Thursday, October 9, 2008

Aduhai duit rayaku!

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg ana muliakan kerana Allah...

" yeah yeah duit raya, yeah yeah duit raya "....kata iman kpd emaknya...itulah ungkapan yg pertama aku dengar pada pagi syawal yg lepas..kaki ni baru nak melangkah keluar untuk menunaikan solat sunat aidilfitri, tapi pagi2 ni dengar kalimah tu plak..kalau dapat dengar orang bertakbir kira ok jgak lah kan...itulah dia anak saudaraku yg umurnya baru 4 tahun...sesekali bila difikirkan, rasa seronok pulak tengok telatah si manja ni..rasa nak kembali balik ke zaman tu, nak melayari kembali, detik2 indah bersama ayah dan ibu..

Bila terdengar takbir raya pagi tu, tiba2 diri ni, rasa sedih dan pilu kerana dalam sebelum bulan ramadhan yg lepas, aku telah kehilangan 2 insan yg paling berharga iaitu, pak cik saudaraku sendiri Mohd Anuar bin Baharuddin dan selang beberapa minggu kemudian atukku sendiri iaitu Baharuddin bin Sidek..Sama2 lah kita sedekahkan al-fatihah ke atas roh mereka berdua. Moga2 ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh. Sambutan hari raya pada tahun ni memang berbeza sekali kerana tanpa mereka berdua...





Firman Allah Subhanahu wa ta'ala : " كل نفس ذائقة الموت " yg bermaksud: " setiap dari kamu pasti merasai kematian ". Kita memang x dapat lari dengan ketentuan Allah ni. Kita sebagai umat islam yg berintima' dengan islam sepatutnya merasakan bahawa detik kematian itu bukanlah suatu perkara yg menakutkan, tapi merupakan satu perkara yg menggembirakan. Pada saat itulah, bagi mereka yg sentiasa melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang akan merasakan nikmat kubur itu sendiri, dan bagi mereka yg x sedar2 dan leka dengan permainan duniawi, ketika itulah azab kubur yg pedih dan amat dahsyat sekali akan menimpa mereka. Nauzubillah min zalik!

Bagi saya, Hari Raya Aidilfitri ni merupakan satu perayaan yg bermakna untuk umat islam kerana pada hari itulah dikatakan hari kemenangan bagi seluruh umat islam setelah menahan diri dari lapar selama sebulan. Bagi mereka yg memahami konsep ramadhan tu sendiri, kita bukan setakat menahan diri dari lapar semata-mata, tetapi menahan diri kita keseluruhannya dari melakukan perkara2 yg lagha dan maksiat.

" kenapa bila hari raya, orang suka bagi duit raya er? kenapa x bagi mainan ke? kan best..." kata iman kepadaku dengan loghat kelatenye..eh, x delah..loghat dialah...loghat budak2..hehe...Kita sebagai umat islam seharusnya mengambil cakna makna syawal yg sebenar. Jika kita perhalusi dan mendalami tentangnya, pasti kita merasakan bahawa alangkah ruginya diri kita. Bagi diri seorang remaja, kita telah didonktrin semenjak kecil kita bahawa apabila tibanya syawal, perkara pertama yg mesti diambil cakna ialah duit raya. Sebenarnya duit raya merupakan satu pemberian yg dianggap sebagai satu sedekah kpd orang yg sepatutnya menerima pemberian tersebut. Maka dengan tidak semena-menanya, secara automatik dan bukan manual, iman datang kepadaku dan berkata: "Abg taufiq! x de duit raya untuk iman ke?" aku pun cakaplah: " mestilah ade, nak berapa? "..ingatkan budak2, x retilah bab not2 duit ni, sekali dia mintak, " abg bagilah sepuluh ringgit "..maka dengan bersaksikan nenekku yg berada di sebelah, aku pun bagilah kat iman...ish3x...pengajaran yg pertama: Jangan ingat budak 5 tahun x tau not2 duit ni...camtulah ceritanya...dahsyatkan budak2 zaman sekarang ni..dalam Kerajaan kita sekarang berlumba-lumba hendak mengejar kemajuan, Kerajaan sepatutnya memikirkan cara yg sesuai dan lebih efisyen dalam hendak memastikan kemajuan negara seiring dengan kemajuan rohani dan tarbiyyah anak2 bangsa kita. Jangan lah kita sibuk hendak memajukan negara hingga kita alpa dan leka bahawa permata kita yg paling berharga sekali iaitu anak2 muda diketepikan dan dibiarkan tanpa pemantauan semua pihak.

Akhir kalam, di kesempatan ni sy nak ucapkan selamat maju jaya dan selamat menjawab final exam yg bermula 9/10 -18/10 tahun 2008 untuk semester ni kepada sahabat seperjuangan yg berada di Pusat Asasi UIAM, kampus nilai. Buat sahabat2 Jemaah, teruskan perjuangan ntum sekalian dan marilah kita terus sama-sama istiqomah dalam melayari perjuangan menegakkan kalimah " LAILAHAILLAH " di muka bumi UIAM Nilai ni....sekian, Assalamualaikum.

0 comments: