ANNUAL GENERAL MEETING MA'RUF CLUB
23 OKTOBER 2009
8.00 MALAM
EXPERIMENTAL HALL, UIAM GOMBAK


" INSPIRING DA'WAH LEADING THE UMMAH "
.: www.soutul-haqqani.blogspot.com :.
.: Impian Mujahid Mengejar Syahid :.
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
2:26 AM
Ahmad Taufiq Redzuan


5:58 AM
Ahmad Taufiq Redzuan



9:11 AM
Ahmad Taufiq Redzuan
Pertamanya, jgn kita lupa dan jgn kita sesekali alpa untuk kita interpretasikan rasa syukur kita kpd Allah, Al-Khaliq yg telah menciptakan kita semua sebagai hambaNya di muka bumi ini, memberikan kita semua peluang untuk hidup dan memperhambakan diri kpdNya, alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..
Semenjak sy melangkahkan kaki ke tingkatan 1 di SMK Dato Haji Mohd Redza lagi, sy sudah memasang angan-angan dan cita-cita untuk menjejakkan kaki dan menyambung pelajaran sy di peringkat tertinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor Darul Ehsan..nama UIAM sering di sebut-sebut dan di puji-puji dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah ketika itu..sy ketika itu yg masih mentah dan jahil tentang alam campus dan universiti ketika itu bertanya kpd guru kelas sy pd ketika itu iaitu Ustazah Hasnah. " Ustazah, apa yg bestnya kat UIAM tu ? " ustazah sy pun menjawab " dekat UIAM tu, ada ramai pelajar dari timur tengah, dari negara Arab Saudi, Sudan, Iraq, Mesir, Morocco, dan sebagainya. Diorang semua boleh cakap dalam bahasa arab. Taufiq masuk kelas aliran agama ni, sebab nak belajar bahasa arab


Itulah maklumat pertama yg sy tahu tentang UIAM. Semenjak dari saat itu, sy terus memasang cita-cita untuk memasuki dan belajar di UIAM..sy terus belajar dan belajar sehinggalah selepas PMR sy mendapat pula tawaran untuk menyambung pelajaran di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SMKA SHAMS)..Sebuah sekolah agama yg agak terkenal dan elit di Negeri Sembilan. Ketika sy di SMKA SHAMS, pelajar-pelajar dan guru-guru di sana juga sering menyebut tentang kehebatan suasana dan pembelajaran di UIAM. Ketika sy menghadiri Kem Motivasi Penghayatan Islam (KMPI) dan juga Tamrin Nuqaba’di sekolah , ramai di kalangan ALUMNI SHAMS yg turun menjadi fasilitator ketika itu menta’arufkan dan memperkenalkan diri mereka, dan kebanyakannya menyebut nama UIAM sebagai tempat pengajian mereka. Suasana ini telah membuatkan sy lagi berkobar-kobar dan bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke UIAM Gombak..nama UIAM teus bermain-main di fikiran sy..
Alhamdulillah, tibalah saat yg dinantikan. Hati sy berasa begitu gementar sekali. Bagaimanalah agaknya keputusan SPM sy. Alhamdulillah, keputusan yg sy dapat semuanya lulus. Tidak ada yg gagal. Jauh di sudut hati sy, sy mengucapkan syukur kpd Allah. Sebenarnya, sy ni merupakan pelajar yg paling lemah dalam subjek Matematik Tambahan dalam kelas sy. Jadi, risau lah jugak kan. Manalah tau, fail ke kan dalam subjek matematik tambahan..Alhamdulillah, ada beberapa A, beberapa B, dan satu C..alhamdulillah, tidak putus-putus sy mengucapkan hamdalah kpd Ilahi..sebulan sebelum keputusan SPM keluar, sy ada berjumpa dgn kaunselor sekolah, Puan Azmah utk bertanyakan pendapat beliau berkenaan pilihan yg terbaik utk melanjutkan pengajian ke menara gading..pada ketika itu, kata beliau, standart yg di keluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, mengatakan bahawa, barangsiapa yg ingin belajar ke Matrikulasi KPM, bagi mereka yg jurusan sastera pengajian islam, hanya jurusan perakaunan sahaja yg diberikan. Tidak ada jurusan lain. Tidak kira di mana-mana Matrikulasi KPM pun. Jika mereka yg telah mengisi tawaran Matrik KPM di terima belajar di Matrik, permohonan mereka di UPU akan terus di tolak. Kenyataan ini telah membuatkan sy berasa begitu kecewa sekali. Kenapa jurusan bahasa arab tidak di perkenalkan di Matrik KPM? Kenapa permohonan ke UPU terus di tolak serta merta? Majoriti rakan-rakan sy ketika itu, kesemuanya telah mengisi borang tawaran utk menyambung pelajaran di Matrikulasi dan juga UPU..sy ingin sangat menyambung pengajian sy ke peringkat universiti dalam jurusan bahasa arab. Jadi, dgn semangat dan keyakinan yg ada ketika itu, sy membuat keputusan agar tidak mengisi borang permohonan ke Matrikulasi KPM. Sy hanya mengisi permohonan UPU sahaja. Risikonya sangat tinggi sekali bg sy..jika, permohonan UPU sy ditolak, bermakna sy perlu masuk dan belajar ke tingkatan enam..Alhamdulillah, saat keputusan UPU pun tiba..sy di terima masuk untuk belajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan asasi bahasa arab. Lafaz syukur kpd Allah tidak henti-henti sy ucapkan..Belajarlah sy di sana selama 2 tahun..
Kini, setelah tamat 2 tahun sy belajar di Pusat Asasi UIAM, saat untuk melangkahkan kaki ke medan yg sebenar telah tiba. Pasti, banyak mehnah-mehnah dan tribulasi yg perlu sy tempuhi..tanggal 7 julai ini merupakan tarikh keramat sy menjejakkan kaki di sana..pasti suasananya berbeza. Belajar di alam matrikulasi sudah pasti tidak sama jika belajar di alam Universiti..corak pemikiran harus di ubah. Corak pembelajaran harus di perkemaskan. Corak kehidupan harus di betulkan. Pengurusan kewangan haruslah di susun dgn teratur. Utamakan yg mana patut di dahulukan..Pengurusan minda juga haruslah di pertingkatkan..
Felda Palong 9 terletak di kawasan DUN N6 di daerah Jempol, N9
Barisan sahabat-sahabat fasilitator dan kepimpinan ALTIS
Pada saat ini juga, Abg Hazwan dan sahabat2 Akademi Latihan Tinta Strategi(ALTIS) pasti sedang sibuk menyiapkan pengurusan bagi program Khalifah Camp II di Felda Palong 9 yg akan di jalankan pada 3-5 Julai ini. Nak siapkan kit peserta, kit fasilitator, name tag peserta, name tag fasilitator, fail peserta, kelengakapan dalam fail, Ya Allah, banyaknya..Jauh di lubuk hati sy, sy ingin sangat menyertai sahabat2 semua bagi kita sama-sama meneruskan agenda pentarbiyahan dan pencerahan anak-anak muda di sana yg dahagakan transformasi diri mereka sendiri. Nak buat camne, urusan pendaftaran sy ke UIAM Gombak perlu di teruskan..buat abg hazwan dan sahabat2 ALTIS, teruskan usaha sahabat2 semua. Jangan mudah mengalah dan putus asa. Moga program kita kali ini terus sukses dan mendapat tempat di hati mereka semua..Sy perlu kuatkan diri. Sy perlu kuatkan semangat dan cita-cita sy. Kita semua perlu sama-sama memasang cita-cita..Jadikan hari semalam sebagai satu pengajaran dan pelajaran untuk kita semua..May Allah bless us! Sekadar perkongsian bersama..
3:51 AM
Ahmad Taufiq Redzuan

11:48 AM
Ahmad Taufiq Redzuan
10:40 PM
Ahmad Taufiq Redzuan
Antara sumbangan Kerajaan Islam Bani Abbasiyyah ialah :
Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.
Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti
terjemahan bahasa asing ke bahasa arab. Bahasa asing spt: Yunani,
Sanskrit, Suriani .
Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun Harun al rashid.
Kegiatan utama:
Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani.
Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan
hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik
( Al- Muwatta ), Ibn Ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah ( Fikah
dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, dan
Imam Ahmad Hanbal.
Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.
Syiling semasa zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid
Kelebihan terjemahan:
Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya.Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan.
Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.
Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.
Kesan perkembangan ilmu:
Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.
Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.
Keterbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.
Cendekiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.
Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.
RSS Feed
Twitter