran, buat ape kita nak selindung-selindung lagi. Terus pergi kpdnya. Jangan lengah-lengah lagi. Kelak diri kita yg akan menanggung kerugian. Dengan pilihan persatuan yg betul, barulah kita dapat menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar secara total dan menyeluruh. Dgn kuasalah kita dapat mengubah ape yg tidak elok kpd yg lebih baik. Jadi, tahniah diucapkan kpd sahabat-sahabat di main campus kerana telah memilih persatuan yg betul. TAKBIR! ALLAHUAKBAR!.sekadar perkongsian maklumat..

0 comments: