Monday, December 15, 2008

5 kali jatuh 6 kali bangun

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg ana muliakan,
Alhamdulillah, bersyukur kita kpd Allah, kerana masih terus diberi oleh Allah, 2 nikmat yg paling besar iaitu nikmat iman dan islam. Dalam sedar2 x sedar, x terasa hati ni bahawa masa telah banyak berlalu meninggalkan kita. Hari tu rasernyer baru start sem 2(final sem) 08/09, tapi skrang dah sampai pula ke fatrah mid sem..masa, memang selalu x menunggu kita..nak cepat jer..tapi itulah hakikat masa sebenarnyer..memang selalu pergi meninggalkan manusia..kita ni sebenarnyer yg alpa dan leka..Alhamdulillah, proses pembelajaranku yg tinggal berbaki 2 bulan lebih masih berjalan seperti biasa..ditambah dengan taklifan2 yg harus ku jalankan sebagai seorang insan yg bergelar pelajar amnya dan seorang insan yg bergelar muslim khususnya.

Alhamdulillah,x terasa, banyak perkara yg sudah berlaku keatas diriku lepas naik cuti rayer haji ni.. selamat sudah berlangsungnya program Kem Peningkatan Jati Diri Remaja yg telah diadakan pada 12, 13, dan 14 yg lepas yg diadakan di salah satu masjid yg berada di kawasan cheras..pada minggu itu jugak, serentak pada 12 dan 13 yg lepas, telah berlangsung jugak satu program iaitu Muktamar Sekretariat Pelajar Islam Negeri Sembilan(SPINS) yg telah diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan. Titik tolak bermulanya penglibatanku secara serius di dalam SPINS sendiri amnya dan sebagai medium ataupun wasilah untukku teruskan istiqomah di dalam medan da’wah islamiah ni..sepanjang proses muktamar, memang banyak input2 yg menarik sebenarnyer yg tidakku ketahui tentang SPINS ni, banyak juga muka2 baru yg ader dalam spinscommunity, dan moga2 kiter semua ditetapkan hati oleh Allah untuk terus istiqomah dalam perjuangan da’wah islam ni..



Memang benar kalam Allah di dalam kitabnya: “ kita merancang, dan Allah juga maha perancang, dan ingatlah Allah sebaik-baik maha perancang “ . sungguh x terkata, kelu lidah untukku berbicara apabila telah diberi satu taklifan dan tanggungjawab ataupun amanah di dalam SPINS ni sendiri..sungguh, ketahuilah, Ya Allah…siapalah diriku ini yg selayaknya memegang tanggungjawab sedemikian..rasernyer, ramai lagi abg2 dari perwakilan UM, UKM, UDM, yg layak untuk memegang tanggungjawab sebagai mas’ul untuk lajnah tarbiyyah..siapakah aku Ya Allah? Layakkah aku Ya Allah? Seorang insan yg baru bertatih-tatih mengenalMu, seorang insane yg masih serba kekurangan..Mujur aku ade Engkau Ya Allah, tempatmu yg suci( masjid ) ya Allah, tempat untukku mengadu nasib, memohon keampunan, memohon keredhaanMU, tempat ku bergantung harapan..



Alhamdulillah, setelah ku pohon padaMU, kini hati yg gusar menjadi tenang, hati yg berada dalam kerisauan menjadi tenang, alhamdulillah..sememangnya, setiap ape yg terjadi pasti ade hikmahnyer..mungkin inilah yg dikatakan ujian dan cabaran yg Allah berikan kepadaku. Kini hatiku bersemangat dan yakin, untuk terus sabat dan istiqomah dalam jalan perjuangan yg telah aku pilih dan intima’. Layakkah aku memikul tanggungjawab ni? ” Kayu ukur layak atau tidak seseorang tu, terletak pada dirinya sendiri. Dia yg sebenarnyer menetapkan atas nilai ape dia layak untuk memikul sesuatu tanggungjawab “ kata2 Ustaz Hasrizal semasa di dalam forumnya Am I an Excelent Muslim yg sempat ku dengari pada malam tadi. Terubat sedikit jiwa ni mendengar ape yg disampaikan oleh seorang saifulislam..insyaAllah, ana akan melakukan yg terbaik untuk manjalankan agenda da’wah islam dalam konteks seorang mahasiswa/ mahasisiwi di negeri Sembilan amnya, dan untuk islam khususnya..

Pada 14 haribulan yg lepas, telah jugak berlaku satu peristiwa yga akan ku kenang dan ingat sampai bila2..kisahnyer..selepas habis program Kem hari tu, aku telah diajak oleh seorang sahabatku ke Gombak untuk menghantar motornye..dia naik motor, dan aku pulah naik kereta sorang2..nak dijadikan cerita time tu, keadaan jalan yg sesak dan keretanya yg rapat2 antara satu sama lain dan ditambah kan pulak dengan hujan yg amat lebatnyer yg juga telah membuatkan jalanraya licin sangat..dalam aku tengah memandu dengan berhati-hati, dgn tidak semena-mena kereta kat depan pulak tiba2 brek mengejut..aku dah tekan brek, tapi mungkun disebabkab keadaan jalan yg licin dan time tu tengah turun fly over, DUMMM..kereta yg aku bawak time tu berlanggar dengan kereta kat depan..alhamdulillah, Allah masih memberikan aku peluang untuk hidup di muka bumi Allah ni, kalau x? Nauzubillah..tentu x delah aku tulis blog ni..huhu..alhamdulillah..mujur x cedera teruk sangat..tapi cedera jugak..cedera dalaman..erm, pastu g lah balai polis..wat report kemalangan..rasernyer time tu jugaklah first time aku masuk balai polis..ya Allah, jahilnyer aku ni…balai polis pun x pernah masuk..ni baru nak masuk..itupun sebab accident..mungkin ni antara hikmah jugak dari Allah..pastu jumpe plak satu anggota polis yg uruskan accident tu, lepas soal siasat..dier kater, sebenarnyer dalam kes ni, aku x salah..yg salah kereta kat depan, sebab tiba2 brek mengejut, tapi disebabkan dalam undang2 jalanraya, walaumacam mane care accident pun, kalau dah kereta depan kene langgar kereta dari belakang, kesalahan akan diberikan kpd kereta belakang..huhu..terbang RM 300..kene saman..nak wat camne, walau x salah pun, tapi ade undang2 camtu, kena jugak..tambah lagi, kereta yg aku guna tu bukan kereta sendiri, tapi kereta sahabatku dari USIM, terbang lagi RM 400..untuk claim insurans..nasib baik dua2 bayaran bukan bayar time tu..kalau x habislah..nilah yg dikaterkan sudah jatuh dihempap judin..eh, bukan2..sudah jatuh ditimpa tangga..
Ujian demi ujian yg Kau berikan kepadaku Ya Allah..Ya Allah, Jangan lah Kau berikan ujian yg x terdaya untuk ku memikulnya Ya Allah..sungguh, Engkaulah tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..tapi, aper2 pun, aku redha Ya Allah..mungkin ini ketentuan yg telah Kau tentukan untukku..

Begitulah semestinya. Sebagai orang Islam, kita amat dilarang menyalahkan takdir dan mudah berputus asa. Org yg sedemikian tidak akan berjaya. Org yg berjaya ialah org yg tidak menyalahkan takdir dan tidak pernah berputus asa. Jatuh bangun perkara biasa bagi kita. Malangnya, ramai di sekeliling kita ini yg enggan untuk bangun sesudah jatuh. Lebih malang lagi kebanyakannya adlah org Islam. Apakah impian kita? Kita mahukan sesuatu yg mudah dan lancar. Buat sekali terus berjaya. Bekerja sehari gajinya setahun. Di dalam impian mereka tidak ada sekali pelan rancangan untuk bangun selepas jatuh kerana mereka percaya segalanya akan berjalan lancar. Makam kekallah mereka dalam impian karut tersebut. Atau sepanjang masa hanya hidup di alam mimpi, kerana di alam nyata ni sahabat2, mustahil sesuatu tu akan berjalan lancar, tidak menemui sebarang kegagalan.

Mari kita perhalusi mereka yg berjaya di sekelilinh kita. Jangankan 5 kali jatuh , 500 kali jatuh pun mereka masih sanggup untuk bangun bagi kali ke 501. Kerana apa? Kerana memang itulah sahabat2 syarat untuk mencapai kejayaan dalam apa saja bidang.
Kalau kita imbas kembali pejuang-pejuang Islam pada masa lalu, adakah perjuangan mereka lancar tanpa sebarang ujia, dugaan dan kegagalan? Contoh dan teladan sudah lama berada di depan mata kita. Hanya kita yg buat2 x tahu. Hanya kita perlu mengikutinya sahaja. Juga, contoh dan teladan akibat buruk menyalahkan takdir dan berputus asa sudah lama berada di depan mata kita. Hanya kita perlu menghindari sahaja. Jikalau kita mahu benar2 berubah, insyaAllah ia akan berubah dan menjadi kenyataam. Sekadar perkongsian bersama…
16 Disember/ 6.25 pagi.

1 comments:

sinar mentari said...

musibah itu tanda kasih sayang Allah..
Allah rindukan rintihan dan doa kita semua..terutama nta yg diberi amanah untuk menegakkan agamanya^_^
Allah adalah sebaik2 penolong..
wallahualam