Thursday, March 26, 2009

Siapa yg harus di persalahkan?

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg di muliakan, Kaifa halukum jami’an? Moga-moga kita semua sentiasa di berikan rahmat dan petunjuk oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala..

Pertamanya marilah kita semua merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah kerana kita semua masih di berikan peluang oleh Allah untuk hidup di atas muka bumi ni dan masih lagi di berikan Allah nikmat2 yg berharga iaitu nikmat Iman dan Islam.


Asif jiddan kerana sudah lama tidak meng’update’ blog. Mungkin disebabkan kekangan masa dan kekangan internet sendiri..dan alhamdulillah, pada pagi jumaat yg mulia ni, Allah memberi kesempatan pada diri sy untuk menukilkan sesuatu di dalam blog ni..InsyaAllah..

Kebelakangan ini, kita sering mendengar pelbagai berita mengenai tragedi yang berlaku di seluruh dunia. Ini termasuklah pembunuhan yang berpunca daripada perasaan tamak serta dengki khianat sesama manusia itu sendiri. Selain daripada itu, bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, peperangan serta banyak lagi tragedi lain semakin kerap melanda sebahagian besar muka bumi yang kita diami.


Kesan daripada bencana itu, berlakulah kehilangan ribuan nyawa manusia, ternakan dan juga kerugian harta benda yang tidak ternilai. Dalam pada itu, ada juga tempat-tempat yang jarang atau tidak pernah kita dengar berlaku gempa bumi, kini dilaporkan mengalami kejadian itu.

Begitu juga dengan peperangan, hampir setiap hari beribu-ribu manusia terkorban kerana bencana buatan manusia sendiri. Daripada peristiwa itu, dapat kita melihat bagaimana manusia dan alam kini semakin kalut dengan pelbagai kemelut. Bagaimanapun, qada' dan qadar Allah ternyata berlaku terhadap manusia berasaskan perbuatan mereka sendiri.

Apabila datang bencana, ia adalah balasan yang setimpal daripada Allah kepada segelintir hamba-Nya yang tidak pernah mahu menginsafi perbuatan masing-masing dengan meneruskan penderhakaan terhadap Allah. Kalau kita semua renung secara mendalam, kita akan dapati bahawa segala malapetaka yang berlaku sekarang membuktikan keagungan Allah terhadap hamba-Nya. Kemarau dan banjir umpamanya menakutkan manusia di serata dunia. Ini kerana ia boleh berlaku di mana saja tanpa mengira keadaan iklim atau fizikal sesuatu tempat itu lagi hingga ia kadangkala turut mengelirukan pihak yang terbabit untuk membuat kajian saintifik mengenai bencana tersebut.

Dalam hubungan itu, masing-masing lupa bahawa bencana itu adalah ketetapan Allah lantaran kedurjanaan yang dilakukan oleh kelompok manusia tertentu. Kini, maksiat berlaku di merata tempat dan manusia kian gila dengan kehidupan sosial tanpa batasan.
Kalau kita kaji secara mendalam, bencana seperti kemarau yang begitu teruk sebenarnya adalah bala Allah terhadap manusia yang enggan mensyukuri nikmat Allah. Rezeki dan kurniaan Allah terhadap mereka banyak dilaburkan ke jalan maksiat dan sia-sia.



Apabila diuji oleh Allah dengan kepapaan dan kemiskinan, mereka begitu mudah berputus asa dan mula menderhakai Allah dengan melakukan alternatif yang tidak direstui Islam.
Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu."

(Surah As-Syura: ayat 30)

Sebagai umat Islam yang meyakini keesaan dan keadilan Allah, maka adalah perlu bagi kita semua untuk merenungi dan meneliti setiap kejadian ngeri, termasuk pelbagai musibah yang berlaku dengan penuh keinsafan.Insaf kerana segala apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah dan insaf untuk beringat-ingat bahawa bencana yang terjadi akan menimpa sesiapa jua nanti, andainya mereka melakukan penderhakaan terhadap Allah.

Dalam hal ini, setiap kita perlu merenung ke dalam diri kita dengan serius, mengkaji setiap tingkah laku dan tindakan yang kita ambil sekian lama, apakah semuanya menepati kehendak masyarakat keseluruhannya atau menyeleweng daripada landasan kebenaran dan keredaan Allah.Apabila Allah sendiri berjanji seperti di dalam firman-Nya itu, maka tidak mustahil setiap bencana yang berlaku adalah balasan di atas sikap dan perlakuan manusia itu sendiri.



Dalam pada itu, jika ada kesederhanaan dalam malapetaka yang menimpa seseorang atau sesuatu umat, maka ia barangkali menjadi satu ingatan dan pesanan daripada Allah agar mereka yang terbabit segera insaf dan kembali kepada kebenaran.
Allah berfirman yang bermaksud:

"Wahai kaum-Ku, mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa."

(Surah Hud: ayat 52)

Keengganan menunaikan beberapa tuntutan Islam seperti mengeluarkan zakat juga mempunyai hubungan dengan bencana, antaranya kemungkinan berlaku kemarau panjang seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan selama-lamanya."

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana" iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.


4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.


5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.


6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.


15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.



Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, sama-samalah kita kembali kepada tatacara hidup seperti yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat. Sekadar Perkongsian bersama..

Monday, March 2, 2009

Gapo dio Fikrah Islam tu?


Assalamualaikum sahabat2 yg dirahmati olah Allah,

Kaifa halukum jami’an? Mudah-mudahan sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah..Alhamdulillah, final exam yg sy tempuhi selama seminggu telah pun berakhir. Hari-hari untuk sy berada di Pusat Asasi UIAM,Kampus Nilai telah tiba hingga ke penghujungnya. Rasa berat pulak di hati nak meninggalkan tempat ni, medan tarbiyah yg banyak telah mengajar erti kehidupan, dgn suasananya yg mencabar dan menguji keimanan kita semua…kesempatan yg ada membuatkan sy mencuri sedikit masa untuk menulis sesuatu..akal mencari idea. Alhamdulillah, teringat akan persoalan yg dikemukakan oleh anak usrah..InsyaAllah, abg cuba yg terbaik untuk menjawab persoalan nta. Subjeknya mengenai FIKRAH ISLAM dan PERLUNYA BERJEMAAH

Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah,yang lengkap yang sempurna, syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin.

Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taa'la telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam FirmanNya :

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah." (Al-an'am-116)

Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian darinya dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah, dan kita bukannya pencipta Deen . Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat .

Nilai kita ialah nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam.

Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul. Kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) di dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan ideology-ideologi yg lain.

Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah, mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa, bentuk dan taktik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:

"Barangsiapa mengenal / mempelajari bahasa sesebuah kaum maka mereka terselamat dari tipu daya mereka".

Kita juga mesti mengenal realiti semasa agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal. Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu, oleh itu kita perlu berjama'ah. Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang serupa. Tetapi dengan harakah lah kita mampu mengatasinya.

Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti. Demi pembangunan, demi kemajuan dan Malam 'Amal. Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat.

Kita juga mesti mempunyai al-wa’yu al-Islamiyy (kesedaran Islam). Ianya bukan sama dengan ilmu Islam. Dalam usaha memperolehi 'kesedaran Islam' perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih dalam usaha. Kita kena ade kesedaran nak kaji agama kita dan harakah tu sendiri. Seorang yang mempunyai 'kesedaran Islam' akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam.


Untuk itu kita perlu kepada didikan atau 'tarbiyyah'. 'Tarbiyyah' lah yang boleh melahirkan syakhsiyyah atau keperibadian muslim sejati.

Seorang mujahid Islam, Al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan pembentukan sahsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Umpamanya dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima', ceramah, kem2 dan sebagainya.

Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah Islam pun dari pemikirannya. Siapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng. Ingatlah bahawa fikrah yang kita bawa adalah deen yg ditanzilkan oleh Allah S.W.T. Addeen yang dimaksudkan di sini bukanlah Addeen yang diterjemahkan kepada agama, sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang.

Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith dan juga dari ulama' dan mujahid Islam yang mu'tabar. Seterusnya Allah berfirman :

Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman atau tidak, sebagaimana firmannya :

Ertinya : "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; (Al-Kahfi : 29)

Kita hendaklah berpandangan jauh sehingga hari qiamat. Oleh kerana kita tidak tahu di manakah tempat kita samada di syurga atau pun neraka. Ketidaktahuan ini jua hendaklah kita punya sifat takut dan harap.Takut ialah bagi yang mengenalinya dan bagi mereka yang melaksanakannya.

Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga kita perlu 'kesedaran Islam yang jelas' dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam . Dalam konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.

Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman/tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam, dengan patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam. Ertinya di mana sahaja kita berada, kita membawa Islam. Di rumah ke, sekolah ke,university ke, ataupun di mana-mana saja, kita mesti bawa fikrah islam..Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam .... Islam menjadi darah daging bagi kita.

Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki jahiliyyah. Hendaklah Islam itu menjadi pendorong kita dalam melakukan gerak kerja samada membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang.

"Proses tarbiyyah imaniyyah adalah begitu penting dan amat penting bagi membentuk insan mu'min"


Perlunya berjama’ah

Untuk menjamin kita Iltizam dengan Islam sepenuhnya,kita perlulah bersama-sama dalam jamaah. Jamaah yang benar-benar ingin melaksanakan Islam secara syumuliyyah, bukan separuh-separuh. Rasulullah SAW berpesan kepada Abu Huzaifah yang bermaksud:

“Hendaklahkamu berada bersama-sama jamaah Islam dan kepimpinan mereka.”


Ibn mas’ud menjelaskan tentang jamaah, katanya,“Hendaklah kamu berada di atas kebenaran walaupun kamu berada seorang diri.”

Rasulullah SAW memperingatkan kita dalam sabdanya,bermaksud:

“Sesiapa yang keluar daripada garis Islam maka ganjillah ia di dalam neraka.”

Hadith ini membawa erti bahawa Islam itu sentiasa bersama-sama jamaah dan imam mereka. Tanpa jamaah tiadalah Islam yang benar-benar syumul, yg benar-benar nak bawak islam. Oleh itu kita ingin berada dalam kumpulan-kumpulan yang benar-benar mengambil ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Mughirah Bin Syu’bah pernah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sentiasa akan ada satu kelompok (thaifah)di kalangan umatku ini yang sentiasa lahir membawa kebenaran sehingga datang perintah Allah SWT iaitu Hari Qiamat. Kumpulan ini akan ada bila-bila masa sehingga Allah SWT memusnahkan alam ini.”

Kumpulan ini tetap ada. Kita perlu mencari untuk menyertainya. Apabila kita bersama-sama kumpulan ini, berulah kita dapat melaksanakan Islam secara syumuliyyah. Firman Allah SWT:

“Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kepada mereka kitab, hikmah dan kenabian. Jika orang-orang (Quraisy)itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang sesekali tidak mengingkarinya.”

Surah al-An’am: ayat 89

“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah, maka ikutilah mereka. Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan da’wah ini. Al Quran itu tidak lain hanyalahperingatan untuk seluruh alam.”

Surah al-An’am: ayat 90

Perlunya bagi kita untuk menyertai kumpulan yang ingin menyambung risalah Islam ini. Sekiranya da’wah ditolak di suatu tempat maka di tempat lain da’wah itu pasti diterima. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik. Baginda ditolak di Makkah tetapi diterima di Madinah. Rasulullah SAW telah menunjukkanbahawa inilah jalan yang perlu kita semua pegang dan intima’. Kita akan menurutinya tanpa banyak persoalan dan bicara. Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT. Kita perlulah yakin dengan penuh terhadap baginda.

Jamaah yang menjaga, iltizam dengan Islam itulah yang perlu kita berada di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW yangbermaksud:

“Umat Nasrani akan berpecah kepada 71 puak,umat Yahudi akan berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada73 puak. Hanya satu puak sahaja yang akan selamat.” Tanya para sahabat,“Puak yang manakah yang akan berjaya Ya Rasulullah?” Baginda menjawab,“Kumpulan yang mana aku dan sahabat-sahabatku berada di atasnya.”

Hadith ini menjelaskan kpd kita bahawa kumpulan yang berjaya ialah kumpulan yang benar-benar mengikut Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kumpulan yang lain tidak akan berjaya. Kejayaan yg sebenar hanya ditentukan oleh Allah SWT. Manusia hanya berkewajipan berusaha dan Allah lah yang menentukan natijah, bukan kita.


Kita hanya berusaha dan bertawakkal

Generasi Al Qur’an pertama, iaitu para sahabat RA, ada antara mereka yang belum sempat melihat natijah Islam tetapi telah sanggup disiksa dan dibunuh. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan Islam dan mewujudkan masyarakat yang menepati kehendak Allah SWT. Mereka bersabar dalam melaksanakan tuntutan aqidah. Apabila keluarga Yasir telah disiksa, maka Rasulullah SAW yang melalui tempat dia disiksa berkata,“Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kembali kamu adalah Jannah.”

Yang paling baik bagi kita ialah terus berusaha,bekerja, berdoa dan berkorban untuk mengajak masyarakat kembali kepada Islam. suka kpd islam, cinta kpd islam. Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita digolongkan di dalam Kafilah Da’waha tau Kafilah Mujahidin. Sekiranya kita tidak mahu melakukan kerja-kerja ini maka bermakna kita menolak kurniaan Allah SWT. Balasan yang baik hanyalah ketentuanNya..Sekadar perkongsian bersama.