Sunday, January 25, 2009

Rehlah Ilmiyyah ke Institut Terjemahan Negara Malaysia

Alhamdulillah, selama-lamanya marilah kita mengucapkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas segala nikmat2 yg diberikanNya kpd kita dan seharusnya bg kita semua untuk mensyukuri segala nikmat2 Nya dgn melakukan sagala apa yg disuruhNya dan meninggalkan seluruh yg di larangNya..InsyaAllah..

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yg lepas bersamaan dgn 23/1/2009, Persatuan Pelajar Jurusan Bahasa Arab, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai telah selamat mengadakan satu Rehlah Ilmiyyah ke Institut Terjemahan Negara Malaysia. Rehlah ini merupakan acara semester yg wajib dilakukan dan di pertanggungjawabkan kpd adik2 tahun pertama jurusan bahasa arab di sini. Antara objektif rehlah ini di adakan adalah untuk membuka mata pelajar bahasa arab semua tentang kepentingan bahasa arab di Malaysia umumnya dan untuk memberitahu tentang peluang pekerjaan bagi pelajar-pelajar jurusan bahasa arab khasnya.

























Belajar Bahasa Arab- Jadi Ustaz/ustazah je lah..


Persepsi masyarakat dan massa biasanya memandang rendah bagi golongan-golongan yg belajar jurusan agama di IPTA ataupun IPTS tidak kiralah jurusan bahasa arab, ilmu wahyu, usuluddin, syariah, quran sunnah dan sebagainya. Bagi mereka semua, jurusan ini bukanlah jurusan yg professional dan bergaya seperti jurusan engineering, medic, architecture, law, accounting dan sebagainya. Bagi mereka (masyarakat), golongan-golongan pelajar yg belajar jurusan agama merupakan golongan kelas kedua berbanding mereka yg belajar jurusan yg professional. Bagi mereka juga, untuk melahirkan teknokrat-teknokrat yg professional dan berdaya saing dan mampu untuk mentadbir negara mestilah mereka yg mempunyai latar belakang professional dan belajar jurusan seperti engineering , medic, architecture, law dan accounting.
Mengapakah tanggapan dan persepsi masyarakat ini berlaku? Bagi penulis, semua ini berlaku di atas pemikiran yg sempit dan tidak meluas seseorang itu. Teringat penulis kpd satu perbualan bersama senior penulis di Universiti Teknologi Petronas 2 tahun lepas. “ erm, nta ambik jurusan apa kat uiam? “, “ an ambik bahasa arab “. “ kalau ambik bahasa arab ni nanti, kerja apa yg kita boleh apply yer? Habis2 jadi ustaz dgn ustazah kat sekolah je lah kan?, x pun ustaz KAFA “ . “ eh, x semestinya..ikutlah..bila nta belajar bahasa arab, pertamanya nta kena ubah mind set nta dulu, kita belajar bukanlah li ajlil amal, tapi li ajlillah, kerana Allah, li ibtigha’ mardhatillah..soal kerja ape, tu soal kedua..tapi bg ana, bila nta belajar bahasa arab, bukan setakat jadi ustaz atau ustazah jer..bidang agama dan bahasa arab ni sangat luas..nta boleh jadi penterjemah, editor bahasa arab, jurubahasa, bisnessman, hatta nak jadi akauntan pun boleh ”:..tu lah persepsi penulis yg pertama..sama seperti masyarakat-masyarakat di luar sana..





Tetapi selepas mengkaji, mendengar pandangan pensyarah-pensyarah, senior-senior, dan menghadiri lawatan ke Institut Terjemahan Negara Malaysia, sangkaan penulis meleset..dan memang benar kata2 senior penulis dan yg lain-lain. Pada zaman sekarang ni, golongan yg belajar bahasa arab bukan hanya setakat menjadi ustaz dan ustazah, malah ada yg menjadi Juruterbang Pesawat Komersial Malaysian Airline System (MAS), ada jugak yg menjadi CEO-CEO syarikat gergasi, motivator terkenal, penterjemah buku, penulis buku dan sebagainya..semua tu akan terjadi jika kita benar-benar ingin menjadi seperti apa yg kita mahukan..janganlah kita berfikir seperti kanak-kanak yg belajar di tadika, tidak semestinya kalau kita belajar agama, kita jadi golongan agama..kita sepatutnya menerapkan bahawa kita yg belajar jurusan agama ini ingin menjadi Agamawan Professional .

Apakah dia agamawan professional? Agamawan professional ialah golongan agama yg professioanal dgn bidang selain bidang agama. Seperti yg penulis katakana sebelum ini, contohnya penterjemah. Kita bukan setakat tahu bidang agama tapi mampu untuk menterjemah buku-buku dari bahasa-bahasa asing seperti bahasa arab, inggeris, perancis, jerman, mandarin ke bahasa melayu dan sebaliknya..begitu juga kalau kita menjadi juruterbang. Kita bukan setakat tahu bidang agama tapi mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk mengendalikan pesawat komersial. Begitu juga kalau kita menjadi bisnessman, bukan setakat tahu bidang-bidang agama, tetapi tahu dalam selok-belok perniagaan. Inilah yg dikatakan nilai tambah dalam diri seseorang ataupun added value.. inilah yg sepatutnya kita golongan yg belajar agama ada. Barulah kita semua tidak dipandang rendah dan dan dipandang serong oleh masyarakat. “ duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi “ dgn mereka yg mengambil jurusan professional seperti medic, engineering, law, architecture, dan accounting. Sekadar perongsian dari ana yg jahil..Wallhu Ta’ala A’lam..

Thursday, January 22, 2009

Janji Allah Pasti Tiba

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yg dimuliakan,
Alhamdulillah, bersyukur kita kpd Allah, kpd Tuhan yg telah menciptakan langit dan bumi, Tuhan yg telah menciptakan kita semua dan selalu tidak jemu2 memberi kita nikmatNya dan rahmatNya..Alhamdulillah..

Pada entri kali ni, suka untuk penulis berkongsi dgn sahabat-sahabat semua berkaitan dgn Pilihanraya Kampus yg telah diadakan di seluruh universiti di negara kita Malaysia..Untuk pengetahuan sahabat2 semua, pilihanraya di negara kita Malaysia bukan sahaja di adakan di peringkat parlimen dan daerah di dalam Malaysia, malahan juga di adakan di peringkat universiti. Tidak kiralah samada Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Uitm, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Petronas mahupun di universiti yg kita sayangi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Cara pilihanraya kampus ni ataupun cara demokrasi ni telah lama dipraktikkan oleh pihak pentadbiran universiti bagi memilih calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar Universiti yg akan mewakili pelajar-pelajar di setiap fakulti ataupun kuliyyah yg akan mereka wakili..

Kalau kita lihat pada arena politik tanah air, parti politik yg biasanya bertanding ialah UMNO, PAS, KEADILAN, DAP dan sebagainya..tetapi kalau kita perhatikan di kampus-kampus, biasanya hanya melibatkan 2 persatuan pelajar iaitu ASPIRASI (Pro-Kerajaan ) dan juga Pro- Mahasiswa. Kedua-dua persatuan pelajar inilah yg biasanya bertanding di dalam pilihanraya kampus di universiti-universiti. Pasti, pada setiap diri pelajar akan ada calon pilihan untuk dipilih jika terlibat dgn pilihanraya kampus.

Alhamdulillah, segunung tahmid diucapkan kepada calon-calon Pro-Mahasiswa yg telah memenangi pilihanraya kampus di seluruh Malaysia, khususnya bagi calon-calon Pro-Mahasiswa di Universti Islam Antarabangsa Malaysia yg telah memenangi 17 kerusi dari 24 kerusi di main campus. InsyaAllah, pada pilihanraya akan datang, kita tawan pula kerusi di kuliyyah ECONS dan KAED. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian..Alhamdulillah..TAKBIR!

Gambar-gambar adalah ihsan dari GAMIS.DAILY:










Petikan Berita Terbaru dari Gamis.Daily:

PRK UIAM : Kekuatan Calon Faktor Kemenangan
Ditulis oleh Muhamad Syaari bin Ab Rahman
Jumaat, 23 Januari 2009 02:49

Kemenangan Pro-Mahasiswa UIAM sebanyak 17 dari 24 kerusi yang dipertandingkan memberikan makna yang tersendiri. Presiden Kelab Ma'ruf UIAM, saudara Faridzul Nasarudin ketika ditemuramah oleh Gamis Daily berpandangan hikmah dari SPR UIAM sejak zaman berzaman tidak membenarkan wujudnya "kem-kem" tertentu calon menyebabkan Pro-Mahasiswa UIAM (We Unite For Islam) dilatih untuk sentiasa mengemukakan calon-calon yang mempunyai kredibiliti dan kekuatan individu tersendiri lebih dari faktor 'kepartian' mahasiswa. Ini kerana pengundi tidak akan bertanya calon dari "kem" mana, tetapi apa servis yang akan ditawarkan jika menang, apa bukti yang menunjukkan seseorang calon lebih berhak diundi berbanding calon lain, dan sebagainya. Faktor kecemerlangan akademik dan "well-exposed" (dikenali) di peringkat fakulti pengajian jelas menunjukkan menjadi pilihan mahasiswa UIAM ketika WUFI turut sama menerima saingan sengit dari Pro-Aspirasi (GPMS) dan PKPIM yang tidak kurang hebatnya dari sudut jentera kempen masing-masing.

Gambar-gambar adalah ihsan dari GAMIS.DAILY:







Malaysiakini : Pilihanraya kampus bagi Universiti Islam Malaysia (UIA) calon pro-Mahasiswa dan calon bebas hampir menyapu bersih kesemua kerusi fakulti dan kerusi antarabangsa yang dipertandingkan. Manakala pengundian bagi dua kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguh sehingga 29 Januari depan, selepas kumpulan pro-Mahasiswa membuat bantahan terhadap seorang calon yang bertanding di kerusi berkenaan.

Menurut keputusan rasmi hari ini, pro-Mahasiswa memenangi 17 kerusi fakulti manakala calon bebas menang tiga kerusi. Pencapaian tersebut menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pro-Mahasiswa pada sesi lalu.

Calon bebas juga menyapu bersih kesemua lima kerusi antarabangsa yang dipertandingkan hari ini. Manakala calon pro-Aspirasi dan calon Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula masing-masing memenangi satu kerusi.

Selepas penamaan calon Isnin lalu, kumpulan pro-Mahasiswa sudah memenangi dua kerusi tanpa bertanding di Fakulti Kejuruteraan di kampus Gombak dan Fakulti Kejururawatan di kampus Kuantan. Seorang calon bebas pula menang satu kerusi tanpa bertanding di kerusi Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi.

Dalam pengundian hari ini, bagi kampus Gombak, pro-Mahasiswa menang sembilan kerusi manakala calon bebas, pro-Aspirasi dan PKPIM masing-masing menang satu kerusi. Bagi kampus Kuantan pula, pro-Mahasiswa memenangi lapan kerusi, dua dimenangi oleh calon bebas dan pengundian dua kerusi lagi ditangguhkan.

Pasti, sahabat2 tertanya-tanya, kenapa penulis mengucapkan tahmid kpd calaon Pro-Mahasiswa? Kenapa tidak kpd ASPIRASI? Kalau sahabat2 nak tahu, Pro-Mahasiswa adalah satu-satunya persatuan pelajar di universiti2 yg mengamalkan DASAR ISLAM berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah secara syumuliyyah, dalam segenap cara dan bidang. Pro-Mahasiswa lah pilihan yg terbaik, disamping mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar. Kenapa tidak ASPIRASI? Pasti, kawan2 kita di ASPIRASI pun ingin mengamalkan ISLAM..Ya, tetapi adakah betul caranya dan secara syumuliyyah? Kalau betul nak mengamalkan ISLAM secara betul dan benar, kenapa hanya sekadar di bibir sahaja? Kalau sahabat2 nak tahu dgn lebih mendalam, kajilah sendiri dgn menggunakan apa jua resource dan apa jua cara sekalipun..internet ade..

Ingatlah, Janji Allah pasti tiba kpd hamba-hambanya. ISLAM x pernah pun rugi kalau kita x nak kembali kpd ajaran dan pegangannya, tetapi kitalah yg akan menanggung kerugian. Menanggung segala masalah-masalah yg akan menghinggapi diri kita. Penulis menasihati diri penulis dan sahabat2 semua agar kita semua kembali kpd Allah dalam segenap apa yg kita lakukan dalam kehidupan kita. Kalau kita dah nampak secara terang-terangan tentang sesuatu kebenaran, buat ape kita nak selindung-selindung lagi. Terus pergi kpdnya. Jangan lengah-lengah lagi. Kelak diri kita yg akan menanggung kerugian. Dengan pilihan persatuan yg betul, barulah kita dapat menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar secara total dan menyeluruh. Dgn kuasalah kita dapat mengubah ape yg tidak elok kpd yg lebih baik. Jadi, tahniah diucapkan kpd sahabat-sahabat di main campus kerana telah memilih persatuan yg betul. TAKBIR! ALLAHUAKBAR!.sekadar perkongsian maklumat..

Monday, January 19, 2009

Rehlah Ukhuwwah ( ISIS-IMIU-PRINSEP )

Assalamualaikum buat sahabat2 yg dimuliakan kerana Allah,
Alhamdulillah, pertamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah (SWT) kerana masih diberikan 2 nikmat yg paling besar di sisiNya iaitu nikmat Iman dan Islam..

Alhamdulillah, pada hari ahad yg lepas bersamaan dgn 18/01/2009 telah diadakan satu rehlah gabungan buat julung-julung kalinya anjuran bersama 3 persatuan anak negeri iaitu Ikatan Study Islam Selangor (ISIS), Ikatan Mahasiswa Islam Utara (IMIU) dan Persatuan Ikatan Negeri Selatan dan Pahang (PRINSEP) yg telah diadakan di Hutan Lipur Lenggeng, Lenggeng, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Antara objektif utama diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah dikalangan naqib/naqibah bersama anak-anak usrah masing2 di samping untuk member kefahaman atau overall view tentang tajuk-tajuk yg telah dibincangkan. Alhamdulillah, berbekalkan dgn hati yg lapang dan ceria, ku gagahkan diri untuk cuba menenangkan diri menatap dan memerhati alam ciptaan Allah di sana, InsyaAllah..Di sini ada sedikit gambaran panorama semasa program...:

























Sepanjang program, telah diadakan pelbagai aktiviti yg difikirkan sesuai dan insyaAllah dapat merapatkan ukhwah sesama ahli..walaupun begitu, biasalah, dalam kita gembira, pasti ada sesuatu yg Allah uji kita..nak dijadikan cerita, semasa program rehlah berlangsung, penulis dikejutkan dgn berita oleh comitte bahawa tandas rosak dan x de air..huhu..susah jugak ni..nak bersihkan diri dan sebagainya..dan sebagai jalan alternative, para comitte menggunakan baldi dan gayung dan berbekalkan air sungai untuk membersihkan diri..

Alhamdulillah, program rehlah berakhir sesudah kami semua menjalankan solat asar secara berjemaah di kawasan lapang di sana..banyak input-input dan pengalaman yg telah di kutip hari ni, dan penulis berharap agar aktiviti sebegini dapat dijadikan acara tahunan untuk setiap persatuan anak negeri di cfs iium nilai..sekadar perkongsian..

Saturday, January 17, 2009

Pas Menang di Kuala Terengganu

Berita kemenangan calon Parti Islam seMalaysia (PAS), Mohd Abdul Wahid Endut sememangnya berita yg dinanti-nantikan pada mlm ni. Penulis sebenarnya ingin mengetahui sendiri, adakah rakyat Terengganu di Parlimen Kuala Terengganu boleh membuat keputusan yg bijak dan tepat, dan akhirnya...calon Pas menang..TAKBIR! memang berita yg menggembirakan..





Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan. Ini juga bermakna bahawa Pakatan Rakyat telah berjaya menambah ahli parlimen pakatan rakyat sebanyak 83 orang.. PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.



Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit. Keputusan berkenaan diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada jam 9.30 malam tadi.
Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)
DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

Pada pandangan penulis, tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih calon wakil rakyat yg betul, adil, tepat, dan memenuhi ciri2 kesempurnaan@kriteria seorang pemimpin ISLAM yg benar adalah wajib dan penting bagi kita..seperti mana yg kita tahu di dada2 akhbar, dalam kepimpinan UMNO sendiri mengalami banyak korupsi dan politik wang dalam kalangan pimpinan tertinggi UMNO sendiri dan juga ahli bawahan sendiri..

Tanpa pemimpin yg benar dan adil, nescaya hancur dan musnahlah nasib ataupun hak2 kita sebagai rakyat sendiri. Wang rakyat diguna sesuka hati tanpa memikirkan kesengsaraan rakyat dan yg paling utama sekali digunakan untuk kepentingan kroni2 sendiri..Keputusan terletak di tangan pembaca2 sekalian, untuk menentukan pemimpin mana yg baik dan buruk dan untuk menentukan pemimpin mana yg berpegang dgn ajaran Al-Quran dan Sunnah..wallahu’alam, sekadar perkongsian bersama.

First Demonstrasi di Bumi Nilai

Assalamualaikum buat sahabat2 yg dimuliakan,

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kita kpd Allah (SWT) atas segala nikmat2 yg diberikan kpd kita, tanpa nikmat2 yg Allah berikan kpd kita, bagaimana kita hendak hidup dan melakukan apa yg disuruhNya dan meninggalkan apa yg dilarangNya..Justeru itu, wajib bagi kita sebagai insan yg bergelar MUSLIM untuk melaksanakan segala tuntutan dan tanggungjawab yg telah diberikan kpd kita dgn melaksanakan ibadah2 yg telah diberikan kpd kita dgn ikhlas dan istiqomah sebagai tanda terima kasih kita kpd Allah Subhanu Wa Ta’ala.

Alhamdulillah, pada 16/01/2009 yg lepas bersamaan dgn hari Jumaat, telah diadakan satu Rapat Umum ataupun Demonstrasi Aman Untukmu Palestin yg telah dianjurkan oleh Mahallah Representative Comitte (MRC), Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Nilai..Antara tujuan dan objektif demonstrasi aman ni dijalankan adalah untuk mengutuk tindakan kejam ISRAEL dan AMERIKA LAKNATULLAH diatas pencabulan ke atas apa yg telah mereka lakukan kpd sahabat2 dan saudara2 kita yg berada di Semenanjung Gaza khususnya dan di Palestin amnya..selain itu, ianya diadakan bagi melahirkan rasa simpati, kasih dan saying kita kpd saudara2 seISLAM kita yg berada di sana.

Alhamdulillah, pada mulanya, timbul jugak kerisauan di hati penulis andai demonstrasi yg bakal diadakan ni x mendapat sambutan di kalangan mahasiswa2 dan mahasiswi2 cfs iium nilai sendiri, tetapi alhamdulillah, berkat dari Allah, menjelang pukul 2.45 petang, kelihatan ramai yg turun padang member sokongan dan meluahkan rasa BENCI, MARAH, MELUAT, kpd ISRAEL LAKNATULLAH. Alhamdulillah, turut memeriahkan demonstrasi, Fellow MARA ( Mahallah Abdul Rahman Ibn Auf ) sendiri, Ust Baharudin, Bro Majid Hafiz, dan juga Principal MARA, Ust Che Abdul Majid bin Che Omar.

































Muhasabah Hasil Demonstrasi Aman Untukmu Palestin

Sebagai Muhasabah untuk diri kita yg bergelar Pejuang2 Allah dan Mata2 Rantai Penyambung Perjuangan dan yg bergelar Muslim sendiri, ana menasihati diri ana sendiri dan juga sahabat2 seperjuangan sekalian, marilah kita bersama-sama menghayati pidato demonstrasi dari Ust Che Abd Majid semasa demonstrasi baru2 ini..ana teringat kata-katanya bahawa kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi islam sendiri yg pertama, haruslah mengubah sikap dan attitude diri kita sendiri dahulu. Laungan TAKBIR ALLAHUAKBAR bukan setakat hanya timbul dan lahir dari luaran diri kita tetapi seharusnya lahir dari lubuk hati kita sendiri sebagai mahasiswa dan mahasiswai islam sendiri..buangkan sifat buruk kita dan sikap negative kita jauh2 kalau betul kita sayangkan ISLAM sendiri. Bukannya bila sensitiviti ISLAM dipertaruhkan dan dicemarkan, baru kita nak bangkit. Bukan dgn cara itu..kita buang sifat buruk dan negative kita dahulu, insyaAllah, barulah kita mampu untuk berdepan dgn cabaran2 yg lebih besar kelak.. “ islah nafsak wad’u ghairak ”. Kita ubah dan betulkan diri kita dulu barulah kita mampu dan boleh untuk mengubah org lain ataupun merubah ape yg kita mahukan.

Penulis ade membaca satu artikel yg mengatakan bahawa “ demonstrasi bukan membawa kpd kebaikan atau kesedaran, bahkan membawa kpd keburukan “. Sungguh sedih hati penulis bila ada yg sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian..sehingga mempersoalkan bahawa demonstrasi tidak ada pada zaman Nabi dahulu. Sungguh cetek dan sempit pemikiran beliau..memang benar, demonstrasi ini tidak pernah ada semasa zaman Nabi dahulu, tetapi apakah sahabat2 tidak tahu bahawa ISLAM sendiri bersifat ANJAL? ISLAM ni sesuai mengikut peredaran zaman..Buat sahabat2 ana yg berasa demikian, sesungguhnya demonstrasi itu tidak patut dipersalahkan, salahkah jika kita hendak melahirkan rasa marah kita kpd sesuatu? Salah ke?..sungguh, yg patut dipersalahkan bukanlah demonstrasi itu, tetapi pendemonstrasi tersebut yg sepatutnya dipersalahkan. Allah mengurniakan kita akal untuk kita memikirkan mana yg baik dan buruk, dan memikirkan ape yg mencukupi dan keterbatasan untuk sesuatu benda tersebut. Yg menjadi permasalahan sendiri ialah, sikap dan sifat pendemo sendiri yg tidak tahu mengawal diri dan emosi.

Mungkin ade dikalangan sahabat yg mengatakan bahawa “ lebih baik kita duduk berdoa di hadapan Allah ketika solat berbanding membuat demonstrasi, INSYAALLAH hasilnya dan pasti DOA2 kita dimakbulkan Allah..sahabat2 yg dimuliakan, di akhirat kelak, Allah x kan tanya apa hasil yg telah kita dapat, tetapi Allah akan tanya, apa yg telah kamu sumbangkan untuk ISLAM sendiri. Bermakna Allah x tanya kita hasil, tetapi usaha kita terhadap ISLAM sindiri…sekadar perkongsian..