Wednesday, February 25, 2009

Meniti Saat-Saat Akhir di Bumi Nilai

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan adik-adik yg ana muliakan,

Moga-moga kita semua masih di berikan olehNya nikmat-nikmat yg tidak terhitung nilainya dan masih di berikan 2 nikmat yg paling besar iaitu nikmat iman dan islam..Alhamdulillah..

Mata terasa berat, kepala terasa pening, menunjukkan isyarat utk melabuhkan badan ke medan pembaringan, tetapi semua itu terasa ringan apabila hati, idea dan jari-jemari bersatu. Ibarat kata-kata P.Ramlee, ‘ lagu dan irama tidak dapat dipisahkan ‘ utk meluahkan sesuatu hasrat dan perasaan yg terbuku di kotak hati..begitulah jua perasaan ni..Tajuk entri utk post kali ni ialah “ meniti saat-saat akhir di bumi nilai “..

Sungguh, terasa sekejap 2 tahun + short semester di bumi UIAM Nilai ni, benarlah..antara tanda-tanda kecil kiamat, kita terasa seolah-olah waktu yg lama sekejap sahaja..Rasanya, seakan-akan baru semalam, sy mendaftarkan diri sebagai new student di bumi Nilai. Rasanya, baru semalam sy berkenal-kenalan dgn sahabat-sahabat seperjuangan, sahabat-sahabat sejurusan, sahabat-sahabat sebilik..Rasanya baru semalam sy menghadiri ke kelas pertama di alam Pra- Universiti ni..Rasanya baru semalam, sy menghadiri usrah yg pertama di bumi UIAM Nilai ni..Kenapa? Kenapa semua tu terasa seolah-olah pantas meninggalkan kita semua? Kenapa sy seperti tidak dapat merasakan yg semua perkara tu telah lama meninggalkan kita?

Sungguh, sepanjang pembelajaran di bumi UIAM Nilai, banyak perkara yg sy telah belajar. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah ke sebesar-besar Judin..ops! silap2..sebesar-besar alam..Sy telah banyak mempelajari bagaimana utk menjadi seorang pemimpin kpd BARS Society, sy juga telah banyak mempelajari bagaimana utk kita membahagikan dan menggunakan waktu kita dgn sebaik-baiknya, sy juga telah mempelajari bagaimana utk menjadi seorang naqib kpd anak-anak usrah, sy juga telah mempelajari bagaimana utk menguruskan sesuatu program, tidak kiralah jadi PM ke, jadi PC ke, jadi PUB PRO ke, jadi PREP TECH ke, jadi CATERING ke, jadi SPECIAL TASK ke, dan bnyak lagi yg x mampu sy nak nukilkan kesemuanya, semua tugas-tugas dan taklifat yg telah dipertanggungjawabkan tu telah banyak mengajar sy erti kehidupan, reality sebenar kita bila kita berada di alam universiti…

Sungguh, saat pertama kali sy menjejakkan kaki di UIAM PJ, sy dah bertekad dan meletakkan niat di dalam hati bahawa sy akan menumpukan sepenuh perhatian di dalam pelajaran..x nak sibuk2 masuk dalam club dan persatuan..terutamanya, sy skrang dalam jurusan asasi bahasa arab..sy x mau terlibat dgn persatuan-persatuan lagi..sy dah penat! Penat!..ternyata, semua pemikiran dan pegangan pertama yg sy niatkan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di UIAM PJ ternyata salah..Semua tugas2, tanggungjawab2, taklifat2 tu lah sebenarnya yg membuatkan diri sy lebih matang dalam membuat keputusan..Semua pengalaman2 tu lah yg membuatkan sy berani utk bersuara melontarkan pendapat dan pandangan..

Mungkin, ade di kalangan sahabat-sahabat yg tidak setuju dgn pandangan sy, yg mengatakan, ” bila kita keluar atau graduate dari Main Camp Gombak, org x pandang semua tu, apa yg org pandang ialah sijil2 dan ijazah yg kita ada “..Yes! Betul! Benar! Tapi adakah semua tu mencukupi utk kita semua..Secara jujur, sy agak terkilan dgn pandangan dan perangai segilintir sahabat-sahabat yg se’JURUSAN’ dgn sy..yg berpandangan sedimikian..membiarkan sy terkontang-kanting dgn sahabat-sahabat yg lain menguruskan pentadbiran dalam BARS Society..Bakat dan kepimpinan yg ada dipendamkan di dalam hati dek kerana pemikiran dan pandangan yg jumud tentang pengurusan utk menguruskan sesebuah organisasi..” alah! Aku dah pernah urus persatuan kat sekolah dulu, biarlah org lain pulak! “ kata-kata yg majoritinya di jawab oleh rakan-rakan yg tidak mahu terlibat utk menguruskan organisasi..sahabat-sahabat sekelian, sahabat perlu ingat, sebenarnye inilah medan tarbiyah ataupun medan percubaan untuk menguji sejauh mana keupayaan dan tahap kepimpinan sahabat-sahabat, sebelum kita semua sampai di medan yg sebenar iaitu di Main Camp kelak..inilah kayu ukur ataupun penanda aras samada sahabat-sahabat benar-benar serius atau tidak dalam menguruskan organisasi..

Dalam kita sekarang ni berada dalam keledakan teknologi maklumat dan persaingan yg hebat dalam pekerjaan, kita kena buka pemikiran dan minda kita seluas-luasnya..ijazah sahaja tidak cukup utk kita menempatkan diri bersama-sama masyarakat di luar sana..kita memerlukan juga pengalaman yg luas dalam bidang kepimpinan, bidang bahasa, bidang public relation, dan sebagai-bagainya..barulah kita semua boleh bersaing dgn mereka yg berada di luar sana..

MANTAN PRESIDEN PERSATUAN ASASI BAHASA ARAB, UIAM NILAI

“ jawatan bukanlah sesuatu utk dimegah-megahkan, tetapi merupakan satu tanggungjawab yg akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak” ..apabila terdengar sahaja berita yg sy bakal di calonkan sebagai presiden barss, terasa diri ni kerdil sangat..siapalah sy utk memikul amanah yg berat ni..perasaan sy ketika tu, hanya Allah sahaja yg tahu..memang rasa nak melarikan diri dari abang-abang ketika tu..malas nak pegang apa2 jawatan..kata nak belajar jer kan? Selesai sahaja sy menunaikan solat maghrib, 2 hari sebelum majlis AGM, sy menitiskan air mata..memang, sy rasa x sanggup nak pikul amanah ni, sy sedar kemampuan sy..sy sedar ape yg sy boleh buat dan x..tiba2, tanpa sy sedari, dari belakang, bahu sy dipegang oleh naqib sy yg pertama iaitu Abg Ibrahim..Beliaulah sebenarnya yg bnyak memberikan panduan dan nasihat kpd sy utk meneruskan amanah ni..kalau x kerana dia, tentu sy dah lari time AGM tu..Ish3x..Buat sahabat-sahabat pimpinan BARS Society, rais dan raisah lajnah2, dan semua ahli BARSS, sy ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai selama ni dalam menjalankan tugas, ada yg terasa hati, terasa perkataan, terasa perbuatan dan sebagainya dg sy..sy dah cuba menjalankan tugas sy dgn sebaik-baiknya berlandaskan Al-Quran, Hadis, dan emosi sy yg terkawal..kalau ada yg perlu sy perbaiki utk kebaikan akan dating, tegurlah sy, nasihatilah sy, sesungguhnya sahabat2 adalah cermin yg paling baik utk sy menilai diri sy


Kenangan semasa Annual Grand Dinner Bars Society

Majlis Tertinggi Bars Society

Saf Pimpinan Lajnah Tarbiyyah

Saf Pimpinan Lajnah Tamrin

Saf Pimpinan Lajnah Ekonomi

Saf Pimpinan Lajnah Riadah

Saf Pimpinan Lajnah Penerbitan


MANTAN NAQIB UNTUK USRAH ANAK-ANAK NEGERI/USRAH BARSS

Syahir Nujaba’, Syahir Halim, Shahemie, Nasrulanuar,
Rafshamjani, Qayyum, Soffian, Fadzly

Kpd adik2 abg, abg juga ingin menyusun seribu kemaafan andai abg ada membuat adik-adik kurang selesa, x faham tajuk ker, tersalah kata, tersalah perbuatan, dan sebagainya..abg sentiasa menganggap adik2 semua seperti adik kandung abg sendiri..abg doakan adik2 semua berjaya di dunia dan di akhirat..moga hubungan, ukhuwwah dan silaturrahim yg telah terbina sejak sekian lama akan berkekalan hingga ke akhir ayat..InsyaAllah, kalau di panjangkan umur oleh Allah, kita akan jumpa di Gombak nanti..InsyaAllah..

Segala yg berlaku pasti ade hikmah yg tersimpan. “ setiap pertemuan pasti ade perpisahan “..sungguh, pengalaman yg berharga yg berjaya sy kutip di sini akan sy jadikan ia sebagai bekalan dan titik asas ataupun momentum pecutan dalam perjuangan kita yg sebenar yg pasti akan di hujani berbagai mehnah, cabaran, onak dan duri sebagai mahasiswa islam yg sebenar di MAIN CAMP, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK..Sekadar perkongsian bersama..

0 comments: