Monday, June 15, 2009

Khalifah Camp di Bumi Pasoh-Jelebu!

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg dimuliakan,

Pertamanya, lafaz kesyukuran kpd Allah, Rabbul Jalil kita semua panjatkan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi'in dan seterusnya tabi' tabi'in..

InsyaAllah, di kesempatan ini, dgn berbekalkan sedikit ilmu yg Allah berikan, dgn sedikit keupayaan untuk menaip, untuk melihat, dan mentafsir yg Allah berikan, ingin sy teruskan agenda diri, agenda pencerahan anak muda yg ingin melihat jiwa-jiwa muda di sekitar dan dari kejauhan terus di basahi dgn Nur ImanMu Ya Allah..terus di hujani dgn agenda da'wahMu Ya Allah..



Alhamdulillah, pada 9-11 Jun yg lepas bertempat di Masjid Ubudiah, Felda Pasoh 1, telah berlangsungnya satu program yg di namakan Khalifah Camp anjuran Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah (SMATT) dan Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS)..alhamdulillah, seramai 94 peserta yg berumur lingkungan 9-15 tahun telah selamat menyertai program..

Perjalanan yg memenatkan dan menjerihkan dari Seremban ke Pasoh-Jelebu tidak pernah melunturkan semangat 3 Urusetia Program dan 17 org Fasilitator..jarak yg hampir sejauh 80 KM memang luar biasa..walaupun tetap di dalam Negeri Sembilan, tapi perjalanan utk sampai ke Pasoh memang jauh..terletak di Ulu Negeri Sembilan..

Sewaktu tiba di Masjid Ubudiah, hati sy betul-betul tersentuh apabila melihat 2 org peserta muslimat yg berumur 9 tahun datang kpd kami dan berkata " Ustaz! Bila start pendaftaran? sy x sabar2 ni? " ..MasyaAllah, sy kagum melihat semangat adik tersebut..Kami ketika itu, cuma 5 org sahaja..Rancangan asalnya sebenarnya kami 20 org urusetia dan fasi akan tiba bersama-sama, tetapi hanya 5 org yg sampai dahulu..yg lain terkandas di tengah jalan kerana bateri kereta lemah dan enjin x dapat nak di hidupkan..Benarlah, ' wamakaru wamakarullah, wallahu khairul makirin , perancangan kita perancangan Allah, Allah lah sebaik-baik perancang '. Tinggallah kami berlima meneruskan urusan pendaftaran adik-adik..apa yg menyebabkan sy tersentuh buat kali yg keduanya, sy terdengar pesanan dari seorang ibu kpd salah seorang dari peserta tersebut dan berkata ' nak, belajar rajin2 ye. Jgn susahkan ust dan ustazah ye. '..




Tema program ialah 'KHALIFAH'! Penerapan kuliah dan bengkel2 berunsurkan Khalifah dan kepimpinan merupakan batu asas dalam memastikan jiwa-jiwa muda di sana terus sedar dan cakna tentang pentingnya seorang Khalifah di muka bumi Allah..Allah meletakkan bahawa tujuan manusia di ciptakan oleh Allah di muka bumi Allah ini adalah yg pertamanya untuk menjadi Khalifah, pentadbir yg mentadbir bumi, menjadi hamba Allah yg sepatutnya menyembah Allh dan melaksanakan apa yg di suruh dan meninggalkan apa yg di larang..

Antara aktiviti yg di jalankan ialah amali solat, motivasi, permainan, latihan dalam kumpulan, malam aman palestin, kembara malam, dan sebagainya. Alhamdulillah, semua aktiviti yg di rancang berjalan dgn lancar dan baik..Peserta lelaki dan urusetia serta fasilitator lelaki ditempatkan di Masjid dan peserta perempuan, urusetia dan fasilitator perempuan masing-masing di tempatkan di rumah angkat berhampiran masjid. Ternyata hubungan uhkwah antara peserta, fasi dan keluarga angkat sangat erat dan utuh berikutan mereka semua tinggal sebumbung..











Alhamdulillah, pada hari yg terakhir, kami telah mengadakan sedikit sesi meditasi muhasabah kpd adik2 di sana. Rata-rata mempunyai masalah dalaman yg tersendiri..ada jugak yg mempunyai masalah sosial yg agak kritikal..justeru, pada sesi meditasi muhasabah tersebut, kami banyak menekankan tentang aspek Islam yg sebenar dalam diri mereka..pengorbanan ibu dan ayah dalam membesarkan mereka..peringatan tentang hari kematian dan hari akhirat..akhirnya, hati yg ego dan tinggi dapat di lembutkan dgn alunan zikrullah..Subhanallah..Kelihatan ramai yg mengalirkan air mata kekesalan apabila di peringatkan tentang ibu dan ayah..pengorbanan ibu melahirkan dan membesarkan mereka menyebabkan hati mereka mudah tersentuh..Maha Suci Allah..Benarlah, 'ala bizikrillahi tatma'innal qulub'..dgn mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang..titisan permata membasahi pipi dan wajah..Ketikak inilah, para fasilitator memainkan peranan yg sangat penting..menenangkan adik-adik dengan memberikan sentuhan kasih sayang sebagai seorang kakak kpd adik, sebagai seorang abg kpd adik..indahnya pertemuan dan ukhwah ini Ya Allah!





Menjadi fasilitator bukanlah suatu tanggungjawab untuk di megah-megah dan nampak hebat. Ianya merupakan tugas yg berat dan pastinya akan di soal oleh Allah di akhirat kelak. Tugas membimbing dan mendidik adik-adik seharusnya di jalankan dgn hati yg ikhlas dan bersih..Hanya mereka yg mempunyai hati yg bersih dan subur dapat menghidupkan hati-hati yg lain..Ianya bukan setakat kita semua mentarbiyah adik-adik, tapi dalam masa yg sama juga, ianya mentarbiyah diri kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi..Moga-moga, usaha yg kami lakukan ini sedikit sebanyak dapat menjadi jawapan kpd pesoalan Allah di akhirat kelak..Kalau bukan kita yg inginkan suatu transformasi dalam diri mereka siapa lagi? adakah kita hanya perlu menunggu org lain melakukannya? Ingatlah, Allah menjadikan kita semua serba kekurangan, tidak ada yg sempurna..Justeru, janganlah asyik dgn perkataan ' aku tidak layak, aku tidak layak untuk mentarbiyah org lain ' . Kalau kita semua mahu tunggu kita layak, sehingga bila? sehingga kita semua dah dapat segulung degree dan master? Ketika itu baru kita semua ingin menyumbangkan bakti kpd mereka? Jikalau ketika itu baru kita sedar, pasti ianya sudah terlambat..adik-adik kita sudah pasti hanyut di telan budaya hedonisme yg melampau..Sekadar perkongsian bersama.

Ahmad Taufiq Redzuan
Pengurus Akaun/Fasilitator
Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS)
www.altis-academy.blogspot.com

Sunday, June 7, 2009

Forum Intelektual Mahasiswa


Marilah kita sama-sama memeriahkan forum tersebut. Islam Memimpin Perubahan..Semua dijemput hadir!

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:

Ahmad Taufiq Redzuan
www.soutul-haqqani.blogspot.com

Muhammad Hafizan B. Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com