Friday, May 22, 2009

Jejak Kasih Bani Abbasiyyah- SIRI 2

Assalamualaikum kpd sahabat-sahabat yg di muliakan?

Alhamdulillah, pertamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah, pencipta sekalian alam yg sentiasa memberikan rahmatnya kpd kita semua sebagai hambanya, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para syuhada’, para sahabat-sahabat, tabi’in, dan juga para tabi’ tabi’in..

InsyaAllah, pada post kali ini yg bertajuk ‘ Jejak Kasih Bani Abbasiyyah ’ akan menyelongkar dan menyelusuri sejarah dan serba sedikit maklumat berkaitan dgn Kerajaan Islam Abbasiyyah yg agung pada ketika dahulu..insyaAllah..

Kerajaan Bani Abbasiyyah ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad yg merupakan empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Islam Bani Umayyah. Kerajaan Islam Bani Abbasiyyah telah merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummayyah dalam medan peperangan. Kerajaan Bani Abbasiyyah ini telah berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.



Kawasan taklukan dan pemerintahan semasa Kerajaan Islam Bani Abbasiyyah

Di dalam sejarah Islam juga ada mengatakan bahawa yg keturunan Abbasiyyah ini datangnya dari Saidina Abbas b. Abdul Muthalib yg merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, mereka merasakan bahawa mereka layak untuk menjadi khalifah kerajaan Islam memandangkan mereka adalah daripada salasilah keturunan Nabi.
Kerajaan Abbasiyyah amat bergantung kepada sokongan orang Parsi dalam usaha mereka menjatuhkan Kerajaan Bani Umayyah. Pengganti Khalifah Abu al-Abbas, Al-Mansur, memindahkan pusat pemerintahan mereka daripada Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran dgn ibu negara Parsi lama, malah mereka juga menggunakan kembali batu-batu dari binaan Parsi bagi membina bangunan di pusat pentadbiran baru mereka. Apabila kuasa Bani Bani Abbasiyyah mulai merosot pada pertengahan abad ke sepuluh, terdapat tempoh perpecahan yang berlarutan. Punca utama kelemahan Bani Bani Abbasiyyah adalah kemerosotan asas ekonomi utama mereka, kekayaan dari perladangan di lembah Tigris-Euphrates.


Wilayah pemerintahan semasa zaman Khalifah Harun Al-Rasyid


Selain itu kerajaan Abbasiyyah turut menghadapi cabaran di dalam dan luar negara. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Abbasiyyah memutuskan untuk mencipta sebuah unit angkatan tentera yang setia kepadanya yang kebanyakan datang daripada hamba berbangsa Turki yang dikenali sebagai Mamluk. Pasukan ini yang dicipta sewaktu zaman Khalifah Al-Ma'mun dan zaman pemerintahan Khalifah berikutnya iaitu Khalifah Al-Mu'tasim Pasukan tentera ini berjaya menghalang empayar Islam ini daripada terus diancam.


Antara sumbangan Kerajaan Islam Bani Abbasiyyah ialah :

Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.

Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti

terjemahan bahasa asing ke bahasa arab. Bahasa asing spt: Yunani,

Sanskrit, Suriani .

Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun Harun al rashid.

Kegiatan utama:

Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani.

Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan

hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik

( Al- Muwatta ), Ibn Ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah ( Fikah

dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, dan

Imam Ahmad Hanbal.

Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.


Syiling semasa zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid


Kelebihan terjemahan:

Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya.Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan.

Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.

Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.

Kesan perkembangan ilmu:

Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.

Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.

Keterbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.

Cendekiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.

Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.

Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat sehinggalah ke abad ke dua belas, apabila negara barat maju kehadapan dengan sebahagiannya dari apa yang dipelajari mereka daripada Islam. Dalam bidang ekonomi, barat menyerap pengetahuan dalam bidang pengaliran, penanaman tanaman baru, penghasilan kertas, penyulingan. Tahap pengaruh Islam kepada ekonomi barat dapat dilihat dalam sejumlah besar perkataan Inggeris yang berasal daripada Arab atau Persia. Antara lain adalah traffic, tariff, magazine, alcohol, muslin, orange, lemon, alfalfa, saffron, sugar, syrup, dan musk. Dalam bidang sains pula perkataan seperti algebra, cipher, zero, nadir, amalgam, alembic, alchemy, alkali, soda, dan almanac.


Istana Kerajaan Islam Bani Abbasiyyah

Pada saat-saat kejatuhan Kerajaan Islam Bani Umayyah, Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad pada 10 Februari 1258, menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak. Al-Musta'sim, pemerintah terakhir Abbasiyyah kemudiannya dihukum bunuh pada 20 Februari 1258. Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai musnah akibat serangan Mongol ini. Adalah dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol. Sekadar perkongsian bersama..







Friday, May 15, 2009

Hari-hari untuk guruku


Assalamualaikum kpd sahabat-sahabat yg di muliakan,


Innal hamdulillah, marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Al-Khaliq, pencipta yg telah menciptakan kita semua sebagai hambanya, yg sentiasa melimpakan rahmat, rezeki dan inayahnya kpd kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, dan para sahabat, tabi’in, dan juga tabi’ tabi’in, alhamdulillah.


Alhamdulillah, di kesempatan ini, Allah masih memberikan sy ruang utk menulis, menginterprestasikan apa yg sy rasa, dan utk meluahkan hasrat di hati dgn harapan ianya boleh menjadi panduan dan dorongan utk kita semua menempuh kehidupan di muka bumi Allah ini, insyaAllah.


Dalam beberapa jam lagi, tanggal 16 Mei akan menjelang dan secara simboliknya di Malaysia, tanggal 16 Mei ini merupakan saat atau hari yg di tunggu-tunggu oleh semua guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, pensyarah-pensyarah, dan tidak lupa juga murid-murid, pelajar-pelajar, mahasiswa dan juga mahasiswi untuk menyambut sambutan Hari Guru Malaysia..


Di kesempatan yg ada ini, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih/ syukran jazilan/ toce / nandre / arigato gozaimasu / tesyekur edirem / kpd semua guru-guru, ustaz-ustazah, pensyarah-pensyarah yg selama ini telah mendidik sy, memberikan tunjuk ajar dan yg paling penting sekali telah mencurahkan ilmu kpd sy sehingga sy menjadi seperti yg sekarang.


Selamat Hari Guru khususnya di ucapkan kpd semua guru, ustaz, ustazah, pensyarah, yg telah mengajar sy di :




PASTI Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim







SK Jalan Semenyih 2, Kajang, Selangor Darul Ehsan





SK Angkatan Tentera, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim





SK Ulu Tiram, Ulu Tiram, Johor Darul Ta'zim





SK King George V, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus




SMK Dato' Haji Mohd Redza, Sikamat, Negeri Sembilan Darul Khusus





SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus





Pusat Asasi UIAM, Kampus Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan





Pusat Asasi UIAM, Kampus Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus


BAIT-BAIT INI KU DEDIKASIKAN KHUSUS UNTUK SEMUA PENDIDIK DI MALAYSIA


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Selamat Hari Guru juga di ucapkan kpd semua guru-guru di Malaysia. Semoga Allah memberkati kamu semua dan melimpahkan rahmat dan rezeki yg mencurah-curah kpd kamu semua..



.: Selamat Hari Guru :.

Dari anak muridmu : Ahmad Taufiq B. Redzuan

Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Heritage

International Islamic University of Malaysia

Thursday, May 14, 2009

Jejak Kasih Bani Umayyah- Siri I

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg di muliakan,

Pertama-tamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah, tuhan yg telah menciptakan langit, bumi, dan alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, para sahabat2 nabi, khulafa’ ar-rasyidin, para tabi’in dan tabi’ tabi’in..alhamdulilah..


Masjid Umayyah antara seni bina agung Kerajaan Umayyah yg di dalamnya terdapat Makam Nabi Yahya A.S

Alhamdulillah, pada petang yg damai ini, Allah masih memberikan kesempatan kpd sy untuk menukilkan sesuatu di dalam blog ni..InsyaAllah, pada post kali ini, suka sy utk berkongsi dgn sahabat-sahabat semua berkenaan dgn Kerajaan Islam yg Pertama selepas era pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin iaitu Kerajaan Islam Bani Umayyah..

Kerajaan Islam Bani Umayyah telah di asaskan oleh Muawiyah B. Abu Suffian. Sebelumnya, selepas kewafatan Khalifah Islam Saidina Ali, anak baginda, Saidina Hassan B. Ali telah menjadi khalifah terlebih dahulu, namun baginda telah membuat keputusan untuk memberi jawatan khalifah kepada Muawiyah B. Abu Suffian sebagai khalifah seluruh empayar Islam atas harapan Muawiyah dapat mengembalikan keamanan dan menyatukan perpecahan yg telah terjadi di kalangan umat Islam pada masa itu..Hal ini telah menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Islam Bani Umayyah dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan dari Madinah ke Damsyik.


Halaman Masjid Umayyah di Damsyik menjadikannya salah satu simbol kekuatan Kerajaan Bani Umayyah

Era pemerintahan Kerajaan Islam Bani Umayyah adalah di antara 661M sehingga 750M yg berpusat di Damsyik. Pemerintahan ini merupakan pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah tahap pertama dan masih menggunakan gelaran Khalifah. Pada tahun 750M telah menyaksikan kejatuhan yg amat tragik sekali bagi Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Umayyah telah di tewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam peperangan pada tahun 750M. Hal ini menyebabkan beribu-ribu ahli keluarga dari Bani Umayyah telah di bunuh oleh tentera Abbasiyyah. Pada ketika itu, seorang waris dari Bani Umayyah iaitu Abd Rahman I telah mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Islam Bani Umayyah Andalusia di sana. Pemerintahan di Andalusia merupakan pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah Andalusia tahap yg kedua selepas era di Damsyik. Andalusia di jadikan sebagai ibu kota dan bertahan dari tahun 756M sehingga 1031M. Gelaran yg telah di gunakan sebagai ketua negara ialah Amir..


Empayar di bawah kekuasaan Kerajaan Bani Umayyah


Semasa era pemerintahan Kerajaan Islam Bani Umayyah di Damsyik, banyak sumbangan-sumbangan telah di berikan kpd dunia Islam sendiri iaitu dari segi aspek politik dan sosial.

Antara sumbangan bagi aspek politik ialah :

1. Sistem khalifah- pelantikan khalifah sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW.

2. Sistem Wazarah- pelantikan wazir utk mengetuai sistem pentadbiran di
bahagian kerajaan pusat, dan gabenor di lantik bagi mengetuai pentadbiran wilayah.

3. Sistem Urus Setia- beberapa pegawai di lantik bagi mengumpul rekod, mengurus
surat; bahagian yg di wujudkan- Surat menyurat, cukai,ketenteraan, polis, dan kehakiman.

4. Sistem Hijabah- seorang pegawai di lantik bagi menjaga keselamatan khalifah.

5. Satu sistem politik yg sistematik dan jelas.

6. 4 sistem utama di atas telah di kukuhkan dgn penubuhan Jabatan Surat Menyurat,
Jabatan Urusan Am, Jabatan Cap Mohor Pemerintahan

7. Tahap pertama sistem ketenteraan di perkemaskan- Jabatan Ketenteraan, di
ikuti dgn penubuhan tentera laut dan darat.


Suasana perkampungan di Cordova, Sepanyol


Antara sumbangan bagi aspek sosial ialah :

1. Kota Basrah sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Lahir ilmuan
seperti :

- Khalili B. Ahmad - pakar bahasa dan fisiologi arab.

- Sibawayhi - pakar ahli nahu(tatabahasa) arab.

- Sasterawan - Al Farazdaq, Jarir, Umar B. Abi Rabiah, Jamil Al-Uzri.

- Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara.


2. Perkembangan ilmu agama terutama dalam era Umar Abdul Aziz. Lahir tokoh

agama seperti:

- Urwah B. Al- Zubayr - Hadis

- Zihat Al- Zuhri - Hadis

- Ibn Jarih - Tafsir

- Hasan Al- Basri - Usuluddin

- Wasil B. Ata - Usuluddin



3. Taraf kesihatan meningkat- pembinaan hospital di Damsyik oleh Al-Walid B.
Abd Malik. Hospital Kusta oleh Umar Abd Aziz.

- Buku di terjemahkan ke dalam bahasa arab.

- Ibn Al-Nafis- pakar bedah menghasilkan al Shamsil fi Sinaah al Tabibiyah ( Kajian
Umum Profesion Kedoktoran )- membincangkan teknik pembedahan dan rawatan
selepas pembedahan.

- Ilmu dalam bidang kimia dan astronomi berkembang.

4. Sistem perundangan :

- Hakim mengenakan hukum berdasarkan ijtihad berpandukan Al-Quran,
hadis dan Ijmak

- Hakim tidak boleh mempengaruhi.

Sumbangan Kerajaan Islam Bani Umayyah Andalusia :

1. Pendidikan :

- Pusat Pengajian Tinggi di Cordova. Diasaskan oleh Abd Rahman III. Menjadi pusat ilmu
pengetahuan di eropah.

- Perpustakaan di bina- Al Hakam II

- 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia.

- Pusat Ilmu- Seville, Toledo, dan Granada

2. Pusat terjemahan :

- Terjemahan karya yunani ke bahasa arab di Toledo.

- Cordova sebagai pusat kegemilangan ilmu- jambatan dunia islam dan eropah.

3. Seni Bina :

- Marmar Cordova 36 meter, kubah berasaskan kayu berukir, tiang marmar 1293, 4700
lampu dan menggunakan 11 tan minyak setahun.





























Suasana di dalam Istana Al-Hambra




















































Ukiran-ukiran dan marmar yg terdapat di Istana Al-Hamra


4. Baitulmal :

- Sistem kewangan- mengimbang pendapatan dan perbelanjaan.

- Sumber pendapatan berdasarkan Kharaj- Cukai tanah, Jizyah- Cukai perlindungan,
Usyur- Cukai satu persepuluh drpd hasil pertanian, Ghanimah- rampasan perang.

- Cordova sebagai pusat ekonomi, dan perdagangan antarabangsa.

Selepas beberapa kurun memerintah Khilafah Islam, berlakunya penentangan dari dalam dan luar negara terhadap Kerajaan Bani Umayyah Andalusia. Orang Islam bukan arab seperti Barbar dan Parsi merasakan bahawa mereka tidak di berikan jawatan dan merasa di diskriminasikan. Mereka juga merasakan mereka di kenakan cukai yg tinggi oleh org arab Islam. Mereka juga mengatakan bahawa khalifah telah melupakan dan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan agama Islam. Pemilihan Khalifah secara warisan juga di tentang hebat oleh sebilangan besar org Islam seperti Syiah dan Khawarij..Lama-kelamaan luka kecil yg telah di pendam sejak sekian lama telah menjadi barah dan menyebabkan mereka mengisytiharkan peperangan dgn Kerajaan Bani Umayyah dan akhirnya Kerajaan Bani Umayyah tumbang dan wujudlah Kerajaan Islam yg kedua iaitu Kerajaan Bani Abbasiyah..Sekadar perkongsian bersama..