Monday, January 24, 2011

Antara AGM MPP UIAM 2009/2010 & Cerekerama Pilihanraya Kampus 2010


Assalamualaikum sahabat-sahabat yg dimuliakan Allah,

Pertamanya, marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah, Sang Khaliq yg menciptakan kita, yg menjaga kita, yg juga memberikan nikmat yg paling besar di sisi Islam iaitu nikmat iman dan islam. Selawat dan salam tidak di lupakan ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat baginda, tabi’in, dan juga tabi’-tabi’in.

Alhamdulillah, malam semalam sy berkesempatan utk menghadiri AGM MPP UIAM 2009/2010. Dengan berakhirnya AGM MPP UIAM semalam maka berakhirlah fatrah kepimpinan MPP UIAM 2009/2010 yg di terajui oleh Saudara Firwan Norliza sebagai President MPP UIAM 2009/2010. Sy mewakili saf kepimpinan Arabic Language & Literature Association ( A.L.A ) UIAM Gombak mengucapkan syabas dan tahniah di atas segala usaha dan sumbangan yg telah di curahkan oleh seluruh kepimpinan MPP UIAM 2009/2010 utk kesejahteraan dan kebajikan mahasiswa UIAM. Semoga Allah memberkati segala usaha dan komitmen antum semua, dan mudah-mudahan ianya menjadi salah satu jawapan yg pasti di hadapan Allah kelak.


Pilihanraya Kampus 2010

Dengan berakhirnya AGM MPP semalam bukanlah bermakna berakhirnya tanggungjawab kepimpinan, tetapi sebenarnya merupakan satu titik permulaan baru dalam meneruskan agenda menegakkan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa yg dalam masa yg sama mengamalkan cara hidup dan muamalah Islam yg sebenar di bumi UIAM ini. Dan dengan berakhirnya AGM MPP semalam bermulalah episod baru cerekarama Pilihanraya Kampus 2010.

Saban tahun, pasti acara Pilihanraya Kampus ini akan di adakan utk melantik kepimpinan mahasiswa yang baru yg akan menerajui kepimpinan mahasiswa di sesebuah universiti. Ini kerana proses pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia merupakan salah satu aktiviti tahunan IPTA bertujuan memilih barisan kepimpinan yang baru yang akan mewakili semua pelajar di universiti sejajar dengan kehendak serta peruntukan yang terdapat dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) (Subsekyen 48(1),(2),(3),(4),(5) & (6)).

Proses pemilihan ini adalah sangat penting untuk memperbaharui barisan kepimpinan MPP di universiti dan melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Proses pemilihan ini juga akan memberi pendedahan yang sangat berguna di kalangan mahasiswa di universiti melalui proses ‘pilihanraya’ yang dijalankan dan seterusnya memilih barisan pemimpin pelajar yang akan menjadi pengantara kepada mahasiswa di universiti dengan pihak pengurusan universiti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan masyarakat sekelilingnya.

Tidak di nafikan, wujud beberapa entiti di setiap universiti yg akan bersungguh-sungguh utk memastikan ‘mereka’ dapat menguasai pucuk kepimpinan mahasiswa di universiti tersebut apabila tibanya fatrah PRK. Ini adalah perkara normal setiap kali menjelang PRK. Antara entiti yg sering di perkatakan ialah Pro-Aspirasi ( PRO-A ) dan juga Pro-Mahasiswa ( PRO-M ). Pro- A sering di kaitkan dengan kerajaan dan Pro- M pula sering di kaitkan dgn pembangkang. Pada pandangan sy, dalam isu utk menegakkan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa di dalam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, tidak kesahlah samada anda cenderung kpd kerajaan atau pembangkang, yang penting anda melaksanakan amanah anda sebagai seorang MPP. Tegakkan isu kebajikan mahasiswa dan juga kesejahteraan mahasiswa di bumi UIAM sendiri dgn mengamalkan Islam secara syumul dalam semua perkara. Itulah perkara utama yg perlu di ambil kira.


Muhasabah buat semua mahasiswa ISLAM

Sahabat-sahabat yg di muliakan Allah, utk memilih seorang pemimpin mahasiswa yg baik bukan hanya sekadar kita nilai dari segi profesionalisma dlm gerak kerja atau kita nilai dari segi aspek luaran sahaja, tetapi kita perlu nilai juga dari sudut keimanan dan ketaqwaan kpd Allah. Kita perlu nilai dari segi bagaimana seseorang itu mengamalkan Islam samada secara syumul ataupun tidak. Adakah dia memisahkan Islam dari kehidupannya. Sama-sama kita muhasabah. Oleh itu sahabat-sahabat semua, ayuh! Sebagai seorang mahasiswa Islam yg di anugerahkan Allah akal yg intelektual dan waras, pilihlah pemimpin yg terbaik utk menggalas amanah dan tanggungjawab kepimpinan di bumi UIAM. Andai tersalah pilih, dan kesalahan itu ternyata di sebabkan dari kealpaan dan kesilapan kita, maka sahabat-sahabat jawablah di hadapan Allah kelak. Sekadar perkongsian.

AHMAD TAUFIQ REDZUAN

President,

Arabic Language & Literature Association (A.L.A)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

0 comments: