Monday, September 29, 2008

Ramadhan ditangisi Syawal diberkati

Assalamualaikum buat sahabat2 semua..

> alhamdulillah, hampir sebulan kita melaksanakan ibadah puasa kita pada bulan ramadhan ni. Tapi, cuba kita renungkan kembali, apa yg telah kita buat dan laksanakan pada bulan ramadhan ni. Adakah kita telah laksanakan semua tuntutan2 yg telah Allah tetapkan dgn sebaiknya atau dgn kata lain secara istiqomah? Adakah kita ni betul2 jujur berpuasa kerana Allah ataupun sekadar berpuasa menahan lapar semata-mata sahaja? semua persoalan tu sepatutnya kita kena hayati dan mendalami aper sebenarnya hadaf ataupun tujuan kita melaksanakan suruhan Allah ni. Seperti yg kita tahu dri hadis nabi Muhammad (saw) : " ramadhan awalnya rahmah, pertengahannya maghfirah ( keampunan ) , dan penghujungnya pembebasan dri api neraka.

Sahabat2 yg ana muliakan,

ana nak mengungkapkan sedikit tentang kelebihan bulan ramadhan ni. Pada 17 Ramadhan, telah berlaku 3 peristiwa besar dalam islam yg sepatutnya kita kena ketahui iaitu pada tarikh nilah berlakunya nuzul Al-Quran ataupun penurunan Al-Quran. Pada tarikh ini jgak berlaku Badar Kubra, ataupun peperangan Badar dan pada tarikh ini jgak lah berlakunya Fathul Makkah ataupun pembukaan kota mekah oleh nabi junjungan kita, nabi Muhammad ( saw )..sebenarnya ape yg Allah jadikan dan buat di muka bumi ni, setiap satunya mempunyai hikmah yg tersendiri. Hikmah yg pertama, kenapa terjadinya Nuzul Al-Quran, Allah nak kita semua ni, meyakini kepada Al-Quran tu sendiri...Allah nak kita yakin dgn Al-Quran...aper yg kita nampak dan tahu skrang, ramai orang menolak mentah2 tentang hukum-hakam islam yg terdapat dalam Al-Quran tu sendiri..bahkan pemimpin kerajaan kita sendiri menolak tentang hukum Islam tu sendiri..Kedua, apakah hikmah terjadinya ghazwah badr ataupun peperangan badar? Allah mahukan kita semua supaya berani menegakkan keadilan, dan mencegah kemungkaran...peperangan badar sendiri berlaku dalam bulan ramadhan, dalam bulan tarbiyah..Allah nak mengajar kita supaya boleh berjuang, berani berjuang walaupun dalam bulan ramadha, tanpa makanan dan minuman. Dan yg terakhirnya apakah hikmah terjadinya Fathul Makkah ataupun pembukaan kota mekah...Allah mahukan kita semua berkerjasama antara satu sama lain, dalam satu ikatan jemaah yg beramai-ramai...sebelum berlakunya fathul makkah, Rasulullah telah melakukan pelbagai perjanjian dgn pihak quraish tentang peraturan2 ataupun rules yg perlu dipatuhi apabila Kota Mekah tu dibuka..oleh itu, apa yg sy nak katakan disini, hubungan dgn kaum selain kaum kita juga amat penting untuk memastikan kita semua dapat menjalani hidup kita dgn adil dan saksama. Islam x mengajar umatnya berAsobi'ah antara satu sama lain, malah islam menganjurkan persaudaraan antara satu sama lain.

Mungkin ada di kalangan sahabat2 yg tahu kan? hehe...x pelah, sekadar peringatan bersama..perginya ramadhan maka datanglah syawal. Justeru di kesempatan ni ana nak ucapkan Minal Aidil Wal Faizin kpd sahabat2 dan sohabiah2 semua. Andai diri yg hina, lemah dan serba dhoif ni pernah melakukan kesilapan harap diampunkan. Ana menasihati diri ana dan sahabat2 semua agar syawal yg bakal menjelma ni, luangkanlah masa dgn melakukan aktiviti yg berguna bersama keluarga dan sanak saudara., ziarah- menziarahi penting untuk kita sama2 mengukuhkan ikatan persaudaraan dan silaturrahim antara satu sama lain..akhir kalam, Salam syawal....Assalamualaikum!