Thursday, June 10, 2010

Adakah Demonstrasi Satu Bentuk Jihad Baru?


Assalamualaikum kpd sahabat-sahabat yg di muliakan Allah,

Pertamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah kerana masih di berikan Allah ruang dan peluang utk kita sama-sama hidup dan memperjuangkan apa yg di perintahkan Allah dan meninggalkan apa yg di larangNya..

Hampir sebulan sy tidak menulis. Sy pun tidak pasti apakah puncanya. Adakah kerana gelombang Facebook ataupun Millatfacebook yg semakin kuat menebal sehingga menyebabkan para politikus muda mula kurang dalam seni penulisan Blog? Wallahu’alam. Hanya Allah yg tahu..yg pasti, pagi ini Allah beri kekuatan kembali kpd sy utk menukilkan sesuatu di dalam blog sy ini..

“ Hancur hancur, hancur kuffar! Bangkit bangkit, bangkit Islam! Mansuh mansuh, mansuh ISA! ” itulah kalimat-kalimat keramat yg acapkali kita dengar apabila para demonstran melakukan demonstrasi di kaki lima jalan ataupun di hadapan bangunan kedutaan dan kerajaan..Demonstrasi sering terjadi di mana-mana apabila rakyat tidak setuju dgn sesuatu isu..inilah yg sering terjadi akibat negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Demokrasi yg membawa makna kpd kita semua iaitu ‘KUASA RAKYAT’.

Jadi, sebenarnya bagaimanakah Islam memandang demonstrasi ini? Adakah demonstrasi ini satu bentuk jihad baru di dalam Islam? InsyaAllah, sama-sama kita kupas dan menyelusuri dalam post sy kali ini..

TASAWWUR DEMONSTRASI

Demonstrasi adalah satu perkataan Inggeris yg diambil dari perkataan ‘demonstration’. Mengikut terjemahan melayu, demonstrasi bermakna ‘perhimpunan tunjuk perasaan’.

Di dalam Kamus Dewan Bahasa, edisi ketiga, demonstrasi mengandungi dua maksud. Pertama : penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain ; Kedua : tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.

Melihat kepada dua maksud tersebut, maksud yg kedua adalah yg paling tepat dalam perbincangan kita dalam post ini.

Di dalam bahasa arab, demonstrasi di panggil dengan ‘ Muzhaharah’. Di dalam perbahasan Islam, Islam membahagikan demonstrasi kpd dua bentuk, iaitu demonstrasi liar dan demonstrasi aman.

Demonstrasi liar adalah demonstrasi yg bersifat kumpulan masyarakat di kawasan-kawasan umum utk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yg sudah menjadi tugas daulah atau orang yg bertanggungjawab. Di dalam demonstrasi ini, para demonstran biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik daulah, harta umum ataupun harta individu.

Manakala demonstrasi aman pula perbuatan sekumpulan masyarakatutk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan ini tidak akan di sertai dgn aktiviti merosakkan, menghancurkan, atau membakar harta benda daulah, awam atau individu. Para demonstran akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara’, nilai-nilai Islam dan kebaikan ummah. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.

ISLAM DAN DEMONSTRASI

Melihat kepada hakikat dua demonstrasi yang didedahkan, maka kita dapat menilai
dan membuat keputusan, yang mana satukah demonstrasi yang diharamkan dan demonstrasi yang dibenarkan di dalam Islam. Sesungguhnya demonstrasi yg di benarkan di dalam Islam ialah demonstrasi aman. Ini di sebabkan, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut :

1. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.

2. Rasulullah SAW juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa Baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia.

3. Melihat kepada falsafah Haji, yang mana, Allah mengizinkan haji hanya dilakukan di Mekkah di hari-hari yang ditetapkan sahaja. Disamping mengerjakan haji, di suruh supaya melakukan tawaf dan bertalbiyyah sebagai cara hendak menyatakan hasrat hati dan ‘tunjuk perasaan’ didepan Allah.

Secara konklusinya sahabat-sahabat semua, Islam tidak pernah melarang umatnya melakukan demonstrasi, tetapi biarlah demonstrasi yg di lakukan itu di adakan secara aman dan bukannya secara liar. Islam tidak pernah melarang umatnya menyatakan bantahan, tetapi biarlah bantahan yg di lakukan diadakan dgn cara yg terbaik dan berhikmah.

MUHASABAH PEJUANG

Kadang-kadang kita rasa kita dah banyak beri sumbangan kpd Islam. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup terbaik menjadi seorang pejuang dan pendokong agama Allah. Kita dgn bangganya mengatakan “ Hancur Hancur, Hancur Israel! . Kita dgn bangganya mengatakan “ Jaisyu Muhammad Saufa Ya’ud ”, tapi pernahkah kita fikirkan apakah yg kita lakukan selepas kita melakukan demonstrasi? Kita tetap menghisap rokok yg di taja oleh Israel. Kita tetap menggunakan barangan tajaan Israel dan Amerika. Kita tetap tinggalkan solat seperti biasa. Kita tetap melakukan maksiat. Kita tetap tiada hati perut membuang bayi di merata-rata tempat. Tergamakkah kita? Jadi, apa bezanya kita ini dgn Israel dan Amerika laknatullah? Sama-sama kita muhasabah kembali diri kita. Moga kita semua sentiasa di bwh lindungan rahmat Allah SWT..Sekadar perkongsian bersama..=)